Pada usia 14 tahun Raihani telah menulis sajak yang seterusnya digunakan sebagai teks untuk Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kemerdekaan. Pada usia 16 tahun cerpennya telah tersiar di Berita Minggu . Dalam Cerpen yang bertajuk Tetamu Pulau itu (Berita Minggu) dia telah berhujjah tentang dasar luar Amerika , soal Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, sikap...
Friday, December 18, 2009
Thursday, October 08, 2009
Puan Hajah Halimah , 60 tahun, sudah bermaustautin di Lembah Klang selama lebih 30 tahun. Setelah bersara kehidupannya agak tenang dikelilingi anak-anak yang sudah berumah tangga dan cucu-cucu yang semakin bertambah. Ibu bapanya sudah tiada. Oleh kerana anak-anaknya berkeluarga dan berumahtangga di lembah kelang, maka dia tidak lagi pulang beraya di...
Saturday, October 03, 2009
Hari ini teringat hendak bercakap tentang anggapa orang.Baru-baru ini saya ada menalipon JPA Bahagian Pencen bertanyakan tentang penyata pencen kerana sudah lama tidak menerimanya. Kalau dulu kita akan mendapat kiriman penyata setiap tahun. Orang yang menjawab di sebelah sana (perempuan- tetapi tidak tahu apa jawatan dan pangkatnya) berkata kepada...
Saturday, September 12, 2009
Globalisasi
Anak kecil bertanya
Apa makna globalisasi
Si ayah yang menekuni internet
Mengarahnya diam
Dan apabila dia terus bertanya
Si ayah memanggil si pengasuh
Suaranya keras menyuruh
Membawa si anak pergi jauh
Si ayah terus tekun
Seperti setiap malam
Bercinta dengan komputer
Mengecap nikmat bahagia
Hidup di era canggih
Komputer adalah kekasih
Pastinya...
Tuesday, June 23, 2009
PATAH LAGU/JEDA/PEMENGGALAN SEBUTAN.Patah lagu ialah tempat seorang pembaca memenggal barisnya, yang juga disebut jeda. Hal ini masuk dalam bahagian intonasi. Intonasi ini amat penting di dalam penyampaian mesej. Sebagai sebuah karya sastera, aspek penyampaian makna, maksud atau mesej karya sangat penting.Melagukan syair adalah satu cara untuk menyampaikan...
Friday, June 19, 2009
MENGENDALI bengkel baca syair di dewan bahasa 14 Jun bersama Roslan Madun. sempat merakam kenangan dgn Zaitun Ajmain dan Selina.SYAIR DAN MELAGUKAN SYAIRDari segi strukturnya, kata syair di dalam Bahasa Arab merujuk kepada karangan berangkap, sama halnya dengan erti puisi dalam Bahasa Melayu atau poems di dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu kata syair...
Wednesday, June 17, 2009
ITNM telah bermurah hati menjemput kami menonton teater karya SN Nordin Hassan di Istana Budaya. Serentak dengan itu ialah pelancaran buku The Frankincense terjemahan Mana Setangginya dlm Bahasa Inggeris. Terjemahan adalah hasil kerja Malim Ghazali Pk.Ramai kawan-kawan penulis yang hadir. Sempat bergambar bersama Datuk Firdaus, Syed Munawar (pengacara...
Thursday, June 11, 2009
Ini syair dan gurindam yang sempat dikarang beberapa hari ini.SYAIR:TAK TERCAPAI AKAL INSANIMarilah kita bertafakurLuas alam tidak terukurBerputar cakerawala dengan teraturSegala kejadian tunduk dan akurLihat langit seperti bumbungBulan bintang bagai terapung Bintangnya banyak tidak terhitungDalam edaran tidak bertembungBurung dan serangga pelbagai...
Saturday, May 30, 2009
Seperti yang saya katakan dalam entry terdahulu, kerja menterjemah bukanlah kerja yang mudah. Lebih-lebih lagi kalau menterjemah puisi. Cuba lihat kes di bawah. Ini adalah satu rangkap drpd sajak saya "HIdup Dari Jendela Keretapi". adakah ia air terjundalam dendamnya menghempas-hempassuara marah tak terkawalpada mistri rimba tak terkupasdanjatuhnya...
Friday, May 22, 2009
19 mei lalu, saya menghadiri majlis yang diatur oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia- satu pertemuan sasterawan dengan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putra Jaya. Ramai sungguh rakan penulis yang hadir. Barangkali yang paling ramai di antara majlis-majlis penulis yang pernah diadakan dalam masa terdekat ini.Sebelum itu saya tertanya-tanya apakah...
Sunday, May 10, 2009
(lukisan Hady Abd Hamid)
Hari ini hari minggu. Biasanya ramai yang mengadakan majlis perkahwinan. Saya suka melihat orang berpantun dalam majlis-majlis perkahwinan.
Di sini ada beberapa rangkap pantun pengantin. Kebanyakannya saya karang sendiri dan satu dua yang ubahsuai daripada pantun yang telah sedia ada.
Bagi anda yang berkenan, bolehlah...
Sunday, May 03, 2009
ANTARA SELENDANG DELIMA DAN GURINDAM BANGSAWANSaya sering juga membaca syair. Namun penglibatan saya hanyalah sebagai seorang pengamal. Sepanjang penglibatan itu saya mengutip serba sedikit pengetahuan yang ingin saya kongsikan bersama. Pada masa ini kita mengetahui bahawa ada beberapa variasi irama yang digunakan untuk membaca syair. Sepintas lalu,...
2 MEI saya menjalankan tugas sosial menghadiri kenduri kawin kaum kerabat di Flat Sri Kota, Cheras, Selangor. (keluarga sebelah emak). Ini gambar saya, suami, anak-anak (Faiz dan Huda) bersama keluarga pengantin. Sayangnya tak dapat gambar pengantin kerana kami balik sebelum acara persandingan. Bolehlah..buat kenangan. Saya pakai jubah hitam yang dibeli...
Tuesday, April 28, 2009
INI GAMBAR I MUDA DENGAN I 'TUA'Gambar ini diambil di Pesta Buku Selasa 23 April yang lalu.Sedang berjalan-jalan dengan Rokiah Hashim, berjumpa Siti Zaleha Hashim dan Imuda sedang bersiap-siap menunggu acara dbp petang itu. Kali ini acara dbp tertumpu kepada pant...
Monday, April 27, 2009
Sekarang ini semua orang bercakap tentang pemimpin. Ada pemimpin lompat parti, ada pemimpin letak jawatan. Ada pemimpin berebut pangkat. Macam-macam hal terjadi. Maka saya pun turut bergurindam tentang pemimpin.GURINDAM PEMIMPINPemimpin adil bijak bestariItu tanda bertuah negeriKalau pemimpin penuh amanatAman sentosa sekelian rakyatKalau pemimpin menunai...
Tuesday, April 21, 2009
Ingin BergurindamMalam ini ingin pula saya bergurindam. Gurindam ialah puisi Melayu tradisi yang berisi nasihat dan panduan hidup. Gurindam terdiri dari dua baris. Baris pertama adalah sebab dan baris kedua ialah akibat. Gurindam berbeza daripada pantun dua kerat.Ia tidak mengandungi pembayang misalnya pantun dua kerat di bawah ini:Lain hulu lain...
Saturday, April 18, 2009
Cerita peperangan tidak pernah menggembirakan. Hari ini saya terharu dan terganggu. Betapa sedihnya mendengar cerita peperangan di Bukit Nanas yang dikisahkan oleh Encik Siri Ning Buah. Pengkisahan ini dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Selangor dan telah berlangsung di Kompleks Kebudayaan, Shah Alam.Begitulah nasib orang-orang Melayu Mandaling yang...
Monday, April 13, 2009
Salam. Belum sempat menyediakan bahan yang baru kerana minggu ini sibuk menyemak pruf pertama sebuah buku yang sedang dalam proses penerbitan. Cerita saya membaca sajak Pesan Si Luncai di Seminar Pengarang Muslimah Nusantara ada disiarkan di Berita Harian Khamis 9 April. Seminar ini berlangsung pada 31 March hingga 2 April di Dewan Bahasa. YANG BERMAIN...
Friday, April 03, 2009
Anda ingat Luncai?Si Luncai adalah budak kampung hina dina yang berani berkata kepada raja "Kepala Tuanku serupa dengan kepada bapa patik". Raja sangat marah eh tersilap, tersangat murka, lalu menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Luncai. Baginda memerintahkan Luncai dibuang di laut.Biar mati lemas. Kejam memang kejam.Begitulah kebiasaannya, mudahnya...
Saturday, March 28, 2009
Cerita rakyat terutama cerita-cerita jenaka Melayu mengandungi sindiran yang sangat tajam. Cerita-cerita ini juga memberi idea yang membenihkan karya-karya saya. Setakat ini saya telah menulis puisi (dan satu dua cerpen) dari pemikiran yang tercetus drpd kisah-kisah ini.Kita semua tahu kisah Pak Pandir. Pak Pandir dikatakan manusia yang paling bodoh...
Thursday, March 26, 2009
Gambar ini sudah sekian lama berada di dalam 'file attachment'. Elok juga saya simpan atau selamatkan di sini. Jejaka di sebelah itu ialah Kun Reewat penerima dari Thailand. Yang berbaju biru itu seorang profesor orang kuat dari komiti penganjuran anugerah.Gambar ini diambil pada malam penyampaian anugerah yang dibuat secara gilang gemilang di hotel...
Monday, March 23, 2009
Inilah yang saya maksudkan dengan cerita Pak Pandir. Semua orang ketawa melihat kebodohannya tetapi tidak siapa menghulurkan bantuan kepada anaknya yang sedang kepanasan.Untuk itu saya menulis sajak menangislah anak pak pandir yang dimuatkan dlm antologi salasilah (terbitan dewan bahasa 2005). Pernah saya deklamasikan dlm perasmian satu simposium...
Sunday, March 22, 2009
Saya selalu memikirkan1- KALAU BENAR PADI MENJADI EMAS DI BUKIT SIGUNTANGSIAPAKAH YANG TELAH MENUAI EMAS ITU?Kerana daulat anak-anak rajapadi pun berbuah emastetapi siapakah yang telah menuainyakita tidak tahu sebab pada masa itu (hingga sekarang ini)kita sibuk mengadakan upacara demi upacara demi upacara untuk menobatkan rajadan kita sibuk menyusun...
Saturday, March 21, 2009
Kerana daulat rajapadi pun berbuah emastetapi siapakah yang telah menuainya?Saya berpendapat bahawa bangsa Melayu telah diberikan banyak peluang Kita amat kaya dengan peluang. Kita berpeluang memiliki sejarah yang gemilang. Kita berpeluang menjadi tuan di tanah air sendiri. Kita dilimpahkan dengan peluang di dalam DEB. Kita diberi peluang menikmati...
Thursday, March 19, 2009
KALAU JEBAT TIDAK MENDERHAKAADAKAH KITA AKAN INGAT KEPADA HANG TUAH HARI INI?Kongres Kebudayaan Melayu ke 2 telah diadakan pada 16 dan 17 Mach di Wisma Sejarah Kuala Lumpur.Antara yang hangat diperbincangkan di situ sudah tentulah tentang nasib Melayu, survival bangsa Melayu dan pentingnya mempertahankan kedudukan raja-raja Melayu.Prof Abdullah Zakaria...