ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Wednesday, September 10, 2014





http://www.astroawani.com/videos/show/analisis-awani/hadiah-sastera-kumpulan-utusan-39399

beerlangsung di hotel Renaissance Kuala Lumpur, 5.9.2014. Saya mendapat hadiah penghargaan untuk sajak "Orang Muda Dengan Laut".

 ORANG MUDA DENGAN LAUT


Setiap kali dia berdiri di pantai
orang muda itu berkata:
sebenarnya aku takut padamu laut
kerana kau begitu perkasa
dan aku akan binasa
kau sudah di sini berkurun-kurun
sedangkan aku
tidak mungkin hidup seribu tahun

orang muda itu terus takut
memandang laut
orang muda itu terus takut
mengenang maut.
  
Sehingga suatu hari
dia mendengar jawapan:
namaku lautan
 namamu insan
kita adalah ciptaan pada lain ketentuan
kau yang sebenarnya lupa
wujudmu sejak azali
dari alam ruh turun ke alam jasadi
bila sampai waktunya
berpindah ke alam abadi
sedang langit dan bumi
dan lautan yang kau katakan gagah
 akan musnah


Kau yang lupa
 wujud kita di sini
Jagat dan jasad
Adalah isyarat
dan ayat-ayat Ilahi.