ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Friday, May 22, 2009

MAJLIS ITNM DI PUTRAJAYA

19 mei lalu, saya menghadiri majlis yang diatur oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia- satu pertemuan sasterawan dengan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putra Jaya. Ramai sungguh rakan penulis yang hadir. Barangkali yang paling ramai di antara majlis-majlis penulis yang pernah diadakan dalam masa terdekat ini.Sebelum itu saya tertanya-tanya apakah ramai yang akan datang. Maklumlah suasana masa kini dipengaruhi oleh keadaan politik yang penuh tandatanya.

Tetapi boleh dikatakan semuanya ada tak kira dari dekat atau dari jauh. Yang merenung bulan pun tidak menimbang-nimbang lagi, semuanya hadir. Saya rasa faktor utama ialah ITNM sendiri. Institut itu kini telah menjadi dekat di hati penulis. Kami melihatnya sebagai satu harapan atau cahaya baru dalam dunia penulisan yang mulai kelihatan malap ini.

Selama ini memang saya dan rakan-rakan yang lain menyedari tentang kewujudan ITNM tetapi tidak merasa mesra. Tetapi dalam setahun dua ini terjalin hubungan yang membungakan keakraban. Institut itu sedang berusaha menterjemah karya-karya sastera dengan matlamat membawa karya-karya sasterawan Malaysia ke serata dunia. Alhamdulillah.

Kerja-kerja penterjemahan bukanlah satu kerja yang mudah. Lebih-lebih lagi menterjemah puisi. Ambil saja beberapa perkataan yang sering kita jumpa dalam puisi Melayu.

Misalnya satu perkataan yang kerap ditemui dan dengan banyaknya dalam puisi Melayu ialah alam. (alamku yang hijau, bahasa alam sebagai contoh). Payah mencari satu kata yang semaksud, semakna, dan apa lagi yang sejiwa dengannya.

Apa kata yang tepat dalam bahasa Inggeris? Universe?, world? Universe atau world hanya bermaksud dunia. Dunia pun tidak sepenuhnya kerana kata dunia bagi kita membawa maksud dunia yang fana ini bukan akhirat. Itu semua tidak mengandungi makna yang besar seperti alam.

Begitu juga kata bangsa. Sukar menterjemahkan. Kita kata bangunlah bangsaku. Apa gantinya? My people, my race atau my nationality?

Ya itulah cabaran dlm terjemahan. Tak mengapa kita akan teruskan. Tentang ITNM, teruskan perjuangan anda. Kami berfikir-fikir ITNM boleh menjadi tempat pertemuan para penulis, Alangkah baiknya kalau ITNM mempunyai ruang di wisma mereka di mana kita boleh duduk-duduk berdiskusi dan bermesra. Ada kedai buku, ruang membaca dan melakukan sedikit kerja . Alangkah baiknya jika ia dapat menjadi tempat berkumpul yang selesa bukan sahaja bagi penulis tempatan malah dari seluruh dunia.

KERANA ITNM ADALAH PENYAMBUNG SUARA KITA

Ini gambar-gambar pertemuan di Putrajaya




BERSAMA DATO' A.SAMAD SAID



BERSAMA KHADIJAH HASHIM, PIAN HABIB DAN ISTERI




DI SEBELAH SAYA IALAH ENCIK KHAIR NGADIRON, PENGARAH URUSAN ITNM

6 comments:

  1. Lagi sebulan, Dr. datanglah ke ITNM semula. Kita bersembang-sembang sambil membelek buku di ruang membaca dan kedai buku yang baru di bahagian bawah pejabat ITNM.

    ReplyDelete
  2. gambar mas tak de pun????

    :P

    ReplyDelete
  3. Pak Samad memang pejuang bahasa yang kental begitu juga penulis handalan yang lain seperti doktor.

    ReplyDelete
  4. bosmejaqq.com agen judi poker dominoqq bandarq online terbesar di asia

    Yang Merupakan Agen Judi Poker DominoQQ BandarQ Online Terbesar di Asia Hadir Untuk Anda Semua Dengan Games dan Bonus Yang Menarik!

    Bonus yang Kami Berikan di MEJAQQ :
    * Bonus Rollingan 0.5% Setiap Senin
    * Bonus Referral 10% + 10% Seumur Hidup (X-tra Untuk Para Pencari Bonus Referral di Indonesia)
    * Dan Masih Banyak Bonus Menarik Lainnya yang Bisa Anda Dapatkan di MEJAQQ!

    Buruan Kunjungi Sekarang Juga ^^

    8 Games Yang di Hadirkan MEJAQQ:
    *- POKER
    *- DOMINO QQ
    *- CAPSA SUSUN
    *- BANDAR POKER
    *- BANDAR Q
    *- BANDAR 66
    *- SAKONG
    *- ADU Q

    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    Website : BOSMEJAQQ(.)COM
    BBM : DE0DFAC0
    WA : +6282211603141

    Kunjungi Juga situs kami di :

    BandarQ Online
    AGEN BANDARQ ONLINE

    ReplyDelete
  5. SAHABATQQ AGEN DOMINO QQ | DOMINO 99 | POKER ONLINE AMAN DAN TERPERCAYA

    Ayuk Segera Gabung Bersama AGEN DOMINO 99
    * Minimal Deposit & Withdraw : 20.000
    * Deposit dan Withdraw 24 jam Non stop ( Kecuali Bank offline / gangguan )
    * Bonus REFFERAL 15 % Seumur hidup tanpa syarat
    * Bonus ROLLINGAN 0.3 % Dibagikan 5 hari 1 kali
    * Proses Deposit & Withdraw PALING CEPAT
    * Live chat yang Responsive
    * Support lebih banyak bank LOKAL


    Contact Us

    WEBSITE : AGEN POKER ONLINE
    Pin BB : 2AE48042
    Pin BB : 2BD6A2E3
    WA : +855964596550
    LINE : SAHABATQQ
    WECHAT : SAHABATQQ
    TWITTER : SahabatQQ
    YM : cs2_sahabatqq@yahoo.com

    Kami Siap Melayani anda 24 jam Nonstop

    ReplyDelete
  6. Yuk Buruan ikutan bermain di website http://crown99.net
    Sekarang CROWN99 Memiliki Game terbaru Dan Ternama loh...
    => Bonus Refferal 20%
    => Bonus Turn Over 0,5%
    => Minimal Depo 20.000
    => Minimal WD 20.000
    => 100% Member Asli
    => Pelayanan DP & WD 24 jam
    => Livechat Kami 24 Jam Online
    => Bisa Dimainkan Di Hp Android
    => Di Layani Dengan 5 Bank Terbaik
    => 1 User ID 8 Permainan Menarik
    "NEW AGEN BANDAR 66"
    Ayo gabung sekarang juga hanya dengan
    mengklick AGEN BANDARQ
    WHATSAPP : +855967646513
    PIN BB : 2B382398

    ReplyDelete