ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Tuesday, September 12, 2006

Pada 6 hingga 11 Ogos 2006 saya berada di Jakarta menyertai konferansi internasional HISKI.Di sana saya diberi peluang menyampaikan kertaskerja dan saya pilih untuk memperkatakan tentang puisi dan penciptaan puisi. Makalah itu akan saya muatkan di blog ini.

31 Ogos pula menyaksikan saya dan dua orang anak terbang ke Labuan. Dari Labuan, saya dan Ainul Huda menaiki feri ke Brunei. Perjalanan selama 45 minit. Mujur laut tenang namun kami terasa mabuk juga. Di Muara kami disambut oleh Haji Jawawi dan isterinya Hajah Rosmi. Kami kenali mereka semasa sama-sama menerima SEA Write Award di Bangkok pada 2004. Semasa di Brunei puaslah kami dibawa melawat ke sana sini.

Tujuan utama ke Brunei ialah untuk mengambil tesis berkaitan Teori Pengkaedahan Melayu yang ditulis oleh Chong Ah Fok. Dr. Morsidi , Ketua Jabatan Sastera telah bermurah hati menghantar tesis ke rumah Haji Jawawi. Maklumlah saya sampai hari Khamis petang dan esoknya JUmaat ialah kelepasan am di Brunei, jadi Dr. Morsidi terpaksa menemui saya di luar universiti.

Dari Brunei saya ke Kota Kinabalu untuk menghadiri konvokesyen anak saya Muhammad Taufiq.Seronok juga dapat bercuti dan berjalan ke sana sini.

8hb Spt. saya berkereta pula ke Parit Buntar kerana dijemput membaca puisi pada Malam Puisi Merdeka di sana. Tahun ini juga saya berpeluang membaca syair di Puterajaya. Sibuk juga tapi aktiviti seperti itu sangat baik untuk memerangsang minda dan kreativiti orang seperti saya.