Home » » MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA

MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT YANG BERMORAL DAN BERETIKA

SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020
CABARAN KEEMPAT
MEWUJUDKAN SEBUAH MASYARAKAT
YANG BERMORAL DAN BERETIKA

(BAGI ANDA YANG INGIN MEMILIKI NOTA SEPENUHNYA WAWASAN 2020 SILA HUBUNGI /SMS 016 2598049. AKAN DIHANTAR KE E MEL ).




Cita-cita Wawasan 2020 ialah untuk membina Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian yang maju dengan taraf ekonomi yang mampan. Namun begitu matlamat yang ingin dicapai oleh Wawasan ini bukanlah di bidang ekonomi semata-mata kerana kemajuan yang dicita-citakan meliputi segenap bidang kehidupan. Perdana Menteri sering menjelaskan bahawa konsep maju yang sebenarnya ialah maju dari segi ekonomi, maruah dan martabat sebagai suatubangsa yang dihormati.
Pencapaian kebendaan atau ekonomi semata-mata tidak menggambarkan atau membuktikan kemajuan yang sebenarnya. Apalah ertinya kekayaan material jika kehidupan anggota masyarakat terancam oleh berbagai jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Berjuta-juta rakyat menghadapi tekanan jiwa kerana berlaku berbagai masalah sosial seperti perpecahan keluarga. Fenomena yang berlaku di negara-negara maju pada masa ini seolah-olah menunjukkan bahawa semakin maju keupayaan teknologi manusia, semakin lemah daya tahan moralnya. Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih pula cara penyelewengan dan penipuan yang berlaku di dalam bidang perdagangan atau politik. Di kota-kota besar, termasuk di Kuala Lumpur terdapat krisis moral yang membimbangkan. Oleh yang demikian kemajuan sesuatu bangsa tidak dapat diukur dari segi kebendaan semata-mata. Dr. Mahathir menerangkan “Sebenarnya Wawasan 2020 bertujuan mengimbangkan pembangunan material dengan pembangunan rohaniah”.
Negara kita sedang menjalankan berbagai usaha bagi mencapai Wawasan 2020. Generasi muda menjadi golongan yang terpenting kerana merekalah yang akan mewarisi negara ini sebagai pemimpin dan sebagai penyumbang kepada kemajuannya. Segalanya akan gagal jika mereka tidak bersedia untuk menerima dan meneruskan tanggungjawab ini. Oleh itu adalah amat membimbangkan andainya masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja, masalah ponteng sekolah, penagihan dadah dan berbagai kejadian jenayah juvana tidak dapat dibendung dengan segera. Segala perancangan dan cita-cita negara akan gagal jika sekiranya kita tidak dapat mengatasi dan menghapuskan keruntuhan akhlak dan hakisan nilia-nilai murni yang sedang berlaku di kalangan rakyat terutama golongan remaja.
Tercapai atau tidaknya cita-cita untuk membina negara maju terletak di bahu rakyat sendiri. Cita-cita ini hanya dapat dicapai jika setiap rakyat bersedia untuk bekerja dengan rajin,jujur berdisplin dan amanah. Segalanya akan gagal jika rakyat tidak rajin dan berdisplin. Tanpa sifat-sifat jujur dan amanah akan berlaku tipu menipu, yang satu cuba menjatuhkan dan merosakkan yang lain.
Faktor manusia ialah yang paling penting di dalam menjayakan Wawasan 2020. Berjaya atau tidaknya Wawasan ini bergantung kepada kesanggupan dan kemampuan rakyat untuk bekerja dengan jujur dan bersungguh-sungguh. Kejayaan Wawasan tidak hanya bergantung kepada kecanggihan teknologi atau kesempurnaan sesuatu sistem yang diamalkan. Segala teknologi atau sistem yang canggih akan gagal jika rakyat tidak mengamalkan nilai-nilaimurni seperti kejujuran, kerajinan, berdisplin, amanah dan sebagainya.
Sumber negara yang paling penting ialah rakyatnya. Pembangunan sumber tenaga manusia banyak bergantung kepada perubahan nilai dan sikap dikalangan penduduknya. Nilai-nilai yang dikongsi bersama akan membantu pemupuk budaya dan membina bangsa. Nilai dan sikap positif harus diamalkan. Menyedari hakikat inilah negara memberi penekanan kepada faktor pembangunan manusia. Kita memberi penekanan kepada sistem keluarga kerana keluarga yang sejahtera adalah asas kepada pembangunan masyarakat yang sejahtera. Anak-anak yang terdidik di dalam suasana keluarga yang penyayang akan membesar sebagai individu yang mempunyai nilai-nilai positif, memiliki keyakinan diri dan mewarisi sifat-sifat yang murni.
Dr. Mahathir memberi penekanan kepada kepentingan nilai-nilai murni di dalam menjayakan Wawasan. “ Kita harus sedar akan betapa pentingnya kita mengamalkan nilai-nilai dan cara-cara yang boleh menjayakan kita. Berjaya atau tidaknya seseorang, atau satu kaum, atau satu bangsa bergantung kepada sifat-sifat yang ada kepada individu, kaum ataupun bangsa itu. Jika pihak-pihak ini tidak rajin, tidak jujur, tidak mempunyai pandangan yang jauh, tidak tertib dan tidak mempunyai etika yang mulia, mereka tetap akan gagal.”
Etika merupakan tingkah laku atau perangai yang boleh dibandingkan dengan tabiat dan kelakuan manusia. Tabiat terbina di atas tiga unsur iaitu ilmu, kemahiran dan keinginan. Untuk membentuk etika yang baik mestilah seseorang itu memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan keinginan yang tinggi. Ketiga-tiga unsur penting itu perlu diasah dan dipupuk dan seterusnya dihayati bagi melahirkan individu yang dinamik dan dapat meningkatkan hasil kerja yang cemerlang.
Islam mengajar umatnya untuk mengutamakan kejujuran. Setiap amal ibadat mesti didahului dengan niat dan setiap insan diberi ganjaran pahala mengikut niatnya. Displin juga menjadi pegangan Islam kerana jemaah yang hendak bersembahyang diingatkan supaya membetulkan saf-saf. Kemajuan tercapai bila anggota masyarakat terdidik dan menjalankan hidupnya dengan berperaturan atau displin. Menghormati dan mengurus waktu dengan sempurna adalah juga ciri penting di dalam Islam. Dengan moral dan etika yang tinggi terbentuklah masyarakat yang berbudaya tinggi yang mengutamakan kejujuran, displin, etika kerja, kegigihan, daya tahan, daya saing, adil, berbudi, produktiviti, kecemerlangan, musyawarah, muafakat, demokratis, adil, berbudi, kebajikan, penyayang, nilai kekeluargaan, bertanggungjawab dan apa saja nilai yang positif dan dinamik. Islam juga percaya bahawa manusia dilahirkan dalam keadaan suci dan ia suka kepada segala yang baik dan ia benci pada segala yang buruk.
Dengan masyarakat yang bermoral dan beretika bangsa Malaysia akan mempunyai identiti yang sendiri yang dapat dicontohi oleh seluruh dunia. Negara Malaysia akan menjadi maju dari segi ekonomi dan berkualiti dan menghayati satu set nilai universal, yang memungkinkan kewujudan warganegara yang maju dalam bidang kerohanian dan kejiwaan. Kita sedang menjalankan berbagai usaha untuk membina negara maju. Sebagai negara berbilang kaum kita boleh memilih beberapa nilai-nilai bersama yang penting seperti toleransi, berdisplin, hormat-menghormati.
Sistem keluarga adalah asas terbaik bagi pembinaan masyarakat yang bermoral dan beretika. Di samping itu Dasar Pendidikan Kebangsaan juga diasaskan kepada hasrat yang sama. Falsafah Pendidikan memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan Negara mementingkan kemajuan potensi insan yang seimbang dan harmonis. Generasi muda tidak sahaja didedahkan dengan kepentingan ilmu pengetahuan, menguasai aspek kemahiran tetapi juga mempunyai akhlak yang baik. Generasi penerus ini harus menerima pendidikan yang berkualiti, dan disepadukan pembentukan akal-fikir, nilai-budi dan keterampilannya. Mereka akan memiliki keupayaan bersaing di segenap bidang yang melibatkan pembangunan dan kemajuan. Mereka ini diharapkan akan dapat memerangi dan mencegah perkara-perkara yang boleh meruntuhkan kemuliaan dirinya.
Di dalam membina masyarakat bermoral dan beretika ini kita menghadapi berbagai ancaman. Teknologi komunikasi yang canggih menyebabkan kita menerima beberapa maklumat dari luar negeri. Teknologi dan pelaburandari luar negara mempunyai unsur-unsur yang negatif. Di dalam negeri pulaada beberapa golongan yang mengeksploitasikan pembangunan ekonomi yang pesat untuk mencari kekayaan sendiri tanpa mengambil kira apakah kesannya kepada generasi muda dan golongan yang tidak boleh mempertahankan diri sendiri. Di samping itu ada juga ancaman dari dalam diri setiap individu itu sendiri. Manusia sentiasa lemah untuk mempertahankan diri dari unsur negatif sehingga Islam menganggap melawan kecenderungan kepada keburukan itu sebagai jihad yang besar. Kisah dalam sejarah Islam ada menyebut tentang kepulangan masyarakat Islam ke Madinah setelah menang di medan perang. Mereka melaung-laungkan “Kami ini pulang dari al-Jihadul-Asrar (peperangan kecil) dan kembali untuk menghadapi al-Jihadul-Akbar (peperangan besar)”. Mengapa mereka mengatakan mereka akan menghadapi peperangan yang lebih besar sedangkan mereka kembali ke kota yang aman? Sebenarnya peperangan besar yang mereka maksudkan ialah satu faktor yang akan menghalang usaha ke arah kebaikan dan faktor itu ialah hasutan yang datangnya dari jiwa kita sendiri, yang sentiasa menghasut kita agar kita melakukan perkara-perkara yang buruk yang counter-produktif terhadap usaha-usaha murni yang dilakukan oleh keluarga dan kerajaan.
Sumber pembinaan masyarakat bermoral dan beretika ialah agama, budaya dan tradisi. Nilai murni boleh dibina melalui keluarga, institusi-institusi sosial seperti sekolah dan tempat bekerja. Masyarakat harus membantu segala usaha untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam menjayakan Wawasan 2020.

4 comments:

  1. IBU SARTIKA/SURWANTO seorang TKI DI HONGKONG
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
    nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran hongkong
    angka yang di berikan waktu itu 4D 
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka ((( 2371 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,DI NO Cll (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti Saya menang togel 579
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..


      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: Cll (((082-313-336-747)))



      KLIK DISINI >*>*>* BOCORAN TOGEL SINGAPURA HARI INI *<*<*<


      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

      angka GHOIB; malaysia

      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/


      angka GHOIB; laos






      Delete
    2. Assalamualaikum wr.wb, Saya dari Ibu Sri Wahyuni di subang seorang pembatu rumah tangga di Arab Saudi ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH KASURI atas bantuanya kini impian saya selama ini sudah jadi yata dan berkat bantuan MBAH KASURI yang telah memberikan angka gaib hasil ritual kepada saya yaitu 4D dan alhamdulillah angka yang diberikan mbah bener-bener tembus. sekali lagi makasih MBAH buat angka ritualnya sehingga saya bisa menang. Berkat angka gaib hasil meditasi ritual MBAH KASURI saya sudah bisa bangkit dari keterpurukan juga udah buka usaha yang dijalankan suamiku di kampung dan kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya, bagi anda yang ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KASURI di nomer ini: 0853 4646 0388 atau silahkan kunjungi dan klik ANGKA TOGEL JITU HARI INI ramalan MBAH KASURI memang memiliki ramalan GAIB” yang insy allah dijamin tembus 100%.

      Delete
  2. Maaf sebelumnya nama saya Valeria Armita Rahayu TKI dari Hong-Kong jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini kisah nyata saya...
    Syukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (HongKong) karna ada hutang orang tua yang harus saya lunasi...Singkat cerita namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama MBAH WIRANG di Nomer telfon ( 082_346_667_564 ) di jamin bantuan beliau 100% …Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,,,Singkat cerita kini semua hutang orang tua saya sama rentenir semua sudah terlunasi dan punya modal besar untuk buka usaha di indon dan rencana bulan depan saya balek ke indon...
    Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomer ( 082_346_667_564 ) Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau mungkin sudah waktunya giliran Anda...salam saudara-saudari TKI semua...





    ReplyDelete