Home » » lalu aku mati kerana keseronokan bangsa mentertawakan kesilapan

lalu aku mati kerana keseronokan bangsa mentertawakan kesilapan

Inilah yang saya maksudkan dengan cerita Pak Pandir. Semua orang ketawa melihat kebodohannya tetapi tidak siapa menghulurkan bantuan kepada anaknya yang sedang kepanasan.

Untuk itu saya menulis sajak menangislah anak pak pandir yang dimuatkan dlm antologi salasilah (terbitan dewan bahasa 2005). Pernah saya deklamasikan dlm perasmian satu simposium mengenai pemikiran Melayu yang dirasmikan oleh Raja Nazrin, di Ipoh Perak.

Tak begitu pasti apa namanya simposium tersebut. Dewan Bahasa pun terlibat sbg penganjur bersama Kerajaan Perak.Sudah beberapa tahun yang lepas. Insya Allah saya akan semak balik dan berikan nama dan tarikh yang tepat.


Semakin kuat aku menjerit
semakin kuat mereka ketawa
ini adegan jenaka
semakin mereka tergelak
gelak yang rancak
gelak yang galak

Tak siapa menghulurkan tangan
menyelamatkan aku daripada kematian
lalu aku mati
sebagai mangsa
kebodohan
lalu aku mati
kerana keseronokan bangsa
mentertawakan kesilapan
tetapi tidak bertindak
untuk membetulkan kesilapan

Itulah dua rangkap akhir sajakku yang memperkatakan perkara tersebut.

menangislah anak pak pandir- antologi salasilah (dbp. 2005hlm 82-83.)

1 comments:

  1. Salam. Gembira bertemu bonda di kongres tempoh hari. Saya sangat suka sajak-sajak bonda dalam 'Pujangga Tidak Bernama'.

    ReplyDelete