ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

KOMEN

Saturday, October 03, 2009

Mak cik tak tahu on internet.

Hari ini teringat hendak bercakap tentang anggapa orang.Baru-baru ini saya ada menalipon JPA Bahagian Pencen bertanyakan tentang penyata pencen kerana sudah lama tidak menerimanya. Kalau dulu kita akan mendapat kiriman penyata setiap tahun. Orang yang menjawab di sebelah sana (perempuan- tetapi tidak tahu apa jawatan dan pangkatnya) berkata kepada saya , "mak cik minta tolong anak buka intenet dan dia boleh print penyata dari situ. Mak cik boleh tengok".Saya jawab, "Oh ada on line..tak payahlah minta tolong anak, saya pun boleh buka".

Hal ini mengingatkan kejadian yang sering berlaku kepada saya. Suatu hari saya ke kedai membeli kad prepaid. Si penjual hendak tolong masukkan tambah nilai. Saya katakan tak payah kerana saya nak cepat pergi. Dia pun memberikan kepada saya kad yang dibeli sambil berkata "Nah, suruh anak buatkan".

Oh ya ada satu cerita lagi. Semasa masih berkhidmat, saya pernah menjadi pengarah satu bahagian di Jabatan Kerajaan. Kami baru berpindah pejabat dan saya sedang melihat-lihat kawasan parking yang diperuntukkan kepada pegawai-pegawai di bawah saya. Tiba-tiba seorang pengawal keselamatan merapati saya dan dgn nada nak bertegur sapa berbudi bahasa, bertanya apa yang saya buat. Saya pun tanpa berfikir panjang menjawab lebih kurang, "tengok-tengok tempat parking". Dia serta merta menjawab, "ini tempat pegawai-pegawai. Kalau kita (maksudnya orang spt saya dan dia) parking di luar saja". Saya tergamam, saya nak jawab, "tempat saya dah ada di tempat bertutup. Ini untuk pegawai-pegawai saya" Tapi saya tak jadi kata begitu. Takut pula dia malu. Tak apalah sehari dua lagi dia akan kenal siapa saya.


Sebenarnya saya malu nak cakap pasal ni. Adakah saya nampak terlalu selekeh, terlalu tua terlalu tak tau apa-apa. Memang benar, saya ni bukanlah siapa-siapa, tidak berpangkat tidak berharta (hu hu hu), tapi setakat nak on intenet tu memang kerja saya setiap hari. Ada blog dan ada facebook lagi. Buat urusan bank pun secara on-line hanya pergi ke bank jika ada keperluan sahaja.

Atau adakah ini soal persepsi, soal sikap dan kebiasaan orang-orang di sekeliling kita. Secara generalnya mereka akan menganggap orang yang ditemui itu bertaraf rendah sebelum mereka kenal orang yang itu siapa.

Pengajarannya: Berhati-hatilah bila anda bercakap dengan orang yang belum dikenali.

6 comments:

  1. Salam.

    “Secara generalnya mereka akan menganggap orang yang ditemui itu bertaraf rendah sebelum mereka kenal orang yang itu siapa.”

    Maksud ayat ini ada benarnya. Setelah bersara, tanpa kot, tali leher, seluar hitam, dan kasut hitam panggil yang lazim untuk saya ialah pak cik atau “uncle”. Nasib baiklah kebanyakan orang India, termasuk yang kelihatan lebih tua daripada saya, memanggil saya “abang”. (Prof. Abdullah Hasan mungkin kurang berkenan dengan panggilan “abang” ini.)

    Namun, ada juga orang yang separuh umur atau berumur memanggil saya “tuan” walaupun saya hanya berbaju T dan bersandal. Jadi, sukar juga untuk menentukan persepsi orang terhadap diri kita.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. En. Isa kata, selalu juga org panggil dia tuan. Memang, kalau orang lelaki selalu juga disapa sebagai tuan dan encik. Tapi yang perempuan biasanya mak cik saja, walaupun org tu nampak dekat sebaya dgn kita. Jadi, remaja-remaja pelayan-pelayan shopping complex, kedai-kedai, jgnlah nak terlalu berbudi bahasa. Tak payahlah tanya "mak cik datang naik bas ke?"(betul, saya pernah ditanya sedemikian) Perempuan yg ditanya mungkin puan seri yang dihantar driver. Satu hari saya membeli baju di seksyen 7 shah Alam. Pekedai yang terlebih ramah tu tanya "mak cik duduk mana? padang Jawa ke?" Kalau dah tanya, jgnlah jawab sendiri. Bagaimana kalau pelanggan tu penghuni banglo tiga tingkat di kawasan mewah.Saya rasa dia dah malas nak pergi lagi.

    ReplyDelete
  3. Salam Aidilfitri Dr.

    Kadang-kadang rakyat Malaysia/Melayu suka bertanya dan terus menjawab dengan andainya sendiri tanpa usul periksa. Mereka juga suka menganggap seseorang itu kununnya tidak tahu dan tidak "up-to-date" sedangkan dia sendiri pun kurang arif menilai seseorang.

    ReplyDelete
  4. Tak apa kut... selagi gelaran yang diberikan kepada kita munasabah... eheks...

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Perkara ini berlaku kepada ibu saya, bekas kakitangan awam yang telah berpencen. Apabila tidak lagi beruniform, memakai blazer, persepsi orang muda memandang 'mak cik' sebagai kolot dan tidak tahu apa-apa.

    ReplyDelete
  6. salam puan

    seronok membaca kiriman ini.

    terkenang zaman awal di menengah, saya memanggil seorang cikgu perempuan dgn gelaran 'Mak Cik'..aduhai

    ReplyDelete