ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Thursday, October 08, 2009

RUMAH YG TERBUKA DAN HATI YG TERLUKA

Puan Hajah Halimah , 60 tahun, sudah bermaustautin di Lembah Klang selama lebih 30 tahun. Setelah bersara kehidupannya agak tenang dikelilingi anak-anak yang sudah berumah tangga dan cucu-cucu yang semakin bertambah.


Ibu bapanya sudah tiada. Oleh kerana anak-anaknya berkeluarga dan berumahtangga di lembah kelang, maka dia tidak lagi pulang beraya di kampung. Namun sesekali pulang juga menjenguk saudara mara di Kedah tempat dia dilahir dan dibesarkan. Sebagai wanita terpelajar dan menjalani kehidupan di tengah kota raya , puan Halimah memang sangat biasa dengan apa yang dikatakan Rumah Terbuka. Pada pendapatnya, rumah terbuka ada kebaikannya kerana dia boleh menamakan satu hari untuk dia menyediakan juadah yang sesuai dan sanak saudara boleh datang berkunjung, berkumpul dan mengeratkan silaturrahim.

Namun sebagai warga senior yang dibesarkan di kampung, dia pun terbiasa dengan pengertian hari raya sebagai hari untuk mengunjungi orang-orang yang lebih tua terutama datuk nenek, tok saudara dan nenek saudara, mak saudara dan bapa saudara, tanda kasih sayang, tanda hormat sambil memohon kemaafan.

Maka pada tahun ini puan halimah memilih satu hari Sabtu. Dia pun memberitahu sanak saudara mana yg sempat dihubungi.Hatinya senang dan memikirkan kemeriahan yang akan berlangsung di rumahnya kelak. Begitulah setiap tahun. Bak kata orang sudah menjadi tradisi.


Tiba harinya, halaman rumah pun penuh dengan anak cucu. Dia pun sibuk melayan tetamu. Dalam pada itu dia mencari-cari dan menanti-nanti kedatangan anak saudaranya, Arif dan keluarga yang pulang dari luar negara. Tapi Arif tidak kunjung tiba.

Seminggu kemudian terdengarlah cerita yang kurang menyenangkan. Kononnya si Arif suami isteri berkecil hati kerana Puan Halimah tidak menjemput mereka.

Puan Halimah pun hairan, "Hai..bukankah ini hari raya. Sepatutnya dia yang datang ke rumah aku. Aku emak saudaranya. "

Puan Halimah dan Arif sama-sama merasa terluka. Apa sudah jadi dengan hari raya pada masa ini. Bagaimana? . Apa pendapat anda?

3 comments:

  1. pada saya..raya sekarang dah xmacam dulu dah..dulu saya raya sakan dengan adik2 sekeliling kampung melawat org2 kampung yang saya kenal tanpa disuruh oleh mak..sekarang ni nak suruh budak2 pergi beraya pun susah..mereka lebih suka duk rumah tengok tv..komen macam ni boleh ke puan?

    ReplyDelete
  2. Beginilah puan, pada pendapat saya, melayu sudah semakin layu jati diri mereka, sebab itu agama dilanggar, bahasa dibiar, budaya tak dihirau, betul tak puan?

    ReplyDelete