Dalam proses penulisannya seorang penyair
boleh membina puisi yang mempunyai ciri-ciri cerita atau yang berbentuk
naratif. Penyair mencipta sebuah cerita,
mencipta watak atau watak-watak,
menggambarkan lokasi dan latar masa
kejadian yang berlaku. Di dalam
cerita ini Penyair akan bercakap mengenai watak-wataknya, ataupun wataknya bercakap sendiri atau
bercakap sesama sendiri Melalui
percakapan itu penyair menyampaikan pandangan dan pemikirannya mengenai masyarakatnya dan mengenai segala
aspek kehidupan yang menjadi isu dalam puisinya.
Usman Awang mengambil
pendekatan ini melalui sajak “Pak
Utih”. Dalam sajak ini Usman
mengwujudkan watak Pak Utih yang mungkin satu watak rekaan semata-mata. Namun begitu
orang-orang seperti Pak Utih
memang ada di mana-mana khasnya di kampung-kampung. Pak Utih adalah nama
tempatan yang berlatarkan keadaan tempatan. Selain Pak Utih watak-watak di dalam sajak ini
ialah Dukun, isteri dan anak-anak Pak Utih, dan pemimpin-pemimpin politik. Cerita
yang dibentang adalah cerita penderitaan yang telah lama berlaku sejak zaman
nenek moyang. Hal ini digambarkan melalui baris “teratak tua yang digayuti
cerita pusaka”. Anak-anak yang terdedah
kepada penyakit termasuk malaria menunjukkan bahawa tiada kemudahan mendapatkan
perubatan moden. Mereka hanya bergantung
kepada dukun.
Keadaan semakin buruk kerana
penduduk desa ini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya walaupun negara
sudah merdeka. Dukun pula mengambil kesempatan untuk mendapatkan upah rawatan
yang seringkali berupa seekor ayam dan wang tunai. Pemimpin-pemimpin politik yang dipilih dalam
pilihanraya tidak menjalankan amanah menyebabkan rakyat seperti Pak Utih terus
menderita.
SAJAK PAK UTIH.
Sebuah
lagi contoh sajak yang mengambil gaya bercerita alah “Dialog” karya Kassim
Ahmad.
Tenteramlah
anak
walau
kebanjiran sawah kita
hujan
ini dari Tuhan
yang
mencurah-curah rahmatnya
ada
siang masakan tiada terang
dengarlah
si katak sudah tiada
memanggil lagi
besok
hari panas
padi kita akan lepas
tidurlah
ibu
kita
manusia kerdil
siang
membanting tulang
malam menanggung bimbang
ada esok maka pasti ada
suria
aku akan pergi
dengan seribu jebat di
anak tani
kian
lama kita mati dalam setia
kali
ini kita hidup dalam derhaka
(Puisi Sepanjang Zaman, 1988: 103)
Isu utama dalam sajak ini ialah penindasan tuan
tanah ke atas petani-petani yang miskin. Untuk memperkatakan hal ini Kassim
Ahmad membina cerita dan mengemukakan
dua watak iaitu ibu dan anak yang berdialog mengenai kehidupan dan kesusahan
yang dihadapi. Kemiskinan itu diketahui melalui dialog si anak, ‘kita manusia kerdil/ siang membanting
tulang/ malam menanggung bimbang.
Gejala penindasan dan semangat untuk memberontak ini dikesan melalui kata-kata si anak, sudah lama kita mati dalam setia/kali ini
kita hidup dalam derhaka. Penindasan ini menyebabkan orang-orang miskin
semakin menderita. Penyair telah menyuarakan satu aspek kemungkaran dalam
masyarakat, iaitu penindasan golongan atasan terhadap golongan miskin.
Dalam sajak Pak Utih yang diceritakan oleh Usman Awang
bukanlah kisah seorang lelaki bernama Pak Utih tetapi ramai lelaki lain yang
menjalani kehidupan seperti Pak Utih. Di dalam sajak Dialog, Kassim Ahmad tidak
menceritakan tentang seorang ibu dan anaknya bercakap pada waktu malam tentang
sawah mereka, tetapi tentang seluruh golongan petani yang bernasib malang
kerana ditindas oleh golongan yang berada.
Anda
juga boleh menulis puisi untuk mengemukakan pandangan dan pemikiran tentang
kehidupan masyarakat di sekeliling dengan mengwujudkan watak-watak rekaan dan
membina jalan cerita.
Saya juga gemar menggunakan gaya membina cerita.
Kebelakangan ini gaya penyampaian ini merupakan kaedah yang saya gemari. Sehubungan dengan itu saya
telah menerbitkn kumpulan sajak yang bertajuk Cerita Dalam Cerita (ITBM,
2014.). Kebanyakan sajak ditulis dengan gaya bercerita dan mempunyai ciri-ciri
sebuah cerpen. Antaranya ialah Generasi
Tanpa Nostalgia, Pelakon Terbaik Kami, Episod Pengilang Rokok, Si Penjual CD
dan Di Kedai Haiwan”, .
DI KEDAI HAIWAN
Di sebuah kedai
menjual haiwan
(yang mereka
panggil haiwan-haiwan kesayangan)
Anakku leka
memerhati
Seekor kucing
Parsi
Berbulu gebu
bersikat rapi
Anakku mengacah
dan mengagah
Sesekali
menyergah
Namun si comel
tidak berbunyi
Ia tetap
memandang
Dari dalam
sangkar besi.
Aku pun turut
leka
Dan si penjual
berkata
Belilah ia , ia
kucing istimewa
Ia sudah pintar
Kerana sejak
kecil diajar
Untuk diam di sangkar
Dan ini bahan
istimewa makanannya
Untuk jadi lebih
cantik
Dan kenyang lama
Keluar dari kedai
itu
Anakku tidak
habis2 memuji
Cantik dan
pintarnya kucing tadi
Akupun berkata:
kucing itu memang cantik
Ibu setuju
Tetapi fikir dulu
anakku
Adakah ia benar
pintar
Bila tidak tahu
menggigit dan mencakar
Apakah itu pandai
namanya
Bila diganggu
tidak bersuara
Bila dikurung
tidak meronta
Anakku
Si comel itu
menjadi sumber keuntungan
Setelah ia
ditawan
Dengan suapan dan
pujian
Berapa pun mahal
harganya
Mahallah lagi
kemerdekaan kita.
(Cerita Dalam Cerita: 75)
Cerita
yang terdapat di dalam sajak ini ialah seorang ibu membawa anak ke kedai haiwan
peliharaan. Si anak leka melihat kucing-kucing yang cantik dan gebu. Namun
begitu yang hendak disampai ialah pandangan atau pemikiran mengenai nilai
kebebasan dan perlunya berjuang untuk
kemerdekaan diri. Mesej tentang nilai kebebasan itu terkandung dalam
baris:. “Berapa pun mahal harganya/ mahallah lagi kemerdekaan kita”
No comments:
Post a Comment