Sebuah pantun yang bermutu mengemukakan sesuatu Pemikiran dan berupaya untuk menyentuh emosi. Ia merupakan jalinan yang harmonis di antara penggunaan bahasa dan maksud yang hendak disampaikan.
Secara ringkas NILAI ESTETIKA
PANTUN dapat dirumuskan sebagai
berikut.
1.
Mempunyai rima akhir yang tepat dan sempurna disamping
rima tengah dan rima awal.
2.
Bilangan sukukata 9-10 setiap baris.
3.
Menggunakan unsur alam sebagai pembayang.
4.
Menggunakan perkataan Melayu yang asal yang disebut juga sebagai perkataan yang arkitaipal.
5.
Menggambarkan budaya tempatan
6.
Tidak
menggunakan nama orang.
7.
Dua baris pembayang dapat membayangkan maksud.
8.
Dua baris pembayang mempunyai satu wacana yang berlainan
daripada wacana dalam maksud
Ciri-ciri dari nombor 1 hingga 6 mungkin
jelas kepada semua. Tetapi perlu dijelaskan sedikit tentang ciri ke 7 dan 8. Ciri
yang ke 7 bererti dua baris pembayang tidak bercanggah dengan dua baris maksud.
Sebagai contoh sebuah pantun yang menceritakan tentang suasana tenang seharusnya mempunyai pembayang yang juga membawa suasana tenang.
Ada pembayang dan maksud yang bercanggah
Pokok kelapa dipanah petir
Angin kencang pokok pun tumbang
Saya tidak merasa khuatir
Tuan yang pergi sudah pulang.
Di sini dilihat suasana tenang dan tidak
khuatir itu tidak sesuai dipadankan dengan pembayang pokok kelapa dipanah petir
dan pokok tumbang.Ciri yang ke lapan menekankan adanya kaitan pada dua baris
pembayang. Misalnya
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti.
Pembayang ini menceritakan tentang pisang
emas yang dibawa belayar dan kemudian masak di atas peti. Ada juga orang
menggunakan dua baris pembayang yang tidak ada kaitan antara satu sama lain. misalnya
Pisang emas dibawa belayar
Pergi ke hutan menebang pokok
Di sini dilihat tidak adanya kaitan
antarapisang emas yang dibawa belayar dengan perbuatan pergi ke hutan menebang
pokok.
begitu ada pantun yang tidak menepati
ciri-ciri ini dan boleh dianggap sebagai pantun yang kurang bermutu.
PANTUN
BERMASALAH DAN TIDAK MENEPATI PIAWAIAN.
Di sini ditunjukkan pantun-pantun
yang tidak menepati piawaian dan tidak boleh digolongkan sebagai pantun yang
baik.Contoh-contoh pantun yang digunakan di sini diambil daripada pantun-pantun
yang saya perolehi semasa menjadi hakim sayembara menulis pantun (sudah tentu
yang tidak menang) dan pantun-pantun yang dihantar untuk dinilai bagi tujuan
penerbitan. Nama penulis pantun tidak didedahkan. Seandainya anda adalah
penulis pantun-pantun yang saya sebut ini,
maafkan saya dan anggaplah ini untuk tujuan pembelajaran dan kebaikan bersama.
Ini serangkap pantun yang
dikemukakan dalam satu bengkel penulisan pantun.
Berdagang samprit sampai
ke Jawa
Singgah Sumatera beli cendana
Hutan konkrit menyesak
jiwa
Hutan hijau sangat berguna.
Mari kita tumpukan kpd dua baris pembayang. Pemantun
menggunakan Samprit sejenis kuih untuk
dapatkan rima tengah sepadan dengan konkrit. Tetapi samprit ialah kuih moden
sedangkan telah dikatakan bahawa pantun
lebih indah jika menggunakan perkataan lama.
Justeru itu mari kita cari kuih tradisional yang lebih
dekat dengan budaya Melayu. Kuih yang berima dengan konkrit ialah kuih
bangkit. Bolehkah kita ganti baris pertama dengan:
“Berjaja kuih bangkit
Sampai ke Jawa”.?
Ini kurang sesuai kerana
baris pertama sudah menjadi dua belas sukukata sedangkan ciri pantun yang baik
mengandungi sembilan sukukata pada satu baris. Seperkara lagi, berjaja kuih
menggambarkan seseorang yang membawa kuih di dalam raga dan menjualnya di tempat
berdekatan. Biasanya kita dengar orang berjaja kuih, nasi lemak atau hasil
kebun. Jika sekiranya seseorang dapat menjual sesuatu sehingga ke Pulau Jawa,
maka dia bukanlah seorang penjaja, bahkan seorang saudagar besar, pedagang atau
berniaga.
Baris pertama mempunyai
lebihan sukukata dan perkataan yang tidak tepat. Perkataan berjaja bolehlah
ditukar kepada berniaga lalu baris-baris pembayang menjadi
. Berniaga kuih bangkit sampai ke Jawa
Singgah Sumatera beli
cendana
Selain mempunyai dua belas
sukukata, masalah baris pertama pembayang ialah ia tidak mempunyai kaitan
dengan baris kedua. Apakah hubungan berniaga kuih bangkit dengan membeli
cendana? Cendana ialah sejenis pokok yang kayunya berbau harum dan digunakan
dalam produk haruman atau wangian. Di peringkat ini kita mencari kaitan antara seorang
yang berniaga kuih bangkit akan singgah untuk membeli cendana yang wangi
Soalnya Apa kaitan beli
cendana dengan mengusahakan perniagaan kuih bangkit?
Akhirnya saya cadangkan
pembayang ditukar kepada::
berdagang songket sampai
ke jawa
singgah Sumatera beli
cendana
Dengan ini barulah
mendapat baris yang sempurna dari segi bilangan sukukata dan hubungan
harmonis antara berniaga songket dan beli cendana. Seorang peniaga kain
sesuailah kalau dia juga membeli kayu cendana untuk dijadikan minyak wangi.Adalah
tidak sesuai kalau dia menjual songket
dengan belacan misalnya.
No comments:
Post a Comment