Acara ini berlangsung dari 28 November hingga 2 Disember di Brunei Darussalam. Ini adalah acara MASTERA (majlis sastera Asia Tenggara) yang memartabatkan pelbagai genre karya sastera termasuk sastera tradisional iaitu Pantun.
Acara dimulakan dengan Seminar Pantun di Bandar Seri Begawan. 6 buah kertaskerja dibentang oleh wakil-wakil dari negara2...
Tuesday, December 11, 2012
Friday, December 07, 2012
Tuesday, December 04, 2012
Bermukun adalah acara berbalas pantun di Brunei Darussalam yang masih segar. Pemukun (penyanyi pantun) berbalas-balas pantun sambil memukul gendang. Sungguh kagum saya melihatnya kerana pantun mesti dijawab dengan cepat mengikut irama rancak.
BERMUKUN DI BRUNEI. gambar2 ini diambil semasa Festival/bengkel/seminar pantun Nusantara...
Monday, November 26, 2012
ALAM, PEMIKIRAN DAN EMOSI DALAM PANTUN MELAYU
Zurinah Hassan
(makalah ini disampaikan di Seminar/Festival Pantun Nusantara anjuran MASTERA di Brunei DArussalam, 27- 2 November 2012
Pantun adalah warisan bangsa yang dikagumi di seluruh dunia dan
diiktiraf sebagai karya sastera yang unik dan bermutu. Sebagai sastera rakyat, ribuan
pantun yang...
Sunday, July 22, 2012
Buku koleksi puisi dengan terjemahan Spanish telah terbit pertengahan Julai 2012. Alhamdulillah. Buku ini diterbitkan pertama kalinya pada tahun 2010 mengandungi puisi-puisi dalam Bahasa Melayu dengan terjemahan Bahasa Inggeris. Diterbitkan oleh ITNM (sekarang ITBM) Kuala Lump...
Sunday, July 15, 2012
Tuesday, June 12, 2012
UNSUR ALAM DALAM PUISI MELAYU MODEN menghuraikan penggunaan objek2 alam spt laut, tumbuh-tumbuhan, pelbagai jenis haiwan, peredaran waktu (pertukaran malam dan siang) sebagai metafora dan perlambangan di dalam sajak. Buku terbitan Penerbit UKM 2010 diubahsuai dari tesis phd saya di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Boleh dibeli online....
Tuesday, May 08, 2012
Sunday, May 06, 2012
Ini pendapat saya tentang deklamasi puisi. Apa yang dimaksudkan dengan Deklamasi Puisi? Deklamasi puisi bermaksud membaca atau menyampaikan puisi moden (sajak) dengan gaya untuk diperdengarkan kepada penonton Bagaimana yang dikatakan Deklamasi yang berjaya atau deklamator yang baik? Bila deklamator dapat menyampaikan maksud sajak kepada pendengar....
Saturday, May 05, 2012
TAK TERCAPAI AKAL INSANI Syair ini kudendangkan semalam. Ada seseorang yang minta sangat2 nak menatapnya kerana katanya dia sangat terkesan. "Ada dibukukan ke? Kalau ada saya nak beli". Saya beritahu syair ini adalah diantara syair, pantun, gurindam etc etc yang terkandung di dalam buku PUISI MELAYU TRADISI dengan keterangan2nya. Manuskrip yang...
Monday, April 30, 2012
Rencana ini disiarkan di DEWAN SASTERA MEI 2012 ruangan Bicara Karya.
Penanda Sejarah
Panglima Salleh Selempang Merah
OLEH: ZURINAH HASSAN
Panglima Salleh Selempang Merah (PSSM), yang ditulis oleh Zaharah Nawawi merupakan sebuah novel sejarah setebal 394 halaman yang mengisahkan perjuangan dan kebangkitan orang Melayu menentang kekejaman komunis....
Friday, April 27, 2012
NAMPAKNYA minat dalam deklamasi puisi semakin subur dengan tertubuhnya Kelab Penyair dan Deklamator Gapena dan grup deklamator DEKMAL. Baguslah kerana dengan kegiatan itu puisi dapat disemarakkan di tengah masyarakat. Saya pernah menjadi hakim Sayembara Deklamasi Puisi yang dijalankan oleh pelbagai pihak, khasnya Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan...
Wednesday, April 18, 2012
Alhamdulillah saya telah dapat menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan iaitu membimbing peserta dalam Bengkel Penulisan Kreatif pada 17 April 2012 di Dewan Semarak Akademi Pengajian Melayu. Antara lain, saya memperkatakan tentang elemen-eleman di dalam karya kreatif.ELEMEN-ELEMEN DALAM KARYA KREATIF. Karya kreatif atau karya sastera baik puisi,...
Saturday, April 14, 2012
SEMBILAN CABARAN WAWASAN 2020: CABARAN PERTAMA
MEMBINA BANGSA MALAYSIA YANG BERSATU PADU
STOK LAMA BUKU INI MASIH ADA DIJUAL DGN HARGA RENDAH
RM 10.OO TERMASUK BAYARAN POS.
Msg saya di fb Zurinah Hassan
atau msg HP 016 2598049. Berikan nama dan alamat. Buku akan dipos dgn pos exp...
Friday, April 13, 2012
Salam, hari ini mahu bercakap tentang sajak saya Dosa Peragut. Sebuah karya kreatif mengandungi elemen realiti dan imaginasi yang bertujuan mengajukan pemikiran melalui sentuhan emosi. Sajak ini tersiar di Dewan Sastera tahun lalu. Lupa pula bulan berapa . Yang pasti bukan awal atau hujung tahun. Dosa Peragut Terbaring sakit beginiaku mula mengertidosa...
Sunday, March 25, 2012
Heboh pula sekarang orang berdiskusi samada Hang Tuah pernah wujud. Bagiku Hang Tuah sangat bermakna dalam kehidupan orang Melayu dahulu maupun dalam situasi sekarang. Pada tahun 80han, saya telah menulis dua buah sajak yang judulnya tertera di atas. Kedua sajak telah dimuatkan di dalam antologi sajak PUJANGGA TIDAK BERNAMA terbitan dbp 1994. Kedua...