Tarikh /tempat lahir: 13 Jun 1949, Alor Setar Kedah.
Alamat Tetap: No.2, Jalan Pinggir, 8/1L, Seksyen 8, 40000 Shah Alam
Bermaustautin di Selangor sejak tahun 1974
Kelulusan Akademik:
B.A.Hons (Universiti Sains Malaysia), M.A. (Universiti Putra Malaysia). Doktor Falsafah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Pengalaman Menulis:
Karya-karya berbentuk sajak, cerpen, rencana telah tersiar di akhbar dan majalah misalnya Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Mastika dan lain-lain sejak tahun 1967.
1- Anugerah Penulisan Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) 2004 2- Hadiah kategori buku, i- Pujangga Tidak Bernama, Hadiah Sastera Perdana(1994/1995) ii- Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi, Hadiah Buku Perpustakaan Negara 2002/2004) iii- Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi , Hadiah Sastera Perdana 2002/2003. Hadiah-hadiah untuk karya-karya puisi, cerpen (eceran) Hadiah Sastera Perdana. Hadiah pertama Pertandingan Menulis Cerpen berunsur Islam Jabatan Perdana Menteri 1984. Hadiah Utama Anugerah Puisi Putera, 1984
Karya yang telah diterbitkan di dalam bentuk buku:
1- Sesayup Jalan, Biro Penerbitan USM, 1974 (antologi sajak) 2- Di Sini Tiada Perhentian, Pen.Pewarna, Kuala Lumpur, 1977 (antologi sajak) 3- Keberangkatan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985 (antologi sajak) 4- Kuala Lumpur and Other Places, Pen. Al-Huda, 1988 (antologi sajak versi Bahasa Inggeris) 5- Meneruskan Perjalanan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989 (antologi cerpen) 6- Hatimu Aishah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991 (novel) 7- Pujangga Tidak Bernama, Dewan Basa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994 (antologi sajak) 8- Sembilan Cabaran Wawasan 2020, Pen.Pewarna, Shah Alam (kajian am) 9- Sasterawan Negara Usman Awang, Dewan Bahasa dan Pustaka 1986 (Kajian Sastera) 10- Nota Waktu (antologi puisi Bersama Lim Swee Tin), Citra Publishing Sdn Bhd. 2000. 11- Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi, Penerbit UKM, 2003(autobiography), 12- Menjelang Pemilihan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004 (antologi cerpen) 13- Pesanan dari Gunung Ledang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004 (antologi sajak dengan terjemahan Bahasa Inggeris) 14- Salasilah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2005 (antologi sajak)
Persatuan/kerja-kerja Kebajikan
1. Ahli Jawatankuasa GAPENA 1986 – 1998 2. Terlibat di dalam aktiviti-aktiviti KEMUDI termasuk memberi ceramah bmbingan penulisan, pembacaan sajak dan puisi-puisi tradisional. 3. Ahli Persatuan Penulis Selangor (PPS) sejak 2005. 4. Mengambil bahagian di dalam acara-acara anjuran Persatuan-persatuan Wanita Selangor, MKN, majlis anjuran Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor, khasnya membaca gurindam, nazam dan puisi moden. 5. Ahli Jawatankuasa Muzium Selangor, 1998
Putera Puteri ku
1- Siti Raihani Mohamed Saaid: TUTOR FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UPM. Lulus Sarjana Muda Sastera (Seni Persembahan) Universiti Malaya. Sedang melanjutkan pelajaran peringkat Doktor Falsafah, Universiti Putera Malaysia.Menulis puisi,cerpen, novel etc.Bermain piano dan klarinet 2- Ainul Huda Mohamed Saaid: PEGAWAI BERITA (WARTAWAN) BERNAMA. Lulus Sarjana Muda Sains (Teknologi Persekitaran) Universiti Sains Malaysia. 3- Muhammad Taufiq Mohamed Saaid: PEGAWAI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR. Lulus Sarjana Muda (Perbankan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah. Bermain guitar, percussion 4- Muhammad Faiz Mohamed Saaid: TUTOR DI JABATAN KEJURUTERAAN BIO PERUBATAN Universiti Malaya. Graduan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.Bermain guitar, harmonika, key board, biola 5- Aina Mastura Mohamed Saaid, siswi UiTM, Shah Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Layar. bermain guitar.
Ilham Rania
cucu kesayangan yang sedang belajar di tadika noble
0 comments:
Post a Comment