ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

KOMEN

Monday, January 17, 2011

BERSASTERA dan BERKOMUNIKASI DALAM ISLAM

Islam mementingkan cara berkomunikasi dengan lisan dan tulisan. Beberapa ayat Al-Quran dan petikan hadis boleh dijadikan rujukan dan panduan di dalam menghasilkan keindahan di dalam bersastera dan berkomunikasi di samping panduan di dalam menentukan etika penulisan dan ciri-ciri estetika sastera Islam.
1. Al-Quran menitikberatkan penggunaan kata-kata yang menyenangkan seperti yang terlihat di dalam ayat: “Dan jikalau engkau terpaksa berpaling, tidak dapat melayani mereka kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan” (Surah Al-Israk, ayat 28).
2. Allah pernah mengingatkan Musa dan Harun supaya berkata dengan lemah-lembut walaupun terhadap Firaun: ”Maka katakanlah olehmu berdua (Musa dan Harun) perkataan yang lemah-lembut, mudah-mudahan ia (Firaun) menjadi ingat atau takut (kepada Allah)” (Surah Taha, ayat 44).
3. Allah mengingatkan Nabi Muhammad supaya tidak berkasar ketika menyampaikan seruan Islam: ”Maka disebabkan rahmat dari Allahlah engkau (Muhammad) berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap keras dan kasar, tentulah mereka menjauhkan diri darimu” (Surah A-li ’Imran, ayat 159).
4. Amalan menggunakan perlambangan dan kiasan biasanya disebut sebagai ”percakapan yang berlapik,” adalah menepati ajaran Islam yang terkandung di dalam ayat yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang)” (Surah an-Nisa’, ayat 48).
5. Al-Quran itu sendiri diturunkan dengan mengikut tatacara, sistematis atau mengikut susunan yang tertentu, iaitu dengan beransur-ansur dan tenang supaya dapat diterima oleh manusia secara peringkat demi peringkat agar mudah difahami dan dihafal. Hal ini dijelaskan oleh ayat yang bermaksud: “Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacanya kepada manusia dengan lambat dan tenang, dan Kami menurunkannya beransur-ansur” (Surah Al-Isra’, ayat 106).
6. Tulisan yang baik mestilah disokong oleh fakta dan di samping dapat menyampaikan ilmu pengetahuan. Para sasterawan mestilah memantapkan penulisan mereka dengan ilmu pengetahuan. Dengan itu mereka dilarang menulis segala yang tidak bersandarkan kepada fakta sebagaimana maksud ayat: “Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja” (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 10).
7. Sastera di dalam Islam dinilai dari segi keindahan seninya dan manfaatnya kepada manusia. Al-Quran sendiri memberi panduan dengan jelas melalui ayat yang bermaksud: “Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkal (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya” (Surah Ibrahim, ayat 24-25). Ternyata ayat ini bukan sahaja indah malah ia memperkatakan tentang keindahan, iaitu keindahan bahasa. Allah SWT berfirman tentang ayat yang baik dengan membandingkannya dengan sebatang pohon yang tumbuh dan teguh serta memberi manfaat kepada manusia dengan hasil buahnya. Keteguhan pokok adalah disebabkan akar yang mencengkam bumi. Dengan keteguhan itu dapatlah pohon mengambil segala zat untuk tumbuh bercabang-cabang dan meninggi menjulang ke langit. Begitulah ayat yang baik. Ayat yang baik, misalnya di dalam sebuah karya sastera, mengandungi idea-idea yang bernas yang dapat memperkayakan minda pembaca, lalu terbitlah idea-idea bernas yang baru, seperti keadaan pohon yang akan terus mengeluarkan pucuk yang baru dan buah yang menjadi rezeki makhluk Allah.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum puan, saya seorang pelajar yang berminat untuk mengkaji karya-karya sastera puan, pengkhususan kepada puisi moden yang telah puan karangkan..
    tajuk kajian saya adalah
    Apresiasi cinta dalam penulisan: satu kajian di dalam karya-karya puisi moden Zurinah Hassan
    saya juga telah memilih beberapa sajak yang telah puan tulis...
    kalau boleh, puan boleh tolong ceritakan serba sedikit tentang kaitan antara kisah cinta puan dan karya-karya berikut:
    1)apabila kata-kata menjadi dosa
    2)catatan untuk suami
    3)laut membiru bagai surat rindu
    4)suatu cerita cinta
    5)yang pasti
    6)puisi cinta yang lain
    7)masihkah kau bermain seruling
    dan aku sepatutnya malu menulis surat cinta kepadamu

    jika tidak keberatan, email saya adalah nooazmizam@yahoo.com

    maaf jika menyusahkan dan terima kasih

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum madam,
    i'm an english teacher in johor. is it possible for me to interview you about your poem 'are u still playing the flute?' for my students better understanding of the poem? i was looking for ur email but it's not available. i hope to hear from you- my email is rahmahs@yahoo.com thanks very much

    ReplyDelete