ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Saturday, August 02, 2014



Sumbangan wanita dalam karya sastera tidak dapat dinafikan. Mereka mempunyai kekuatan, gaya serta identiti sendiri yang boleh dikesan melalui karya-karya yang dihasilkan dalam pelbagai genre.



Outstanding poets from the 10 ASEAN countries have received the “Sunthorn Phu Award,” presented for the first time by the Ministry of Culture of Thailand.

The award presentation took place at the Thailand Cultural Center in Bangkok on 26 June 2013, in commemoration of the birthday of Sunthorn Phu (1786-1855), one of Thailand’s great poets in the early Rattanakosin era. It is scheduled to be given each year on 26 June.

The Sunthorn Phu poet laureates 2013 include (1) Awang Haji Hashim bin Haji Abdul Hamid from Brunie Darussalam, (2) Ven Son from Cambodia, (3) Agus R. Sarjono from Indonesia, (4) Dara Kanlagna (Duangchampa) from Laos, (5) Zurinah Hassan from Malaysia, (6) U Saw Lwin from Myanmar, (7) Merlie M. Alunan from the Philippines, (8) Edwin Nadason Thumboo from Singapore, (9) Naowarat Pongpaiboon from Thailand, and (10) Tran Dang Khoa from Vietnam.

Each of them was awarded a plaque of honor and a cash prize of 50,000 baht in front of the portrait of Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn, who is recognized as Supreme Patroness of Thai Cultural Heritage.

The poets also joined a discussion on “Opening up of the ASEAN Poetic World” and held a poetry reading on 26 June. On 28 June, they will travel to Rayong province, the birthplace of Sunthorn Phu’s father, where they will visit Sunthorn Phu Monument and Museum.

The Sunthorn Phu Award was established on Sunthorn Phu Day, 26 June 2012, by the Ministry of Culture and the Thai Poet Association, in cooperation with Thai AirAsia. Culture Minister Sontaya Kunplome said that the award presentation is part of the roadmap for the establishment of the ASEAN Socio-Cultural Community, 2012-2015, under the plan “Building ASEAN Identity.” It is also meant to honor ASEAN poets and commemorate Sunthorn Phu, Thailand’s best-known poet.

Official invitations were sent to all the ASEAN countries to nominate one poet from each country for the 2013 Award. According to the Chairperson of the Organizing Committee for the Sunthorn Phu Award, Mrs. Savitri Suwansathit, the objectives of the award are to promote regional recognition of outstanding ASEAN poets who are greatly appreciated in their respective countries and to promote the intra ASEAN exchanges and dissemination of their poetic works, through poetry readings and translations, in order to enhance mutual appreciation and respect for the diversity of the ASEAN languages and cultures.

She stressed the importance of poetry, saying that in ASEAN countries, as in all countries in other parts of the world, poetry is one of the highest forms of linguistic and cultural expressions – an integral part of the people’s identity.

A poetic genius and well-beloved commoner, Sunthorn Phu wrote a large number of poetic works of many different kinds throughout his life during four reigns, from the late 18th to late 19th century. Easily understood by all classes, his works became widely accepted. For his bicentennial in 1986, he was honored by UNESCO as one of the world’s great personalities.

KUALA LUMPUR -- Malaysian poet Zurinah Hassan has been chosen recipient of Thailand's 'Sunthorn Phu' award.


The 64-year-old Kedah-born will be bestowed the award in Bangkok on June 26.


MENYIMPAN TULISAN RAKAN FB, CHE TUAN ANA BALKIS





HATIMU AISYAH - suatu hari lebih sepuluh tahun lalu teman saya (seorang pelukis profesional) meminta saya membelikan novel ini untuknya. Katanya sebagai rujukan perilaku. Saya ke DBP dan hanya ada tiga naskah di rak. Sebelum menghantar kepada teman itu, saya terlebih dahulu membacanya. Dan, saya terpikat.


MEMBACA SIDANG KULTUS RAIHANI MOHD SAAID

January 25, 2014 at 12:16am
Puteri sulung penyair mapan tanah air, Dato Dr. Zurinah Hassan, Raihani Mohd Saaid sedang menyiapkan diri sebaris dengan generasi pelapis sasterawan tanah air. Sebaris namanya dengan Zean Kasturi, S.M. Zakir, Rahimidin Zahari, Shamsuddin Othman, Faisal Tehrani, Mawar Shafie, Nisah Harun atau pun Siti Jasmina Ibrahim, Raihani mempunyai gaya pengucapannya yang tersendiri. Menulis puisi, cerpen, novel dan skrip drama pentas, Raihani kelihatannya telah terlepas daripada bayangan ibunya sendiri. Sekurang-kurangnya " Sidang Kultus " ( ITBM, 2013 ) kumpulan puisi keduanya ini, jauh berbeda dari " Sesayup Jalan " dan " Di Sini Tiada Perhentian " Zurinah Hassan.

Lihatlah bagaimana kedua-dua menempuh zaman awal melalui kata pengantarnya. Raihani menuliskan, sajak-sajak dalam kumpulan ini merupakan satu kerahan akal dan percubaan meninggalkan gaya persajakan saya sebelum ini. Saya tidak tahu percubaan ini berjaya atau tidak... ( 2013: ix ) Bandingkan pula dengan pengantar ibunya Zurinah Hassan, dapatkah anda bayangkan betapa perasaan saya sebagai insan kerdil, baru 17 hari menjadi mahasiswa dan baru mencuba di alam sastera, telah dijemput oleh seorang tuan Naib Censelor untuk beramah tamah dengannya. Kata-kata itu bukan hanya bualan kosong semata-mata, kerana kemudiannya beliau telah memberitahu saya hasratnya untuk membukukan sajak-sajak saya ( 1974: 1 ) Dari kedua-dua kata pengantar ini, dapatlah kita bayangkan bahawa kedua penyair bertalian keluarga ini mempunyai jalan yang berbeda.

Sidang Kultus mengandungi 36 buah sajak. Sajak-sajaknya dikatakan sebagai percikan api anak muda dan pergolakan siasah tanah air. Vokal suara Raihani lebih lantang dan perhatiannya tertumpu pada sudut-sudut gelap sekitarnya. Sudut gelap ini kelihatan dengan sajak Noir, satu hingga lima. Noir ada tribut Raihani terhadap almarhum Dr. Anuar Nor Arai, tokoh drama pentas dan filem noir yang ulung di negara kita. Noir adalah sisi gelap masyarakat yang pernah ditonjolkan oleh Anuar dalam drama-dramanya seperti Si pemacak, Vakuum dan Tok Selampit. Untuk itu, Raihani menuliskan,

johnny yang tak sempat kumesrai
sedang nama memercikkan berahi
ke saraf ingin tahu
ingin kukenalimu, johnny
buat menambah khazanah nahu
ingin kuselami laut watakmu johnny
yang merentang layar melawan angin

....
katamu, apa yang kurang pada bangsumu
ialah ilmu mencintai bangsanya sendiri
bangsa yang mudah terbakar
tapi banjir dalam jiwa
bangsa yang mudah meratakan rasa
ketika bujuk luar memuncak

johnny, namamu
tersisih, mendung dan sendu

( Noir, hal. 28 )


Anuar mencipta sejarah dalam dunia perfileman tanah air kerana mengarahkan filem dengan durasi terpanjang iaitu selama lima jam berjudul Johnny Bikin Filem. Bagaimanapun filem pertama dan terakhirnya itu yang diterbitkan oleh Universiti Malaya ( UM ) pada 1995 tidak pernah ditayangkan kepada umum. Filem Johnny Bikin Filem yang berdurasi selama lima jam merupakan filem pertama dan terakhir arahannya. Walaupun karyanya tidak pernah dipertontonkan kepada orang ramai, namun sudah pasti satu kejayaan bermakna buatnya apabila Johnny Bikin Filemmencipta rekod sebagai filem tempatan paling lama disiapkan layak untuk disenaraikan dalam pelbagai kategori di Festival Filem Malaysia ke-21 ( FFM21 ) pada 2008.
Johnny Bikin Filem memaparkan kisah Johnny, seorang anak muda dari kampung yang menjadi ketua gangster berpengaruh di Singapura dalam tahun 1950-an. Ketika itu dunia filem Melayu dikuasai kapitalis Cina dari Hong Kong, dan gangsterisme menjadi sebahagian daripada pelengkap sosial zaman itu. Johnny dengan kekayaan dan pengaruhnya berhasrat membeli studio filem di Singapura setelah menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang primadona filem Melayu.

Beliau yang nama sebenarnya Anuar Mohd. Nor @ Arai adalah anak Malaysia pertama yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah ( PhD )  dalam bidang perfileman dari Universiti California Los Angeles, Amerika Syarikat dan bertugas lebih 20 tahun sebagai pensyarah bidang perfileman di UM. Selain itu, beliau pernah bertugas di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Shah Alam dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan ( Aswara ) dengan jawatan terakhir yang disandangnya ialah Timbalan Rektor Aswara.
Anuar juga pernah mengarah beberapa teater termasuk teater terakhirnya berjudul, Ronggeng Rokiah yang dipentaskan di Istana Budaya. Walaupun Allahyarham lebih terkenal dalam bidang akademik, namun namanya bukanlah asing dalam genre drama pentas. Naskah ' Tok Selampit  ' karya beliau adalah antara naskah drama yang sering dikaji selain drama Vakuum dan Si Pemacak yang sering pula dijadikan drama untuk latihan oleh pelajar-pelajarnya. Bagi Raihani, namun sayangnya, skrip-skrip cerdik itu terkubur begitu saja bersama pemergian beliau ke alam baqa. Tanpa Raihani menonjolkannya dalam sajak-sajak Noir, siapa pun tidak akan mengingati Anuar Nor Arai sebagai tokoh perfileman noir yang ulung di negara kita.

Raihani, sekali lagi saya mengatakan Raihani adalah pendobrak ketenangan nuansa bangsanya.Sidang Kultus banyak menampilkan sajak-sajak dedikasi untuk insan istimewa yang mencerahkan akal budi bangsa, yang telah berkorban meninggalkan ruang selesa untuk meluruskan urat perjuangan, ilmuan dan seniman tersisih yang cintakan negara dan mengasihi generasi hari muka. Kini Raihani menekuni P. Ramlee di peringkat Sarjana di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya. P. Ramlee juga seniman Melayu yang menjadi mangsa Run Run Shaw. Sejarah Run Run Shaw dan P. Ramlee juga harus Raihani dedahkan dari sisi gelap noir filem Melayu era sutradara dari India.

Run Run Shaw dan adiknya Run Me Shaw adalah pemilik asal Shaw Organisation tahun 1924 yang mengedarkan filem bagi Asia Tenggara. Pada tahun 1930 telah menubuhkan South Sea Film yang kemudian dinamakan Shaw Brothers Studio yang bermukim di Jalan Ampas, Singapura. Berpandukan sistem perfileman Hollywood, Jalan Ampas mengumpulkan beratus-ratus pelakon filem dan sutradara. Pelakon ini diambil dari kalangan pelakon bangsawan sementara sutradara diambil dari India antaranya L. Krishnan, S. Ramanathan, K.M. Basher, B.N. Rao, V. Girimaji, K.R.S. Shastry, Phani Majundar, Kidar Sharma, Dhiresh Ghost dan lain-lain yang merencahkan filem Melayu seperti filem Tamil dari India.

Seawal tahun 1933, filem Melayu pertama arahan K.R.S. Chisty, Laila Majnun diterbitkan dan mendapat sambutan ramai. Ini diikuti oleh filem Mutiara, Bermadu, Hancur Hati, Topeng Syaitan,Ibu Tiri, Terang Bulan di Malaya, Tiga kekasih dan Mata Hantu. Memandangkan lombong emas telah dicipta, selepas Perang Dunia Kedua, beliau membena empayar Malay Film Production di No. 8, Jalan Ampas off Balestier Road, Singapura, yang kemudiannya melahirkan sutradara dan pelakon handalan seperti P. Ramlee, S. Roomai Noor melalui filem Penarik Beca ( 1955 ) Seniman Bujang Lapok yang meraih anugerah tertinggi perfileman Asia. Ketika kita mengenang 40 tahun pemergian seniman agong P. Ramlee ( meninggal pada 29 Mei 1973 ) dengan segala titik bengik kemelaratan ekonominya, Run Run Shaw meninggal dunia pada  7 Januari 2013 dalam usia 106 tahun dengan meninggalkan jutaan ringgit royalti dari kemegahan filem-filem Melayu lakonan dan arahan P. Ramlee.
Saya percaya Raihani mempunyai semua bukti ini untuk menyelak noir P. Ramlee sebagaimana Anuar Nor Arai. Dan ini Raihani lontarkan dalam sajaknya Dadu Terakhir ( hal. 12 )

bersedialah untuk lemparan dadu terakhir
usah terpedaya isyarat musuh
keraguan adalah permulaan luka
curiga adalah racun di hujung senjata

Raihani banyak bertamsil. Banyak juga bersifir. Seperti katanya,

sepotong kek
manis dan gebu
sepotong hati
gelisah dan pilu

Sepotong Kek di Negeri Hati, hal. 13 )

Sudah tentu melihat sajak-sajak Raihani, penekanan utamanya juga harus kepada bahasanya. Menurut Anang Santoso, bahasa perempuan juga dapat dipandang sebagai situs pertarungan sosial ( social struggle ) Bahasa perempuan sebagai realitas hidup yang konkrit. Pelbagai nuansa dan kontasi kata-kata, misalnya, adalah refleksi dari aspek-aspek sosial-budayanya ( 2009: 16 )

Saya pulangkan renungan ini kepada pembaca setianya...

sidang kultus karya raihani mohd saaid
sidang kultus karya raihani mohd saaid


raihani mohd saaid