ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

KOMEN

Saturday, June 11, 2016

PENULIS WANITA SARAWAK


 MEMPERKASAKAN PENULIS WANITA SARAWAK 
(Kertaskerja Seminar/ Expo Buku Malaysia, di Kuching 15 Mach 2016)

Dalam memperkatakan perkembangan penulis wanita di Malaysia, dua buah buku  utama yang sering dijadikan rujukan ialah antologi Kembang Melati, Pyan Husayn dan Suhaimi Haji Muhammad (penyelenggara), Dewan Bahasa dan Pustaka 1982,  dan antologi Mustika Diri, Ahmad Kamal Abdullah dan Siti Aishah Murad (penyelenggara), Dewan Bahasa dan Pustaka 1994.
Antologi Kembang Melati memuatkan karya tujuh orang penyair wanita iaitu Salmi Manja, Anis Sabirin,  Maimoonah Haji Omar, Zurinah Hassan, Nor Aini Muhammad, Siti Zainon Ismail dan Zaihasra.  Antologi Mustika Diri  melibatkan penulisan dalam semua genre iaitu puisi, cerpen, drama dan esei sastera. Di dalam Kembang Melati  belum terdapat seorang pun penulis wanita dari Sarawak manakala Mustika Diri mengabadikan satu nama iaitu Ratnawati Jamil yang lahir di Kuching Sarawak. Beliau menulis sajak, cerpen, drama, esei dan pernah memenangi hadiah kedua dalam peraduan menulis cerpen kanak-kanak dbp Sarawak (1981).  Hal ini memberi gambaran bahawa pertumbuhan penulis wanita Sarawak boleh dianggap terkebelakang jika dibandingkan dengan Semenanjung dan Sabah. Dari Sabah penulis2 wanita yang turut menghiasi Mustika Diri ialah Mariam Omar,Obasiah Haji Usman, Sairah Haji Antin, Siti Hadiah, Siti Rahmah Ibrahim, dan Zaiton Ajmain,

Maklumat seterusnya tentang penulis wanita Sarawak didapati daripada   Hamzah Hamdani , Sastera Melayu di Sarawak, Dewan Bahasa dan Pustaka 2004. Buku ini memberi sumbangan besar dalam menggariskan perkembangan sastera di Sarawak  Hamzah telah melakukan kajian yang menyeluruh dan menulis di bawah pelbagai tajuk penting. 

Dalam buku Hamzah Hamdani ditemui beberapa penulis wanita. Antara nama-nama yang muncul di peringkat awal ialah Latifah Shebli , Hajijah Jais, Jamilah Morshidi. Jamilah Morshidi, menghasilkan kumpulan cerpen  Di Hujung Harapan. (1988), Gadis Bernama Lina  (1990) Santubung Sang Puteri, Buntat Teloh, 2000, Kenyalang Terbang Bebas dbp 1987. Hajijah Jais menyelenggara kumpulan cerpen Wali (dbp 1990), yang merupakan antologi pertama memuatkan cerpen cerpen karya penulis wanita Sarawak, termasuklah Hajijah Jais, Jamilah Morshidi, Lena Piee, Ratnawati Jamil dan Sarimah Alit. Antara yang pernah membuat resensi terhadap kumpulan ini ialah Dr. Hazami Jahari. (Walau bagaimanapun ketika penulis berjaya menghubungi sebahagian penulis untuk  mendapatkan keterangan lanjut, ada yang membuat pengakuan yang mereka tidak berkarya lagi dan merasa tidak selesa untuk bercakap tentang penulisan.)

LATIFAH SHEBLI
Latifah Haji Shebli adalah nama yang penting dalam sejarah pertumbuhan penulis Sarawak,  terlakar di arus perdana seiring dengan  Adi Badiozaman Tuah, Saaie Driss, Zaini Oje, dan lain-lain. Sebagai penyair wanita Latifah mula menulis seangkatan, malah lebih awal daripada Siti Zainon Ismail dan Zurinah Hassan, iaitu sejak era Biro Kesusasteraan Borneo. Menurut Hamzah Hamdani Biro Kesusasteraan Borneo adalah badan yang bergerak sejak 1959 dan berjasa dalam memberi makna dan kehidupan kepada pertumbuhan sastera di Sarawak. Hamzah turut menyebut nama Latifah Shebli sebagai nama penulis yang aktif pada era biro ini. Selain Latifah Haji Shebli terdapat beberapa nama wanita yang lain seperti Maliah Hj Shebli, Salbiah Painah, serta pengarang lelaki yang lain termasuk Madzhi Johari dan Ahmad Sabu. Biro ini menerbit buku dan majalah. Latifah bersama Maliah telah menghasilkan antologi puisi Kembang Setangkai Layu Ditugu-.1974.

Selepas era biro, kehidupan sastera digerak oleh  PEBAS, singkatan kepada  Persatuan Bahasa Dan Sastera Sarawak. Latifah  terus menulis dan menyumbang bakti melalui kegiatan badan penulis khasnya PEBAS, yang bergabung dengan GAPENA bagi menjayakan Hari Sastera di Sarawak 1974.

Latifah menonjol di bidang puisi dan telah meraih Anugerah Sastera Sarawak bagi kategori puisi tahun 2000.  Selain puisi,  Latifah juga menulis cerpen dan rencana. Karyanya tersiar di  akhbar dan majalah termasuk Dewan Sastera, Jendela Sarawak, Horison,  Dewan Siswa.Sabah Times, Daily Express. Latifah turut  memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-Gapena yang dianjurkan dalam usaha mencari sajak-sajak yang sesuai dibaca di dalam Sayembara Deklamasi Puisi Hari Kebangsaan (SDPHK) yang telah diadakan sejak tahun 1984. Sajaknya yang terpilih dan turut menjadi teks SDPHK berjudul “Kita Anak Merdeka” Dalam antologi Malaysia Dalam Puisi, selenggaraan Ahmad Kamal Abdullah dan Ahmad Razali Yusof, dbp 1991 terdapat sajak Latifah, “Tanah Lahirku”. Sajak Latifah “Aku Menjadi Lebih Berani” turut dipilih untuk KOMSAS dan dimuattkan dalam antologi Anak Laut.
                     
“Aku Menjadi Lebih Berani”   menyatakan  bahawa dalam persahabatan yang lebih penting ialah kejujuran dan keihlasan bukan sifat luaran. Penyajak berani menghadapi cabaran kerana dia lebih memahami hatinya dan sahabatnya. 
Aku Menjadi Lebih Berani 
Kali ini
kau berbaju biru
dan bajuku ungu
sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu. 
Bila begini, sebilah pisau aku tidak gentar
sepatah kata,
bisa, aku merasa.

Hati dan rasa mengajarku
aku menjadi lebih berani.


Dewan Sastera, September 2011 menyiarkan beberapa buah sajak LS dalam ruangan Penyair Bulan Ini. Antaranya “Yasin di Perkuburan”, “sebatang lidah”, “tanah runtuh”, dan lain-lain. Bagi saya yang paling berkesan adalah puisi yang disiarkan dalam ruangan Ujana Klasik iaitu  PANTUN DONGENG SAWARAK 

Bismillah cerita dimula,
Bulak cerita bulaklah aku;
Cerita Pak Tua tersangat gila,
Hendak berkahwin Aru Gaharu.
Tidur susah menutup mata,
Tidur bergolek di atas papan; 
Sehabis nyawa mengumpul harta,
Untuk membeli rantai berlian.
Ejek mengejek cuit mencuit,
Berhari-hari duduk mengata;
Rantai berharga jutaan ringgit,
Anak negeri miskin melata
(Dewan Sastera,2011)

Penulis Wanita Sarawak Terkini.

Pertumbuhan penulis wanita di Sarawak pada masa ini memperlihatkan perkembangan yang sangat pesat.  Selepas Latifah nama yang menonjol ialah Jamilah Morshidi. Antara yang dihasilkan ialah novel Kenyalang Terbang Bebas di samping cerpen. Novel ini memaparkan kehidupan orang Melayu di tebing Sungai Sarawak yang kebanyakannya bekerja sebagai pendayung sampan.Persaolan utama yang menarik ialah hakisan tebing sungai akibat ombak yang dibawa oleh kapal-kapal besar yang mengancam rumah-rumah di tebing sungai.

Perkembangan semasa boleh dianggap satu pertumbuhan yang memberangsangkan. Bilangan penulis wanita dan bilangan karya boleh dikatakan naik mendadak. Terdapat nama-nama seperti Rosani Hiplee (puisi), Radzemah Bolhassan (cerpen dan novel) dan Beb Sabariah (novel)  yang melakar warna kesusasteraan negara menembusi pelbagai media pada peringkat kebangsaan seiring dengan penulis-penulis Sarawak seperti Adi Badiozaman Tuah, Jeniri Amir, Jong Chian Lai, Awangku Merali Pengiran Muhammad, Saie Driss, Zainal Abidin Suhaili (Abizai), Jais Sahok, Dahiri Saini , Hajijah Jais, Hipani Alwi, Hazami Jahari, Jaafar Hamdan, Roslan Jomel, Rosani  Hiplee, Jaya Ramba dan Poul Nagang dan ramai lagi,

BEB SABARIAH
Mungkin yang paling dikenali pada masa ini ialah Bibi Sabariah kerana novelnya Tirani dipilih sebagai teks KOMSAS. BS mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 , menulis cerpen, puisi dan rencana’ Mula berjinak melalui KEPEZI  kumpulan Zaharah Nawawi, menerbitkan antologi cerpen selenggaraan Zaharah Nawawi termasuk Memori Sebuah Rindu terbitan dbp. antologi pengucapan puisi hari wilayah. Karyanyaaa  disiarkan di Mingguan Malaysia, Utusan Sarawak, Dewan Sastera dan Wanita.  Pada tahun 2001 meraih Hadiah Penghargaan bagi kategori Puisi dan menjadi Naib Johan Sayembara Menulis Cerpen sempena 50 tahun DBP

RADZEMAH BOLHASSAN.

Kegiatan dan karya yang dihasilkan oleh Radzemah Bolhassan membuktikan  bahawa pertumbuhan penulis wanita Sarawak sedang berkembang pesat dan membanggakan. Radzemah mula menulis pada 1991 dan kini adalah antara penulis wanita angkatan baru yang sangat prolifik dan sedang aktif menyumbang kepada perkembangan sastera kebangsaan melalui buku-buku yang telah diterbitkan. Beliau lebih aktif menulis dalam genre cerpen dan novel di samping menulis puisi dan rencana.
Setakat ini Radzemah telah berjaya meraih anugerah:
-       Penulis Harapan Sarawak anjuran PUSAKA Kerajaan Negeri Sarawak dalam Genre Novel pada tahun 2001

-       Anugerah Sastera Negeri Sarawak 2014 (Kategori Novel)

Kumpulan Cerpen:

Sajadah Ibadah, ITBM 2013
Sagu, Ikan Salai, ITBM 2013
Bunga Pelake, Pelangi Publishing 2014
Ayun Tibow, ITBM 2015

NOVEL KARYA RADZEMAH BOLHASSAN
Bil
Judul Karya/Buku
Media/Penerbit
Tarikh Siar/Terbit

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
  22
23
24
25
26
27
28
Kupohon Kemaafan
Menanti Keadilan
KorBan Kasih
Keruh Di Muara
Bukan Kerana Dia
Pertaruhan Naluri
Penghujung Resah
Nilai Sebuah Pengertian
Dahlia
NIlai Kasih
Merisik Cinta
Korban Kasih
Hati Nurani
Mata Hati
Rindu di Aspal Mimpi
Kmiliki Cinta
Kerana Kidjang
Kundai
Misteri Telaga TumBratma
Bulan Ungu dalam Hati
Pelangi di Hati Abah
Citra Warisan-Kerana Payak
Citra Warisan-Rahsia Rh Pjg Sok
Citra Warisan-Sekiu Oh Sekiu
Citra Warisan-Kain Tenun Qaseh
Citra Warisan-Salai Lumek
Iqbal Membina Jaya
Simpang 302

Rhythm Publishing
Rhythm Publishing
Rhythm Publishing
Rhythm Publishing
Rhythm Publishing
Rhythm Publishing
Rhythm Publishing
Dewan Bahasa & Pustaka
Utusan Publishing
Utusan Publishing
Utusan Publishing
Utusan Publishing
Tintarona
Dewan Bahasa, KL
Tintarona
Cerdik Publishing
DBP, Kuching
Pelangi Sdn. Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
Pelangi Sdn Bhd
DBPKL
DBPKL

1998
1998
1999
2000
2001
2001
2001
2001
2003
2003
2004
2004
2006
2006
2007
2007
2008
2011
2011
2011
2011
2013
2013
2013
2013
2013
2014
2015




KEGIATAN SASTERA

·         Pengerusi Kelab Penggiat Sastera Sarikei (KEPESSA)
yang telah ditubuhkan pada tahun 2001 dibawah naungan DBP Cawangan Sarawak           
·         Ketua 1 PEKASA Cawangan Sarikei bermula pada tahun 2011

Novel Radzemah sering bertolak dari latar budaya khasnya budaya Sarawak dan suku kaum yang unik. Kundai, misalnya memperlihatkan keindahan dan kekayaan seni pusaka yang dilambangkan oleh sanggul yang diperbuat dengan rambut sendiri. Sanggul ini diyakini akan menaikkan seri wanita yang memakai. Membuat sanggul itu sendiri memerlukan kemahiran kerja tangan yang dipelajari dan dipusakai dari generasi yang lebih tua. Perempuan dituntut untuk bersanggul kemas. Kerana mengikut kepercayaan kalau gadis membiarkan rambut terurai tidak bersanggul dia seolah-olah mendoakan kematian ayah ibunya dan kalau sudah berkahwin ibarat mendoakan kematian suaminya. Memang di dalam masyarakat Melayu anak-anak gadis dilingkungi oleh pelbagai pantang larang dan kepercayaan. Ada perkara yang sama dengan komuniti lain dan ada yang terlalu asing. Misalnya ajaran untuk menanam rambut di perdu pokok pisang untuk melebatkan rambut juga terdapat dalam masyarakat di mana saya dibesarkan. Namun begitu perkara sanggul yang dibuat dengan rambut sendiri belum pernah didengari.

Novel Kundai walaupun mengisahkan perhubungan dan percintaan tetapi membawa mesej kebanggaan terhadap pusaka warisan. Watak Ahadan memelihara sanggul ibunya  yang melambangkan kasih sayang terhadap kesenian bangsa, manakala Mawar adalah watak gadis yang telah membuktikan kebijaksanaan, kelayakannya dan kemampuannya untuk mewarisi pusaka dan memikul tanggungjawab sebagai puteri Sarawak yang berbangsa dan berbudaya

Misteri Telaga Tum Bratma berkisar kepada kepercayaan penduduk dan pantang larang yang berkait dengan cerita asal usul kampung. Ia mengisahkan Salihin yang mengidap penyakit misteri, iaitu sejenis kedal sejak memakan buah nangka. Yang menarik, pengarang tidak bertujuan untuk menguatkan kepercayaan terhadap pantang orang tua-tua tetapi bertujuan menempelak sikap takbur anak muda tersebut ketika menunjuk-nunjuk yang dia berani melanggar larangan yang diwarisi turun temurun.   

Satu lagi warna warisan Sarawak yang mahu dipertahankan ialah keharmonian hidup dalam rumah rumah panjang. Perjuangan untuk mempertahankan rumah panjang menjadi intipati novel Rahsia Rumah Panjang Sok. Sementara itu novel Pelangi Di Hati Ayah  memaparkan konflik antara tanggungjawab kepada keluarga dan tanggungjawab untuk memajukan masyarakat. Konflik berlaku di dalam keluarga seorang guru yang dihantar mengajar di pedalaman meninggalkan isteri dan anak-anak untuk menguruskan kehidupan mereka sendiri.
Novel novel Radzemah Bolhassan  juga sering berkisar tentang kecekalan dan semangat khasnya remaja untuk mencari kejayaan dalam hidup. Dalam Salai Lumek diperlihatkan  kecekalan dan semangat  Kadri, seorang anak nelayan yang sangat sukakan laut dan bercita-cita menjadi nelayan. Dia akhirnya menjadi nelayan moden yang Berjaya berkat usaha dan kecekalan menambah ilmu. Kerana Payak  memaparkan semangat seorang budak perempuan bernama Mahani yang dianggap lembam. Dia berjaya  memperluaskan perniagaan payak menjadi produk industri kecil untuk membela nasib keluarganya.

Rosani Hiplee

Rosani Hiplee dilahirkan di Kuching, Sarawak merupakan Penerima Hadiah Karyawan Harapan Negeri Sarawak tahun 2000, Hadiah Penghargaan Penulis Sarawak tahun 1996 (puisi), 2007 (puisi) dan 2010 (puisi & esei kritikan sastera). Beliau meraih Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2009/2010 (puisi eceran). Manakala pada tahun 2014, beliau telah menerima Anugerah Penulis Sarawak genre Puisi. Karya-karya beliau pernah disiarkan di akhbar dan majalah tempatan dan nasional seperti Utusan Sarawak, Utusan Borneo, Berita Minggu, Berita Harian, Dewan Siswa, Dewan Sastera, Tunas Cipta, Karya, Dewan Bahasa, Dewan Budaya, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Tamadun Islam, Turut dimuat  dalam antologi Cinta Bersulam Anekdot dan Risalah Melayu Nan Serumpun, yang diterbitkan oleh Persatuan Sasterawan Numera Malaysia (2014) dan Antologi Puisi Pangkor 4 (2014) yang diterbitkan oleh Yayasan Kampung Karyawan Malim. Kumpulan puisi perseorangan ialah Sari Rahsia Terindah (DBP 2006) dan Cinta Perempuan yang Cantik (DBP 2011) dan Titik! ( ITBM 2014) kumpulan cerpen pertama berjudul Membusur Jantung Bidadari (2014).Kumpulan puisi Sepasang Cerita bakal terbit sedikit masa lagi, sedang dalam proses penerbitannya oleh pihak Institut Terjemahan Buku Malaysia.
                                                                                                  

Rosani Hiplee menulis dalam pelbagai tema.Seperti penyair lain sering mengharapkan kesejahteraan dan jalan untuk kesejahteraan ialah keikhlasan.  Oleh itu sifat sifat hipokrasi adalah mendukacitakan Ini terungkap dalam sajak Damai Itu Nyata Indah 5.
Tak ingin kuberpaling ke wajah hipoklrasi
Segalanya nyata melukakan

Senyumnya bergaris sinis
Madahnya berbelah dursila
batinnya tidak dekat manusianya sirna jati diri.

Lalu rumput tidak lagi nyaman dipijak
Langit biru kelam bercahaya
Angin rakus merusuh mandala
Matahari bonda menyusup di horizon jingga

Segalanya angkara sengketa kata
Bias tujahan kata iri yang mnghancur susila bangsa.

Dalam Cinta Hutan Lambir ditemui kecintaan kepada alam dan kehijauan alam. Penyair melihat deru percik air terjun adalah bicara alam penuh rahsia.
Gambaran pendakaian sebagai “berpaut dari pohon ke pohon”,.membayangkan harapan dan pergantungan kepada  alam.
Penyair merasa terkilan kerana keindahan alam sering dimusnahkan angkara rakus kuasa. Harapan dan nada yang sama ditemui dalam Kinabalu Kota Ayu. Perkampungan Di Atas Air.

Sebuah sajak yang menarik ialah Taman Ini (8) . Penyair menggambarkan kehidupan Manusia di alam Tuhan yang luas ini umpama beluncas yang meniti dahan mencari daun-daun muda atau seperti rama-rama yang merayap dalam rimba yang tebal dan beraneka warna.  Beluncas harus waspada dan jangan terlalu lupa diri sehingga mabuk dengan keenakan daun hijau. Sang rama-rama juga jangan leka dengan tarian yang bersimpang siur hingga kesesatan dan kehilangan arah tuju.
di taman ini pernah ada angin alpa menderu
terhumbanlah diri ke parit hayat
terkapai-kapai dalam hanyir nista
putik impian berbunga dosa

Pulanglah mencari dan memohon ditunjukkan jalan yang benar.

tapi wangi mimpi firdausiMu
kembalikan aku ke alur benar.
Dalam gerismi rindu nasuha
Kutegarkan kudrat melayah yakin
Menuju ke taman impian
Bersama puput sabda cinta terindah
Hanya kepadaNya. 8

Rosani juga menulis tema keagamaan kesyahduan Ramadan
Cinta dan kasih sayang memanusiakan dalam “Jangan Dibunuh Cinta” 10.

keburukan perang dalam kota di sana.
perang gila cetus sengsara.


Tema keagamaan terdapat dalam sajak .Perjalanan Mencari Cinta, Kisah Rubiatul Adawiyah, Ketika Cinta Bersujud. .
MEMPERKASAKAN PENULIS WANITA SARAWAK



Penulis wanita Sarawak seperti juga penulis lelakinya, harus melihat kepada kelebihan dan keunikan persekitaran yang boleh dijadikan bahan berkarya. Sarawak mempunyai banyak bahan warisan dan tradisi sastera rakyat yang sangat kaya. Semua ini menghidangkan bahan yang boleh dimanfaatkan. Apatah lagi orang barat sangat gemar kepada unsur-unsur  exotic yang dimiliki oleh Sarawak. Di sinilah dahulu Pangeran Md SAlleh atau Pangeran Shahbandar menulis syair terkenal di Nusantara iaitu Syair Rakis.Walaupun syair tersebut dikaitkan dengan Brunei, namun keindahan pantai dan gunung Sarawak inilah yang telah memperkaya ide dan memperindah lenggok bahasanya. 

Penulis wanita Sarawak harus lebih bersedia untuk membuka minda, meluaskan interaksi dengan penulis lelaki dan wanita di seluruh negara maupun di arena antarabangsa. 


3 comments:

  1. IBU SARTIKA/SURWANTO seorang TKI DI HONGKONG
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
    nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran hongkong
    angka yang di berikan waktu itu 4D 
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai .

    ReplyDelete
    Replies
    1. SALAM KENAL SEMUA,SAYA PAK AGUS TONO DARI MALAYSIA
      CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI (ASLI) BUKAN REKAYASAH!!!

      TERIMA KASIH BANYAK MBAH SERO SUDAH 3 TAHUN SAYA MENDERITA DI MALAYSIA KERJAAN SAYA CUMA MENOMBAK KELAPA SAWIT PENDAPATAN TIDAK SEBERAPA SEDANKAN SEWAH KONTRAKAN RUMAH 700 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH SAYA DAPAT NOMOR MBAH DI INTERNET SAYA COBA-COBA HUBUNGI KARNA DI MALAYSIA ADA PEMASANGAN TOGEL JADI SAYA MINTA BANTUAN ANGKA GHOIB DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERIKAN MBAH SERO LANSUNG TOTO 6D BENAR-BENAR 100% TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERIMA KASIH BANYAK MBAH SERO RENCANA MAU PULANG KE INDO BUKA USAHA INI SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA GHOIB MBAH SERO BAGI ANDA YANG INGIN MERUBAH NASIB SEPERTI SAYA HUBUNGI MBAH SERO
      DI NOMOR (_082_370_357_999_) TERIMA KASIH
      INI KISAH NYATA DARI SAYA..

      Delete
    2. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka ((( 2371 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,DI NO Cll (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti Saya menang togel 579
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....


      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!

      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel

      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat

      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..


      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: Cll (((082-313-336-747)))



      KLIK DISINI >*>*>* BOCORAN TOGEL SINGAPURA HARI INI *<*<*<


      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/

      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/

      angka GHOIB; malaysia

      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/


      angka GHOIB; laos






      Delete