ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

KOMEN

Monday, June 06, 2016

BIODATA ZURINAH HASSAN



Nama                         :           ZURINAH BINTI HASSAN
Gelaran                      :           Datuk Dr.
Tarikh Lahir               :           13 Jun 1949
Tempat                      :           Bakar Bata, Alor Setar, Kedah
Alamat Tetap             :           No.2, Jalan Pinggir, 8/1L, Seksyen 8,
                                                40000 Shah Alam, Selangor.
E-mel                          :          
Blog                            :           Interprestasi/ On Malaysian Literature


PENDIDIKAN

ii.            Menyambung pendidikan rendah di Sekolah Inggeris Sungai Layar – Special Malay Class (tahun)
iii.           Memasuki sekolah menengah di Sekolah Convent Sungai Petani (tahun)
iv.           Meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar (tahun)
v.            Melanjutkan pelajaran ke Universiti Pulau Pinang (sekarang Universiti Sains Malaysia) dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kemanusiaan) pada tahun 1974 (1971-1974)
vi.           Melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Putra Malaysia dan mendapat  Ijazah Sarjana pada tahun 2001 (1998-2001)
vii.         Menyambung pelajaran ke peringkat kedoktoran di Universiti Malaya dan berjaya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 2008 (?-2008).


KERJAYA

i.          Pegawai Penerangan di Jabatan Penerangan, Kementerian Penerangan Malaysia
ii.         Ketua Cawangan Pengurusan Maklumat, Kementerian Penerangan Malaysia
iii.        Karyawan Tamu di Institut Tamadun dan Alam Melayu, UKM
iv.        Pakar Perunding di Akademi Pengajian Melayu, UM







A.           BUKU
KUMPULAN SAJAK

1974.  Sesayup Jalan. Pulau Pinang: Biro Penerbitan USM.
1977.  Di Sini Tiada Perhentian.Kuala Lumpur: Pewarna.
1985   Keberangkatan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
1988   Kuala Lumpur and Other Places. ?: Pencetakan Al-Huda.
1994   Pujangga Tidak Bernama.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2004   Pesanan dari Gunung Ledang.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2005   Salasilah.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2014   Cerita dalam Cerita.  Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

KUMPULAN CERPEN

1989.  Meneruskan Perjalanan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.      
2004.  Menjelang Pemilihan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

KUMPULAN PUISI

2000.   Nota Waktu (antologi puisi bersama Limm Swee Tin).  Kuala Lumpur: Citra Publishing Sdn. Bhd.
2010.   Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour.  Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

NOVEL

1991.  Hatimu Aishah.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

BUKU KAJIAN/ESEI DAN KRITIKAN

1994.  Sembilan Cabaran Wawasan 2020. Shah Alam: Pewarna.
1996.  Sasterawan Negara Usman Awang.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2003.  Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi.  Bangi: Penerbit UKM.
2010.  Unsur Alam dalam Puisi Melayu.  Bangi: Penerbit UKM.
2011.  Puisi Melayu Tradisional-Pantun, Syair, Gurindam, Seloka. ?: Pekan Ilmu.
2013.  Catatan Perjalanan Seni Zurinah Hassan.  Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.

BUKU TERJEMAHAN
2012.   Menghadap ke Pelabuhan/Frente el Puerto.  Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Spanish)
2013.   Menghadap ke Pelabuhan.  Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Rusia)
2014.   Menghadap ke Pelabuhan/ ‘Minato ni Tachimukatte’.  Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Jepun)
?        Menghadap ke Pelabuhan/En Regardant le Port.  Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. (antologi puisi dengan terjemahan bahasa Perancis)

PETIKAN UCAPAN/KERTASKERJA
Puisi Melayu Tradisional khasnya yang disebarkan melalui lagu-lagu atau nyanyian telah berperanan untuk menyampaikan nasihat dan panduan hidup bagi mempengaruhi minda dan membina keperibadian bangsa. Usaha hendaklah dijalankan untuk membanyakkan rakaman lagu-lagu rakyat yang berisi pantun-pantun nasihat. Di sana sini masih ada pengamal pengamal  Puisi Melayu Tradisional yang patut disokong dan diberikan tunjangan untuk meneruskan kegiatan mereka. Seperti yang difahami, sesebuah university sedia mengeluarkan dana untuk kerja-kerja penyelidikan termasuk ke atas lagu-lagu rakyat dan PMT yang masih bertaburan demi mengumpul khazanah budaya. Usaha untuk menyelamatkan khazanah budaya ini sepatutnya diiringi dengan menyediakan peruntukan untuk memberi tunjangan kepada para pengamal agar mereka dapat menjalankan kegiatan.
Kertaskerja Hari Puisi Nasional, PERANAN PUISI DALAM PEMBENTUKAN JATIDIRI BANGSA . Kertaskerja Hari Puisi Nasional, Pulau Pinang.10 Mei 2013
Apakah pentingnya sastera di dalam era dunia tanpa sempadan ini? Sastera kita adalah budaya kita. Itulah jati diri dan akar bangsa.  Ketika terlalu leka membina dan mengejar kebendaan, kita lupa sekettika kepada akar bangsa ini. Akibatnya, anak-anak menjadi pohon-pohon yang tidak berakar. Maka mudahlah ditumbangkan oleh angin yang lalu.
Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi, Penerbit UKM, Bangi 2003:275
Sebuah puisi sebagai sebuah karya kreatif membawa   pemikiran dan perasaan pengarang yang teradun dalam media bahasa.. Insya Allah selagi dipinjamkanNys kesihatan dan daya kreativiti, saya akan terus berpuisi dengan pegangan sebagai karya kreatif puisi harus membawa unsur posittif, menyampaikan pemikiran yang meninggikan martabat kemanusiaan.
Parakata Untuk Kumpulan Puisi Ceerita Dalam Cerita, Itbm 2014,
Penggunaan unsur alam memperlihatkan bahawa kreativiti penyair Melayu dipengaruhi oleh agama Islam. Dalam aspek ini penyair melihat alam fizikal yang dapat dilihatt, didengar, disentuh, dan dirasai melalui pancaindera manusia sebagai tanda kebesaran Allah. Hal ini adalah selaras dengan peringatan yang banyak terdapat di dalam kitab suci Al-Quran.
 Unsur Alam Dalam Puisi Melayu Moden, Ukn Bangi:2010: 1113.
TULISAN TENTANG KARYA ZURINAH HASSAN

1.    Muhamad Fadzil Yusoff. Kosmologi Dalam Puisi-puisi Zurinah Hassan.  Tesis PhD. Universiti Putera Malaysia. 2012.
2.    Ahmad Kamal Abdullah.  Zurinah Hassan: Jaring dan Siklus Kepenyairannya dalam Ahmad Kamal Abdullah (peny.) GEJALA: Esei dan Kritikan Puisi Melayu Moden 1955-1986.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.
3.    Shafie Abu Bakar.  “Zurinah Hassan” dalam Jambak 2. Ahmad Kamal Abdullah (peny.).  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.
4.    Susilawati Kamaruzzaman.  “Zurinah Hassan, Zaihasta, Siti Zainon Ismail” dalam Kesusasteraan Melayu Moden 1970-1979. Penyusun Siti Aisah Murad.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010.
5.    Membunga@Siti Meriam Yaacob. “Sajak ‘Salam Perempuan dari Penjara’ dan ‘Suara Wanita’”.  Perisa, Jurnal Puisi Melayu.  Jilid 12.2004: 88-91.
6.    Lim Swee Tin. “Zurinah Hassan: Kebersahajaan dan Kesederhanaan yang Mengasyikkan”.  Dewan Sastera. Disember 2004: 17-20.
7.    Nor Hashimah Haji Jalaludin. “Kepenyairan Zurinah Hassan Ditinjau dari Sudut Stilistik”. Dewan Bahasa.  Ogos 1985: 579-591.
8.    Rahman Shaari. “Sajak-sajak Konfesional Zurinah Hassan”. Dewan Sastera. Disember 2004: 27-29.
9.    Ramli Isin. “Kepenyairan Zurinah Hassan yang Tidak Pernah Putus dan Surut”.  Dewan Sastera. Disember 2004: 12-15.
10. S. Jaafar.  “Zurinah Hassan Melulis Itu Satu Tanggungjawab”.  Dewan Sastera. Julai 1986: 18-21.
11. Selina S.F. Lee.  “Unsur Prosa Dalam Puisi-Puisi Manusia dan Wanita Melayu”.  Dewan Sastera. Mac 2000: 22-24.
12. Siti Zainon Ismail.  “Zurinah Hassan Mengangkat Isu Manusia dan Wanita Melayu”.  Dewan Sastera. Disember 2004: 21-26.
13. A. Rahman Napiah.  “Unsur Alam Dalam Puisi Melayu Moden Karya Zurinah Hassan”  kertas kerja yang dibentangkan dalam Bersama Tokoh Penulis Tanah Air, Zurinah Hassan, anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 23 November 2011.
14. Arbak Othman.  “Idealisme Budaya dan Jati Diri Bangsa yang Tercalar dalam Puisi Zurinah Hassan dalam Kumpulan Salasilah” kertas kerja yang dibentangkan dalam Bersama Tokoh Penulis Tanah Air, Zurinah Hassan, anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 23 November 2011.
15. Hamzah Hamdani.  “Menjejak Puisi dan Memoir Zurinah Hassan”  kertas kerja yang dibentangkan dalam Bersama Tokoh Penulis Tanah Air, Zurinah Hassan, anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 23 November 2011.
16. Kamariah Kamarudin.  “Perutusan Muhasabah” dalam Kumpulan Cerpen Menjelang Pemilihan”.  Kertas kerja yang dibentangkan dalam Bersama Tokoh Penulis Tanah Air, Zurinah Hassan, anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 23 November 2011.
17. Muhammad Haji Salleh.  “Bahawa Aku Pernah Hidup:  Zurinah Hassan Sebagai Pentafsir Waktu dan Peristiwa” dalam Seminar Kefahaman Budaya ke VIII.  Anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia.  Dikelolakan oleh Persatuan Sastera USM pada 18 Disember 2004.
18. Rosnah Alias.  Diri, Keluarga dan Masyarakat Dalam Puisi-puisi Zurinah Hassan.  Latihan Ilmiah.  Ijazah Sarjana Muda, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1989.
19. Shabariah Mohamad Zakwan.  Falsafah Waktu Dalam Puisi-puisi Karya Zurinah Hassan.  Latihan Ilmiah,  Universiti Malaya, 1989.
20. Samsina Ab Rahman, Muhamad Fadzil Yusoff.  “Pemaknaan Kosmologi Biotik dalam Kumpulan Puisi Salasilah karya Zurinah Hassan dari Perspektif Teori Pengkaedahan Melayu”, Persidangan Kebangsaan Alam dalam Kesusasteraan, 16-17 Julai 2010, Universiti Sains Malaysia.
21. Samsina Ab Rahman, Muhamad Fadzil Yusoff.  “Kosmologi Biotik Alam Fauna dalam Puisi-puisi Zurinah Hassan Menerusi Perspektif Teori Pengkaedahan Melayu”, dalam Kelestarian Bahasa:Satu Rumpun Satu Ikatan.  Penerbit UPM.2011


No comments:

Post a Comment