ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Wednesday, March 25, 2015


KENANGAN LALU


Malam Puisi Riong-Shah Alam pukau penonton

“Istikrar Cinta” diterjermah di Teater Shah Alam
Setelah 5 tahun, Malam Puisi Riong-Shah Alam, kerjasama seni strategik MBSA-BH diadakan, pada kali ini Malam Puisi Riong Shah Alam yang membawakan tema “Istikrar Cinta” diadakan di dewan hebat iaitu Teater Shah Alam. “Istikrar Cinta” yang membawa maksud kesungguhan perasaan cinta yang didedikasi kepada Allah S.W.T dan kejadiannya, kasih saudara sesama manusia dan kasih kepada alam. Ia telahpun diterjermahkan oleh dua segmen bingkisan persembahan pada malam itu. Kehadiran peminat puisi pada malam itu adalah amat membanggakan.
Malam Puisi Riong-Shah Alam dikemudi oleh pengacara hebat Ahmad Fedtri Yahya. Tabir dibuka dengan gerak tari hebat oleh (KKSA). Penggiat seni muda Umar Uzair memulakan syair “Kau Pergi Tanpa Pesan” dan mendendangkan sebuah lagu keroncong. ASP Foo Chek Seng tampil bersama puisinya “Bumiku Hijau”.
Dalam pada itu, budayawan terkenal Datuk Dr Zurinah Hassan tampil berkolabrasi bersama penulis yang tidak asing Raihani Saaid yang juga merupakan anaknya. Melantunkan karya Cerita Rumah Kami, Sejarah dan Sajak, Dr Zurinah turut bersyair “Sejahtera Bandaraya Shah Alam”. Manakala Raihani Said melantunkan puisinya “Insan Pencerah”.
Bagi budayawan, Datuk Dr Ibrahim Ghaffar, beliau tampil dengan Puisi “Doa dan Pintu Alam terbuka” dan Ratib Cinta II yang digabungkan secara nyanyian oleh Daqmie Maulaya.
Sementara itu, Pak Agi kali ini menampilkan naskah “Lapangan Ya-Ya-Ya”. Agi juga menggunakan kesempatan untuk melibatkan penonton sebagai plot puisinya.
 Puisi teaterikal oleh Kumpulan Sepresi
Bingkisan menarik turut disajikan kepada penonton iatu puisi teaterikal oleh Kumpulan Sepresi. Dibarisi empat karyawan muda iaitu Mohd Zulfahmee Ismail, Mohd Hatta, Nani Saudiar Zakir dan juga Momo Raja Lawak. Naskah “Si Burung Besi” dan “Patung-Patung” diterjemahkan melalui paduan bacuan puisi, elemen tari, lokanan dan nyayian. Persembahan khas yang mengenang MH370 itu tersebut turut menggabungkan artis tari dan lakon.
 Datuk Bandar berpuisi
Menceriakan majlis apabila Y.Bhg Dato’ Haji Mohd Jaafar Haji Mohd Atan, Datuk Bandar Shah Alam tampil dengan membaca puisi “Istikrar Cinta” karya Mohd Zulfahmee Ismail. Sementara itu, Zainor Said daripada Berita Harian turut beraksi di pentas puisi. Turut hadir sebagai tetamu kehormat ialah Pengerusi Media Prima, Datuk Johan Jaaffar.
Imam Muda, Dayang Nurfaizah dan Azlan Typewriter meriahkan suasana
Malam Puisi terus hangat apabila artis tersohor tanah air iaitu Dayang Nurfaizah dan Azlan Typewriter memukau penonton. Dayang Nurfaizah tampil manis berbaju kurung dan berselendang menyanyi dua buah lagu iaitu Erti Hidup dan Di Pintu Syurga. Penonton pada malam itu juga disajikan dengan alunan zikir dan nyayian lagu ketuhanan oleh Imam Muda Nazrul. Malam Puisi Riong ditutup dengan persembahan bertenaga oleh Azlan Typewriter.
 Istikrar Cinta capai objektif
Tuntasnya, program ini mencapai objektifnya dan menampilkan mesej yang sangat baik. Kepelbagaian persembahan yang digarap dengan menggabungkan puisi, elemen gerak tari, teaterikal dan muzik disusun kemas untuk memastikan ia menjadikan sebuah bingkisan yang menarik.
Program ini berjaya mengumpulkan “orang-orang lama” dan generasi muda. Adalah tidak lain, tujuan utama pengajuran ini ialah bagi mengangkat dan menghargai karya puis dan mempromosi Shah Alam sebagai bandaraya yang berbudaya. Program ini mampu memupuk semangat perpaduan melalui seni dan budaya serta menyampaikan mesej-mesej kemanusian, alam dan ketuhanan kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment