Home » » Program Penghayatan Sastera dan Budaya

Program Penghayatan Sastera dan Budaya


Pada hari Sabtu 11.Feb.06 saya membuat persembahan di Program Penghayatan Sastera dan Budaya, Latihan Khidmat Negara,Kem Paya Indah, Dengkil Selangor. Saya diiringi oleh anak, Muhammad Taufiq yang bermain alat percussion. Antara lain saya menyanyikan lagu kanak-kanak, "Burung Kenek-kenek" untuk menerangkan tentang pantun Melayu yang digunakan untuk memberi didikan kepada kanak-kanak.

burung kenek-kenek
hinggap di atas dahan
pesan datuk nenek
ingatlah pada Tuhan

burung kenek-kenek
hinggap di dalam taman
pesan datuk nenek
jadi orang beriman

burung kenek-kenek
hinggap di dahan kayu
pesan datuk nenek
ikutlah cakap ibu

burung kenek-kenek
hinggap di atas pagar
pesan datuk nenek
rajin-rajinlah belajar

burung kenek-kenek
hinggap di atas bumbung
pesan datuk nenek
jangan berlagak sombong

burung kenek-kenek
hinggap di atas batu
pesan datuk nenek
rajin-rajin baca buku

Sebelum itu saya telah membuat persembahan yang sama di Pusat Latihan Khidmat Negara di Port Dickson iaitu pada 7 Feb (Selasa). Dua hari kemudian pada hari Jumaat saya menyertai aktiviti Kemudi , Malam Santai Seni di Unisel, Batang Berjuntai Selangor.

Minum di kafeteria bersama anak-anak
remaja yang hadir

0 comments:

Post a Comment