ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

KOMEN

Monday, January 30, 2006

Indahnya Pantun Melayu

Di sini ada pantun-pantun yang kupetik dari Kumpulan Puisi susunan Zainal Abidin Abu Bakar, terbitan Dbp. 1984. Ini antara pantun yang kupilih.

Kalau tuan mengail ikan
Jangan mengail ikan sepat
Bukankah dulu saya berpesan
Pokok berduri jangan dipanjat

Meninjau berpadi masak
Batang kapas bertimbal jalan
Hati risau dibawa gelak
Bagai panas mengandung hujan

Ambil kain dibuat sumbu
Nasi santan dibuang-buang
Jangan dibuat seperti tebu
Air ditelan hampas dibuang

Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah

Jika dilurut padi masak
Jatuh ke tanah berderai-derai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai 146

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak 150

Keluar berjalan hari malam
Singgah di kedai beli beras
Saya mencari serata alam
Berjumpa buku dengan ruas 150

Dari Tenggoh hilir ke Bera
Hilir membawa buah bidara
Tidak tumbuh tidak melata
Tidak sungguh tak dikata 153

Berbaju batik bujang kelana
Duduk bermadah di tilam pandak
Usah dipetik si bunga sena
Warnanya indah berbau tidak 154


Dang Nila memangku puan
Berembang buah pedada
Adakah gila bagimu tuan
Burung terbang dipipiskan lada :156 Sejarah Melayu.hlm 208

Apa lauk makan semalam
Nasi disenduk hangatnya tidak
Air di laut seperti garam
Ikannya lemak masinya tidak :156

Kerat-kerat kayu di lading
Hendak dibuat hulu cangkul
Berapa berat mata memandang
Berat lagi bahu memikul 156

Tengku Muda raja di Linggi 157
Pergi berniaga ke negari Palemban
Biar ambil resmi padi
Jangan diikut resmi lalang

Hendak belayar di Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat 157

Cik Minah memakai merjan
Di sinar api cahaya gemerlap
Bumi mana tak kena hujan
Manusia mana tak buat silap 158

Kuda sakti jatuh di logam
Kena panah patah kakinya
Cubalah tabor padi segenggam
Barulah tahu mana jadinya 158

Rumah kecil tiang seribu
Rumah gedang terpanggung
Dari kecil timbangn ibu
Sudah besar timbnga untung

Kayu kelat tempatnya ular
Melaun menjulur minuman dibajan
Di dalam kilat nampaklah kilau
Nyatalah awan mengandung hujan 158


Panjanglah rumput di permatang
Disabit orang Inderagiri
Disangka panas sampai ke petang
Kiranya hujan tengah hari 159

Harapkan si untung mengamit
Kain di badan didedahkan
Harapkan guruh di langit
Air tempayan dicurahkan 159

Anak merpati disambar helang
Terbang ke titi di dalam huma
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama 159

Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salam datang 160

Di Meninjau berpadi masak
Batang kapas bertimbal jalan
Hati risau dibawa gelak
Bagai panas mengandungi hujan 160

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angina jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah

Perahu dikayuh ke Tanjung Rengit
Sarat berisi pala dan rokan
Jangan diharap guruh di langit
Air tempayan pula dicerahkan 160

Kalau tuan pergi menebang
Jangan lupa membawa tajak
Jangan menurut resmi kiambang
Pucuknya menghijau akar tak jejak 161

Sangkut terendak dekat beranda
Orang Papua anyam tak sudah
Jika tiada ada berada
Masakan tempua bersarang rendah 161


Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
Jatuh ke laut menjadi pulau 161

Duduk berbual di remang senja
Angina taufan bertiup kencang
Kalau kapal dua nakhoda
Alamat karam dipukul gelombang 162

Hujan hari rintik-rintik
Tumbuh cendawan gelang kaki
Kami sepantun telur itik
Kasih ayam maka menjadi

Selasih puan cempa bertambun
Batang nanas di tepi paya
Kasih tuan umpama embun
Datang panas hilanglah dia 163

Rumah kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sebatang
Kecil-kecil ditimang ibu
Sudah besar ditimang gelombang 163

Sampan kotak perahu China
Sarat bermuat buah kelubi
Rusa kutembak kijang terkena
Sampai dilihat pelanduk yang mati 166

Hendak layari perahu layer
Angina berpuput di laut India
Takkan lari gunung dikejar
Hilang kabus nampaklah dia 167

Apa dibuat menetak akar
Akar ditetak layu bunganya
Hujan lebat gunung terbakar
Embun setitik padam baranya 180

Pohon beringin daunnya hijau
Pucuk petola siselak-selak
Hati ingin hendak ke pulau
Biduk ada pengayuh tidak 179

Lubuk Pait lubuhnya dalam
Anak seluang jatuh ke tuba
Mimpi baik saya semalam
Mimpi bulan jatuh ke riba 253

No comments:

Post a Comment