SAYA dan Minggu Penulis Remaja.
Ucapan di Majlis Perhimpunan Alumni MPR di Port Dickson, 21.9.2025.
Saya berterima kasih kerana diberi peluang untuk berucap pada hari ini. Tahniah kepada Dewan Bahasa yang sentiasa menjalankan program-program bahasa dan sastera selaras dengan tugas dan fungsinya.
Alhamdulillah Allah memberikan saya kemudahan dan kesihatan Saya tidak menolak jemputan ini kerana MPR atau Minggu Penulis Remaja sangat dekat dengan saya . Melalui MPR saya mengenal ramai penulis penulis remaja bahkan memperolehi ramai “anak angkat”. Sebagai penulis sudah tentu saya mengikuti program-program anjuran DBP termasuk program untuk remaja dan kanak-kanak. Pada tahun 1997 anak saya sendiri menjadi peserta MPR. Mempunyai anak yang berminat dan terlibat dalam penulisan ini memberi saya kelebihan, iaitu saya dapat mengenal penulis-penulis remaja - update dengan perkembangan terbaharu, kerana anak akan bercerita tentang kawan-kawannya dan karya-karya penulis remaja yang menarik. Dengan itu agak well informed tentang perkembangan penulis remaja. Pada masa itu MPR dan Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat menjadi ‘idaman’ .
Saya menjadi terlibat secara langsung dengan MPR bila mereka menubuhkan Kelab Alumni MPR sekitar 1997. Saya mempunyai hubungan rapat dengan Kelab ini. Saya melihat di dalam jadual, petang ini akan diadakan pemilihan AJK Kelab Alumni , Saya berharap Kelab ini akan bergerak aktif semula. Ia membawa banyak kenangan dalam diri saya.
28 tahun dahulu saya menyaksikan Kelab itu mula digerakkan dengan gigihnya oleh barisan AJK yang pertama iaitu Hizairi Othman (Ketua) Ade Irma Suryani (Setiausaha) dan ajk-ajknya termasuk Faizal Tehrani, Rahimidin Zahari, Shamsudin Othman. Ridzuan Harun. Rosie Haslinda Nasir, Salina Ibrahim, Hafizin. Anak saya, Raihani adalah Penolong SU dan memikul tugas Ketua selepas kejadian yang menimpa Hizairi.
Pada masa itu keadaan tidaklah seperti sekarang. 1997 adalah zaman sebelum telefon bimbit. Jadi bagaimana mereka berhubung antara satu sama lain? Jangan kata telefon bimbit, talian tetap pun tidak menentu sebab mereka ini datang dari seluruh Malaysia . Mungkin ada telefon di rumah masing-masing di Kedah atau Johor, sedangkan mereka tinggal di sini, di rumah sewa atau di asrama universiti. Jadi bagaimana, misalnya Ketua menyebarkan sesuatu info tentang mesyuarat dan sebagainya? Jawabnya mereka menggunakan pondok telefon dan mendial 03-550509 . Seorang perempuan akan mengambil mesej dan akan menyampaikan kepada A B C D yang akan memanggil kelak. Nombor itu adalah nombor telefon rumah saya dan perempuan yang bertindak sebagai operator itu adalah saya sendiri.
Pada masa itu internet bukan seperti sekarang. juga baru nak mula. Jenis yang kena dial di telefon. Kadang-kadang tak ada. Bila pakai internet telefon engage. Bukan semua rumah ada komputer . Bukan semua rumah ada talian internet.
Dalam keadaan inilah saya terlibat dengan MPR khasnya Kelab Alumni.
Saya berada dalam situasi ini sebab Siti Raihani adalah Penolong SU. Setiausaha ialah Ade Irma dan rumahnya di Kelantan. Jadi rumah Penolong SU lah yang mudah dijadikan markas. Oleh kerana Penolong SU selalu tidak ada (berkuliah dsbnya) maka sayalah yang jadi Penolong kepada Penolong SU MPR.
Satu cara berkesan ialah SU Ade Irma datang ke rumah, tidur di rumah untuk menggunakaan telefon Mesti call setiap orang tidak membuat hebahan melalui watsap macam sekarang. menjalankan tugas kesetiausahawan dengan Raihani. Mereka juga perlu telefon untuk menerbitkan buletin MPR. Saya bantu apa yang boleh. Dia dan Raihani meminta nasihat dalam menulis minit mesyuarat , merancang sesuatu aktiviti. Lebih lebih lagi untuk menghubungi tokoh2 sastera yang dicadangkan oleh Kelab untuk diwawancara untuk buletin. Saya cuba membantu kerja-kerja promosi. Misalnya pernah bawa Dr.Shamsudin dan Raihani ke studio RTM. Oleh kerana Raihani belum memandu terpaksalah saya membawa dia ke mesyuarat dan sebagainya. Sayangnya beliau tidak dapat menyertai perhimpunan ini kerana berada di Pulau Pinang , membentang kertas untuk Seminar Antarabangsa P.Ramlee. Saya juga menghubungi SU yang pertama tetapi beliau berada di kampungnya di Kelantan.
Rumah menjadi markas atau pejabat pertama Alumni MPR.
Demikian untuk mengimbau kembali sebahagian sejarah MPR. Anak-anak penulis jangan menganggap saya nak menunjuk-nunjuk pula. Cuma bercerita apa yang sebenar berlaku.
Anak-anak sekarang sangat bertuah dengan adanya program MPR ini.
Menulis adalah media berkomunikasi. Mengekspressi buah fikiran. Bukan semata menjadi penulis kreatif, menjadi penyair atau novelis, tetapi orang yang boleh menulis akan lebih ke hadapan. Menulis kertaskerja untuk minta projek bisness, menulis tesis untuk mendapatkan ijazah .
Menjadi penulis berjaya memerlukan:
Bakat,
kesungguhan dan kerajinan
Persekitaran yang memberangsangkan
Ilmu pengetahuan (belajar dari penulis berpengalaman. Saya juga belajar drpd yang lebih muda.
Minat kepada perkembangan persekitaran
Disiplin
Gaya hidup sihat.
Program seperti Minggu Penulis Remaja akan meletakkan peserta-peserta dalam situasi yang kondusif atau memberangsangkan.
No comments:
Post a Comment