ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Thursday, January 23, 2020



Saja nak petik bahagian terakhir sajakku “Bendahara, Tuah dan Jebat, Aku Selalu Bertanya” (Pujangga Tidak Bernama) tentang peluang dan mensia-siakan peluang. Umpamanya peluang menukar pemerintah dan pemerintahan..Peluang pertama adalah bila Jebat menderhaka. Dan ini telah dipersiakan. Bilakah peluang seterusnya? Adakah akan sia-sia juga?
Jebat, kau sepatutnya bertahan dengan taming sari
kerana dengan keris itu kau tidak terkalahkan
mungkin kau telah menang
dan berpeluang memenangkan kebenaran.
        Apa boleh buat segalanya telah terjadi
        Tuah menyanjung raja lebih dari kawan
        Jebat menyanjung kawan lebih dari kebenaran.
Aku selalu bertanya
kalau Jebat tidak menderhaka
apakah yang akan terjadi kepada Tuah
jika Bendahara tidak membuka rahsia
apakah yang akan terjadi kepada raja
jika Hang Tuah tidak mahu pulang ke Melaka
atau si Jebat terus betahan dengan taming sari
apakah yang akan terjadi kepada kita hari ini?
        Namun Bendahara, Tuah, dan Jebat
        mereka bertiga telah melepaskan peluang
        yang datang hanya sekali sahaja
        dalam sejarah bangsa.

1 comment:

  1. Strange "water hack" burns 2 lbs overnight

    At least 160 000 men and women are trying a simple and secret "water hack" to lose 1-2 lbs every night in their sleep.

    It is very easy and it works on anybody.

    Here are the easy steps for this hack:

    1) Go grab a glass and fill it up half full

    2) And then learn this weight loss HACK

    and be 1-2 lbs skinnier the next day!

    ReplyDelete