ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Saturday, April 13, 2019

KENANGAN BERSAMA PEMINAT DI PBAKL 2019.






Petang itu adalah hari terakhir PBAKL. Saya baru usai menyampaikan ceramah tentang penulisan Biorgafi, autobiografi dan memoir. Saya ke restoren riverside. Tiba2 terlihat dua remaja sedang membaca buku. Saya gembira kerana mereka sedang membaca buku saya. "Hai you are reading my book" . Mereka kelihatan gembira dan bersemangat bila melihat saya. "Oh what and honour. We are so excited to meet you". Yang berbagu kemeja dan berskirt merah itu bernama Sharon. Dia memperkenalkan diri sebagai peminat saya. Mereka mengeluarkan buku2 dari bag plastik, menunjukkan buku2 saya yang mereka beli hari itu lalu minta saya tndatangan.  Pertemuan itu sungguh bermakna bagi saya. 

No comments:

Post a Comment