ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Thursday, May 10, 2018

PANDUAN MENULIS PANTUN









PENGGUNAAN BAHASA/ GAYA BAHASA DALAM PANTUN.

Metafora
Pantun menggunakan Metafora, Simile,  Personifikasi dan Hiperbola, Metafora berlaku apabila perkataan-perkataan yang digunakan mempunyai makna yang menyimpang dari maknanya yang asal atau makna yang literal. Bererti telah terdapat pemindahan atau penyimpangan makna di dalam kata-kata. Ia tidak lagi dapat dirujuk secara literal . 

Contoh:
  
Buah langsat kuning mencelah,
    Keduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
    Tanduk tidak berguna lagi.


CONTOH SIMILE
Berburu ke padang datar
     Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
     Bagi bunga kembang tak jadi

Cahaya redup menyegar padi
    Ayam berkokok mengirai tuah
Jika hidup tidak berbudi
      Umpama pokok tidak berbuah.

hiperbola Pantun juga menggunakan hiperbola bagi menyatakan perasaan secara berlebih-lebihan. 

Contoh Hiperbola

Buah jering di atas para
  Diambil budak sambil berlari
Keringlah laut Selat  Melaka
    Barulah dinda mungkirkan janji
  “Keringlah laut Selat Melaka” adalah hiperbola kerana tidak mungkin laut akan kering airnya.

PERSONIFIKASI
bacang masak mempelam manis
     makanan anak bidadari
bintang teresak, bulan menangis
     hendak bertemu si matahari.

Di dalam pantun di atas bintang dan bulan diberikan perlakuan manusia iaitu teresak dan menangis

Pengulangan /Anafora untuk Penegasan dan Keindahan
PANTUN MELAYU banyak menggunakan unsur pengulangan untuk tujuan keindahan dan penegasan. Pengulangan di awal baris dikenali sebagai anafora . Contoh:
yang kurik kundi
yang merah saga
yang baik budi
yang indah bahasa.


Kalau tinggi tinggi selasih
kalau tinggi berdaun jangan
kalau pergi pergilah kasih
kalau pergi bertahun jangan


kalau subang sama subang
kalau sanggul sama sanggul
kalau hilang sama hilang
kalau timbul sama timbul




 BUKU INI  boleh didapati dengan harga rm15 sahaja.  Penghantaran pos oleh SHOPPIE.  Bayar kpd akaun maybank 112101453121 (zurinah hassan).  Berikan nama dan alamat . Face book Zurinah Hassan atau watsap 016 2598049

No comments:

Post a Comment