ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

KOMEN

Saturday, April 21, 2018

BAGAIMANA MENJADI AHLI GAPENA


BAGAIMANA SAYA BOLEH MENJADI AHLI GAPENA.

Soalan ini pernah  ditanya kepada saya oleh beberapa orang khasnya mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan.  Pada masa yang sama masih ramai yang keliru bila menyebut  PENA dan GAPENA.  Bila ada jemputan ke rumah Gapena atau Rumah Pena, ramai juga yang kurang pasti yang mana satukah .  Adakah rumah di Jalan Bellfield atau Jalan Lapangan Terbang Lama.
Saya beri sedikit keterangan di sini.
1      Anda tidak boleh menjadi ahli Gapena. Tetapi anda mesti menjadi ahli persatuan penulis yang bergabung dengan gapena. Kalau anda ahli Pena secara automatic anda adalah ahli Gapena.
PENA (singkatan kepada Persatuan Penulis Nasional Malaysia) ditubuhkan pada 12 Januari 1961 di Universiti Malaya. Pada masa ini PENA  telah mendapat rumah untuk menjalankan aktiviti dan pentadbirannya. Antara kegiatan PENA yang terkenal ialah  Malam Baca Puisi yang biasanya diadakan pada Hari Jumaat setiap awal bulan. Acara ini sangat digemari. Ramai yang datang untuk bertemu mesra sambil membuat persembahan di pentas. 

Selain PENA, banyak lagi Persatuan Penulis yang ditubuhkan di seluruh negara khasnya sejak 1950 Persatuan persatuan ini pada keseluruhannya bertujuan memperjuangkan maruah bangsa, sastera dan budaya bangsa. Namun begitu, persatuan2 ini bergerk sendiri tanpa penyelarasan. Oleh yang demikian PENA telah mengatur satu pertemuan di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 20 September yang dihardiri oleh 13 buah badan penulis dari seluruh Malaysia. Hasilnya tertubuhlah GABUNGAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA (singkatnya GAPENA).  GAPENA yang lahir secara rasmi pada 23 Oktober 1970, pada asalnya dianggotai oleh 13 buah badan penulis dari seluruh negara,

Tujuan utama penubuhan GAPENA ialah  menyatupadukan penulis-penulis tanahair yang menulis dalam Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, memperjuangkan hak-hak dan kepentingan penulis, memberi sumbangan material  dan moral secara positif serta menyatukan rakyat Malaysia  di bawah satu bahasa.

Jadi, anda boleh menjadi ahli GAPENA dengan mendaftar sebagai ahli persatuan-persatuan Penulis seperti di bawah
1.       Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)
2.       Badan bahasa sabah (BAHASA)
3.       Dewan Persuratan Melayu Pahang ( DPMP)
4.       Ikatan Persuratan Melayu, Melaka
5.       Lembaga Bahasa Melayu, Melaka
6.       Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS)
7.       Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar
8.       Persatuan Kebajikan Penulis Selangor- KEMUDI
9.       Persatuan Penulis Johor ( PPJ)
1.    Persatuan Penulis Kelantan (PPK)
1.     Persatuan Penulis Kuala Lumpur- Kalam
1      Persatuan Penulis Melaka (PENAMA)
1.     Persatuan Penulis Nasional  ( PENA)
1.    Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2pnp)
1.     Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
1.     Persatan Penulis Dan PeminaT Sastera Perak (PENTAS)
1.     Persatuan Penulis Perlis
1.    Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA)
1.    Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
2.    Persatuan Ddterawan Terengganu  (PELITA)
2.    Persatuan Seniman Dan Penulis Kelantan ( PUSPA)
2.    Persatuan Karyawan Sarawak  (PEKASA).


RUMAH GAPENA DI JALAN BELLFIELD berdekatan Dewan Bahasa.

No comments:

Post a Comment