Home » » SAYA DAN AKTIVITI SASTERA.

SAYA DAN AKTIVITI SASTERA.

AKTIVITI SASTERA YANG SEMPAT DIIKUTI.
Sudah lama tidak mencatat di blog.  Untuk kawan-kawan dan "pengikut" ini adalah beberapa acara yang sempat kuikuti pada bulan bulan terakhir ini. Ada yang sudah berbulan-bulan, tetapi biarlah kuturunkan di sini untuk tujuan mengabadikan faoto-foto dan kenangan yang tersimpan.









MAJLIS anjuran KEMUDI,  DI DEWAN BELIA SHAH ALAM, dah lama juga ni, tak silap bulan April 2015 . Nanti saya semak balik dan buat pembetulan kalau silap dan beri tarikh tepat kalau dapat. Selfie dengan penulis novel Sri Diah dan Puteri Andalas.mAJLIS ini khas untuk meraikan mereka yang telah lama berbakti dalam Kemudi khasnya sebagai ahli jawatankuasa. Sesungguhnya kita mengenang jasa mereka yang dengan sukarelah menyumbang tenaga dan masa.




Saya dijemput menjadi ahli panel oleh Grup Penulis Wanita dalam  forum "Wanita dan Sastera".Ahli Panel yang lain ialah penulis yang masih remaja Hani Salwa, Rosli K Matari dan Mohamad Shahidan. Forum dipegerusi oleh Mawar Shafie. Ramai dan meriah.
Turut mengikuti Bengkel Memartabatkan Pengajian Melayu di Dewan Bahasa, 7 Mei 2015.

Bersama Pensyarah Akademi Pengajian Melayu meraikan pelajar-pelajar tahun akhir dalam majlis MALTIS (Malam Tautan Kasih..kalau saya tak silap) di sebuah kelab golf Bukit Kiara.

1 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete