ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

KOMEN

Saturday, March 16, 2013

Sajak untuk Hartawan Hartanah


nota di jalanan 
Sajak untuk Hartawan Hartanah

Untuk hartawan hartanah
yang sedang memerhati dengan ghairah
geraf harga rumah

Untuk hartawan hartanah
yang sedang bersorak
menyambut kenaikan melonjak

Betapa bergandanya untung
dari nilai  melambung
kau pun memuji pemurahnya negeri
yang meluaskan ruang
mengumpul harta peribadi
  
Kau pun menolak masa depan
ke lorong-lorong dan kolong
membina generasi tanpa bumbung
untuk belajar mencari makan
dari ular dan lipan

Awas tuan-tuan pemaju dan spekulator
esok anak-anak lapar
akan keluar mencakar2
spt serigala lapar
anak-anak tanpa rumah akan keluar
sebagai lipan dan ular
dan keluargamu sendiri
mungkin  menjadi mangsa
taring kelaparan yang berbisa.
ZURINAH HASSAN

No comments:

Post a Comment