Semut
Sedikit manisan tertumpah di lantai
Seekor semut pun sampai
Beberapa detik lagi
Bertambah ramai menghampiri
Lama-kelamaan
Beratus-ratus berderetan
Berduyun berbarisan
Aku melihat dan merasa hairan
Tanpa suara dan tanpa kata
semut memanggil kawan-kawan
Bila tercium makanan
Memang telah kupelajari
Haiwan juga berkomunikasi
Sedang...
Thursday, March 28, 2013
Wednesday, March 27, 2013
Djazlam Zainal menulis:
Monday, March 25, 2013 at 10:41pm
Zurinah Hassan merupakan salah seorang penyair Malaysia. Zurinah Hassan pada mulanya mengarang puisi secara sembilan, sebelum memutuskan bagi meletak jawatan untuk memenuhi keinginan berkarya sepenuh masa yang selama ini terganggu akibat beban kerja....
Saturday, March 16, 2013
POHON PUISI BERBUNGA MELODI.
(mengenang Zubir Ali)oleh Zurinah Hassan
Peristiwa itu masih segar di dalam ingatan. Pada tahun 1968 saya belajar di Sekolah Sultanah Asma Alor Setar. Suatu hari saya menghadiri majlis Maulidur Rasul yang diadakan di sekolah agama yang bernama Maktab Mahmud. Acara utama hari itu ialah penyampaian hadiah pertandingan...
nota di jalanan
Sajak untuk Hartawan Hartanah
Untuk hartawan
hartanah
yang sedang memerhati dengan
ghairah
geraf harga rumah
Untuk hartawan
hartanah
yang sedang bersorak
menyambut kenaikan melonjak
Betapa bergandanya
untung
dari nilai melambung
kau pun memuji pemurahnya
negeri
yang meluaskan ruang
mengumpul harta
peribadi
Kau...
NOTA DI JALANAN
SAYA TIDAK SUKA
Saya tidak suka mahkamah
Mahkamah bukan membela orang tak bersalah
Tetapi memenangkan peguam yang petah.
Saya tidak suka hospital
yang tidak merawat mengikut tahap penyakit
Tetapi mengikut taraf pesakit
Aku tidak suka anugerah yang dicalonkan
Kerana kerapkali yang dinilai bukan calon
Tetapi kualiti...