ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Tuesday, February 16, 2010

SI PAKAT DAN SANG RAKSASA

Selepas PRU 12 dan pembangkang menunjukkan kekuatan, sebahagian besar rakyat Malaysia merasakan bahawa inilah keadaan yang ideal. Bila dua parti nampak sama kuat, mereka akan berbuat yang terbaik untuk memenangi hati rakyat. Kesudahannya rakyatlah yang akan beruntung.

Adakah pandangan ini benar? Apakah kita beruntung sekarang? Inilah yang menyebabkan saya menulis sajak Si Pakat dan Sang Raksasa.(mingguan malaysia 6.12.09)

Si Pakat dan Sang Raksasa
Pada suatu masa
tersebutlah kisah Si Pakat
berlawan dengan Sang Raksasa
mereka berlawan bersungguh-sungguh
hendak bunuh membunuh

Perlawanan mereka
menarik perhatian seluruh negeri
yang mengikuti setiap hari
bagaikan drama bersiri
kesudahannya siapa akan mati

Ramai pula pengulas pertandingan
memberi ulasan dan ramalan
bijksana berhujjah
berbagai bukti yang terdedah

Berkatalah si cendiakawan
Si Pakat akan menang
kerana Raksasa akan sendirinya terbunuh
oleh lagaknya yang angkuh


Tak kurang pula yang menyurat
tiada masa depan untuk si Pakat
lantaran si Pakat tidak pernah sepakat
mengikut pengulas yang pandai
badannya pasti akan bercerai berai
Si Pakat akan mati berkecai

Kami leka melihat pertarungan yang dahsyat
antara Raksasa dengan si Pakat
berminat pada debat yang hebat
terhibur dengan petah sang penceramah
hingga kami lupa untuk bertanya
jika benar di Pakat akan mati terputus
jika benar Sang Raksasa akan lupus
siapa nanti akan menolong kami
bila sawah kekeringan
dan anak kami kelaparan?

Zurinah Hassan
Shah Alam

3 comments:

  1. salam maulidur Rasul dari bumi Dublin, Ireland.. blog walking kejap.. rajin2, jemput laa singgah ke my blog, Aku Sebutir Pasir.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualikum
    Kakak Zurinah Hassan.

    Saya adalah salah seorang penggemar
    puisi karya kakak.

    Saya bertugas diunit grafik akhbar
    Utusan Malaysia.

    Saya baru mengoperasikan sebuah BLOG. (manhassan.blogspot.com)

    Segala hasil kerja saya selama berada diibukota sejak 1982 akan saya muatkan didalam blog ini.

    Saya bukanlah seorang penulis, tetapi akan mencuba menulis sebaik meungkin.

    Saya pernah memasuki pertandingan
    mencipta lagu puisi anjuran DBP beberapa tahun lepas yang mana saya menggunakan dua buah puisi kakak Zurinah. Tapi lagu saya gagal.

    Dua puisi itu bertajuk:
    1. SEBUAH RINDU KEPADA MASA LALU
    2. KAMPUNG HALAMAN.

    Saya ingin MEMINTA KEBENARAN kakak
    untuk memuatkan kedua-dua puisi
    tersebut diadalam blog saya bersama
    lagu-lagu puisi yang saya ciptakan itu.

    Harap mendapat jawapan.

    Terima kasih.

    (manhassan65@gmail.com)

    ReplyDelete
  3. Masalah kwn2 kita,
    bila gaduh tak tau bila kena berhenti.
    Bila terlajak perahu, tak faham nak undur.
    Bila nasi dah jadi bubur, dilambakkannya sedapur.
    Bila musuh mengampu, dia lebih rapat dari ibu bapa.
    Bila berdendam, kubur pun bukan perhentiannya.
    Oh Tuhan...

    ReplyDelete