Home » » SAJA CAKAP-CAKAP

SAJA CAKAP-CAKAP

Beberapa hari ini saya teringat kpd Sh.Amani yg pernah berkata "I sound stupid when I speak in Malay". Dah lama juga saya nak tulis pasal ni tapi asyik tertangguh. Kata orang Bahasa Melayu ini mudah dipelajari. Ya memang mudah tapi bila dah tahu, tahulah pula bahawa ada kerumitan dlm menggunakannya.

Kita boleh berkata "I want to see you " dengan sesiapa sahaja bila bercakap bahasa mad salleh. Tetapi awas dlm B.Melayu tak boleh sembarangan ya. Nak kata awak ke, kamu ke, saudara ke. Di setengah negeri awak tu ok, di setengah wilayah pula dikira kurang ajar.

Kalau anda perempuan muda bercakap dgn lelaki dlm lingkongan empat puluhan. Nak panggil nama saja dikatakan tak hormat. Nak panggil pak cik nanti dia bidas "Ingat awak tu muda ke nak panggil saya pak cik". Nak panggil abang nanti isteri dia pula marah.

Lihat pula penggunaan penambahan. Kalau silap letak penambahan akan dan lari terus dari maksud yang dimaksudkan dan jadi kacau bilau.

Mari kita lihat beberapa contoh. Apa fikiran anda:
1- olahragawan itu melarikan diri di tengah padang
2- apa kabar sekarang? saya dengan awak sudah meninggal di Ipoh (yg dimaksudkan awak tinggal di Ipoh).
3- Ayah saya telah koma dan tidak sedar diri (di sini kena tambah kan jdi tidak sedarkan diri)
4- dia dan saya berkesedudukan di tempat itu
(padahal cuma nak kata bersama duduk-duduk bercakap-cakap.

Ya banyak lagi contohnya.....

2 comments:

  1. Apabila Sh Amani berkata demikian, sepatutnya kita tidak marahi dia. Dia berkata ikhlas. Sepatutnya kita merenung nasib bahasa Melayu pada masa akan datang dalam era PSMI. Itulah tanda-tanda bahasa Melayu dan Bahasa Melayu akan pupus.

    ReplyDelete
  2. memang terbukti Bahasa Melayu yang dipandang rendah itu mempunyai kehebetan dan kedudukannya yang tersendiri dan sepatutnya menjadi kebanggaan kita yang menuturkannya.

    ReplyDelete