ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Tuesday, December 09, 2008

ULASAN HADIAH SASTERA PERDANA 2004-05

Keputusan Hadiah Sastera Perdana 2004-2005 telah pun diumumkan. Saya tidak memenangi sebarang hadiah walaupun boleh dikatakan banyak karya yang tersiar di dalam tempoh dua tahun tersebut.

Antologi sajak saya berjodol SALASILAH tidak menang. Bukanlah saya hendak mempertikaikan kegagalan tersebut. Itu perkara biasa. Saya telah membaca ulasan atau laporan HSP yang tersiar di dalam majalah Dewan Sastera November 08. Katanya ada tiga buah antologi yang telah dipertimbangkan di peringkat akhir. Salasilah adalah salah satu daripada tiga buah antologi yang diakui baik oleh panel. Namun begitu hanya satu yang dipilih untuk menerima hadiah iaitu karya Muhammd Haji Salleh.


Itu kita faham. Panel mesti pilih hanya satu. Betullah tu. Tetapi saya agak mushkil ialah kalau Salasilah itu diakui oleh panel sebagai salah satu yang terbaik, tentulah sajak-sajak yang termuat di dalamnya juga baik. Yang menghairankan ialah kenapa tiada satu pun yang layak menerima hadiah eceran. 90 peratus adalah sajak baru yang belum pernah disiarkan di mana-mana.

1 comment: