ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

KOMEN

Thursday, July 31, 2008

SOAL JAWAB DENGAN SISWA/PELAJAR

SEBAGAI PENULIS SAYA SERING JUGA DIDATANGI OLEH MAHASISWA/PELAJAR YANG MEMBUAT PENYELIDIKAN/TESIS DAN SEBAGAINYA. TIDAK BERAPA LAMA DAHULU SAYA MELAYAN STUDEN UPM. SAYA PERTURUNKAN SOAL JAWAB YANG TELAH TERJADI. MUDAH-MUDAHAN ADA MANFAATNYA KEPADA PELAJAR-PELAJAR LAIN. INILAH CONTOH SOALAN YANG SELALU DITANYA KEPADA SASTERAWAN.




1- Bagaimana mula berkarya?
Kegiatan dan kegemaran bermula sejak kecil. (Hal ini sila rujuk kepada bab I m.s. 17,18, 19,20 buku Memoir.) . Tiada orang mendorong pada peringkat awal. Tetapi setelah bermula ada beberapa orang penulis seperti Zakry Abadi dan A.Samad Said yang memberi nasihat dan semangat.
2-. berapa banyak sudah hasil karya yang tercipta?
Jawab: Karya-karya berbentuk sajak, cerpen, rencana telah tersiar di akhbar dan majalah misalnya Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Mastika dan lain-lain sejak tahun 1967.
sajak terlalu banyak untuk dihitung. Cerpen kira-kira 50 buah. Novel Cuma satu. Karya yang telah dibukukan seperti berikut:
1- Sesayup Jalan, Biro Penerbitan USM, 1974 (antologi sajak)
2- Di Sini Tiada Perhentian, Pen.Pewarna, Kuala Lumpur, 1977 (antologi sajak)
3- Keberangkatan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1985 (antologi sajak)
4- Kuala Lumpur and Other Places, Pen. Al-Huda, 1988 (antologi sajak versi Bahasa Inggeris)
5- Meneruskan Perjalanan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989 (antologi cerpen)
6- Hatimu Aishah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991 (novel)
7- Pujangga Tidak Bernama, Dewan Basa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994 (antologi sajak)
8- Sembilan Cabaran Wawasan 2020, Pen.Pewarna, Shah Alam (kajian am)
9- Sasterawan Negara Usman Awang, Dewan Bahasa dan Pustaka 1986 (Kajian Sastera)
10- Nota Waktu (antologi puisi Bersama Lim Swee Tin), Citra Publishing Sdn Bhd. 2000.
11- Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi, Penerbit UKM, 2003(autobiography),
12- Menjelang Pemilihan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004 (antologi cerpen)
13- Pesanan dari Gunung Ledang, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004 (antologi sajak dengan terjemahan Bahasa Inggeris)
14- Salasilah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2005 (antologi sajak)
3 - sudah berapa tahun puan terlibat dalam menghasilkan karya kreatif?
Saya mula hantar sajak ke Radio pada usia 12 tahun. Sekarang saya 58. Cuba kira. Lama kan?
4- apakah karya terbaru ?
Sajak terakhir tersiar di Dewan Sastera September 06 (update: Mingguan Malaysia 20-7-08) Rencana terakhir dalam Dewan Sastera Oktober 06 (update: Mingguan Malaysia 27-7-08. Sekarang mengedit manuskrip untuk penerbitan).
5- Apa karya awal,tajuknya ?
sajak bertajuk Perutusan, siar di Utusan Zaman 1967. Tak ingat tarikh.
6- Puan suka menggunakan tema apa dalam menghasilkan karya kreatif?
Macam-macam temanya. Awal menulis lebih banyak tema kemasyarakatan, kemudian tema pencarian diri atau falsafah. Sekarang ini lebih banyak menulis tentang nasib bangsa dan kebimbangan terhadap masa depan orang melayu. (lihat bab 2 buku memoir, kalau mahu lebih lanjut)
7- Anugerah apa yang puan sudah dapat/perolehi ?kalau ada berapa banyak anugerah dan anugerah apa ?siapakah atau pihak manakah yang memberinya(anugerah itu) ?
Anugerah/Hadiah Sastera
1- S.E.A. Write Award 2004- Hadiah Penulisan Asia Tenggara diberikan oleh Kerajaan Thaland.
2- Hadiah kategori buku,
i- Pujangga Tidak Bernama, Hadiah Sastera Perdana(1994/1995)
ii- Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi, Hadiah Buku Perpustakaan Negara 2002/2004)
iii- Memoir Zurinah Hassan Menjejak Puisi , Hadiah Sastera Perdana 2002/2003.
Hadiah-hadiah untuk karya-karya puisi, cerpen (eceran) Hadiah Sastera Perdana.
Hadiah pertama Pertandingan Menulis Cerpen berunsur Islam Jabatan Perdana Menteri 1984.
Hadiah Utama Anugerah Puisi Putera, 1984
8. bagaimanakah caranya menghasilkan penulisan karya kreatif dengan begitu indah dan tersusun dan menjadi terbaik ? apakah ciri-cirinya ? apakah teknik-teknik yg puan gunakan?
Mesti banyak membaca. Membaca bukan sahaja memahirkan kita menggunaka bahasa lebih penting akan menambah pengetahuan . seorang penulis mesti berpengetahuan untuk dapat menajamkan fikiran dan mematangkan fikiran. Bacalah puisi-puisi lama seperti pantun dan syair dan buku dalam banyak bahasa. Saya pun tidak sempat membaca banyak buku . kalau boleh saya mahu membaca lebih banyak lagi.
9.. Nasihat untuk pengkarya muda di malaysia ? harapan puan terhadap dunia penghasilan/penulisan karya kreatif di malaysia ini ? kata-kata akhir..?
Seperti saya katakan di atas, mesti meluaskan pengetahuan. Jangan malas membaca dan jangan malas menulis. Baca surat kabar dan mesti prihatin dengan apa yang berlaku di sekeliling. Kalau ada peluang dampingilah penulis-penulis mapan dan mereka yang berilmu. Pelajari pengalaman mereka, ambil iktibar dari apa yang berlaku.
Saya harap dunia penulisan kita bertambah matang dan menyediakan suasana yang memerangsangkan fikiran dan kreativiti penulis. Saya harap masyarakat akan lebih menghargai karya seni yang baik jangan hanya hanyut dibuai hiburan yang kosong. Saya juga suka lagu-lagu tetapi lagu-lagu popular mestilah dapat mendidik dan mengisi keksoongan jiwa anak-anak muda kita.

No comments:

Post a Comment