ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Saturday, December 17, 2005

antologi baru salasilah

buku puisi terbaru telah terbit pada bulan Disember 2005. Alangkah bahagia rasanya.

Ini adalah catatan di kulit belakang

Puisi-puisi dalam kumpulan ini berupa catatan rasa dan pancaran minda seorang penyair wanita tersorhor tanah air, Zurinah Hassan yang berasa terharu terhadap segala peristiwa yang menimpa bangsa Melayu dari zaman dahulu sehingga sekarang. Bersumberkan teks Sejarah Melayu ,pelbagai cerita rakyat, cerita jenaka, kisah legenda, hikayat, buku sejarah, akhbar dan majalah, Zurinah cuba memetik mutiara makna dari keindahan bahasa para pujangga Melayu lalu dicernakan ke dalam puisi-puisi baru beliau yang cukup mengusik perasaan. puisi-puisinya kali ini lebih terfokus dengan tema khusus, iaitu tentang perjuangan dan pemikiran bangsa Melayu zaman dahulu , yang telah diberi pentafsiran baharu sesuai dengan perkembangan dunia moden. bagi Zurinah sejarah bukan sekadar kenangan tetapi ia boleh menjadi iktibar dan teladan. ini sesuai dengan kata-kata dr.Abdul Rahman Napiah iaitu 'menyusur masa lalu untuk menyisis makna baharu "

1 comment:

  1. hai, anda seorg cendekiawan sastera sepenuh masa??

    ReplyDelete