ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

KOMEN

Sunday, August 28, 2005

Keberangkatan



Dalam perjalanan ini
hanya sesekali ternampak
dalam apa yang selalu dilihat
lalu terpancarlah kesedaran.

Seperti keretapi berangkat
meninggalkan platform lama
kesedaran pun mengangkat kita
ke arah dewasa.

1 comment:

  1. assalamualaikum, saya sudah lama meminati puisi puan yang bersahaja, bahasa yang mudah tapi terasa sampai ke hati.selamat berkarya!

    ReplyDelete