karya Zurinah Hassan. Andai bekerja sepenuh dayaitulah jalan menuju jayaandai berusaha penuh percayajalan yang gelap disuluh cahayaAndai bekerja setulus niatakan dinilai sebagai ibadatandai pekerjaan kurang cermatakan tersasar dari matlamatAndai bulat tekad dan azamtentu bekerja penuh iltizam.Andai peluang disia-siamenanggung sesal sepanjang...
Wednesday, November 02, 2022
Sunday, October 30, 2022
Ucaptama dalam sidang WACANA PANTUN MELAYU di IPG , KAMPUS BAHASA MELAYU, KUALA LUMPUR., pada 26.10.2022 BOLEH dikatakan bahawa pantun adalah bentuk puisi tradisi yang paling popular berbanding sub genre puisi tradisi yang lain termasuk Syair, Gurindam, Seloka, Nazam dan lain-lainPantun ialah karya Kreatif yang memiliki komponen penting...
Friday, October 28, 2022
SAYA DAN PANTUN.Saya berkenalan dengan sastera melalui pantun yang didengar di radio yang dipancarkan dari stesen Singapura. Pada masa itu belum ada Angkasapuri.. Saya mengenal syair juga kerana suka mendengar rancangan radio seperti Bangsawan di Udara. Boleh dikatakan semua lagu Melayu asli menggunakan pantun sebagai senikata...
Saturday, October 15, 2022
ADAKAH PANTUN MESTI BERIMA ABAB?
Jawapan: Tidak.
Kebanyakan pantun berima abab. Tetapi rima abab
bukan syarat wajib pantun. Syarat wajib pantun ialah ada pembayang dan ada
maksud. Ada pantun berima aaaa, namun ia boleh dianggap sebagai pantun yang baik atau bernilai estetika
contoh pantun berima aaaaLama sudah tidak ke ladang
...
Sunday, October 09, 2022
Friday, October 07, 2022
PAK KADUK PULANG KE KAMPUNG adalah kumpulan puisi saya yang terkini. Kumpulan ini diterbitkan oleh syarikat sendiri yang dinamakan Kuali Hitam, satu nama yang dipilih oleh anak-anak, sempena sebuah sajak saya yang mereka gemari. Mengapa saya menerbit sendiri setelah begitu lama bergantung kepada syarikat besar? Ada beberapa hal yang dipertimbangkan....
Wednesday, October 05, 2022
Pak Kaduk Pulang ke Kampung ialah kumpulan puisi Sasterawan Negara Zurinah Hassan yang ke 9.Buku ini memuatkan 46 buah sajak, yang pada keseluruhannya tentang kehidupan semasa.Petikan prakata:Dalam Pak Kaduk Pulang ke Kampung, saya merakam peristiwa dan suasana yang terlihatdi sekeliling kita. Terlalu banyak yang telah dan sedang berlaku yang perlu...