PROSES KREATIF…
Apakah yang dikatakan Penulisan
Kreatif dan Proses Kreatif?
Penulisan Kreatif pada dasarnya ialah
proses penciptaan karya sastera. Ia bermula dari tercetusnya idea (yang disebut
sebagai mendapat ilham), memikir dan mematangkan idea tersebut, mengolah dalam
bentuk tulisan dalam pelbagai genre, dan seterusnya memperbaiki dan memurnikan
sehingga lahir sebuah karya yang baru. Proses ini tidak berlaku dalam tempoh
masa yang sama untuk semua pengarang.Setiap seorang pengarang juga tidak
mengambil masa yang sama untuk menghasilkan karya yang berlainan. Proses
kreatif boleh dibahagikan kepada beberapa tahap.
Tahap
Satu: Kemunculan Idea atau Ilham.
1)
Suatu idea muncul di dalam benak atau pemikiran
penulis. Kemunculan ini disebut juga sebagai mendapat ilham. Idea sering
muncul tidak mengira waktu dan tempat,seringkali dengan tidak diramal.
Kadang-kadang ketika seseorang di dalam kenderaan, ketika berbual dengan orang
lain, atau ketika menonton television. Ia muncul ketika sedang sibuk, sakit
atau ketika sihat.
2)
Idea
sering melintas dengan cepat dan kemudian menghilang Oleh itu, sangat membantu
jika seorang penulis membawa buku
catatan (atau apa-apa alat IT yang canggih dewasa ini) untuk mencatat sesuatu
yang melintas di fikirannya. Pencatatan
idea harus dilakukan sebaik mungkin. Idea ini kemudian dapat diperhalusi,
difikir-fikirkan sehingga benar-benar menjadi matang dan jelas.
3)
Idea
yang muncul banyak bergantung kepada pengetahuan dan pengalaman. Semakin banyak
pengalaman dan pengetahuan seseorang, semakin banyak idea yang akan didapati. Oleh itu seseorang harus terus
meningkatkan pengetahuan dan pengalamannya di dalam pelbagai bidang seperti
kesenian, politik, ekonomi, sosial, pendidikan, dan lain-lain. Pengetahuan
dapat diperolehi melalui membaca, berdiskusi, mendengar ceramah, dan lain-lain.
Pengalaman dapat diperoleh secara langsung atau tidak langsung.
4)
Seorang
penulis juga boIeh berusaha untuk memperkayakan idea antara lain (i) dengan mempelajari idea orang lain, (ii)
meningkatkan pengetahuan dan pengalaman, (iii) menciptakan suasana yang santai,
merasa selesa dan berani untuk bertukar-tukar pandangan dan mendengar pandangan
orang lain terhadap hasil tulisan (iv) sering berlatih..
Tahap Kedua : Mengembangkan Idea
1)
Seorang
penulis sering mendapat lintasan-lintasan idea atau pemikiran yang samar-samar
dan tidak lengkap. Idea yang muncul biasanya tidak dapat terus dituangkan ke
dalam karya sastera, tetapi masih memerlukan pengolahan terlebih dulu. Dengan
mengolah dan menyempurnakan secara terus- menerus idea akan menjadi lebih
matang dan kuat untuk dilahirkan menjadi karya sastera.
2)
Idea
dapat dimatangkan melalui pembacaan. Melalui pembacaan kita dapat mengetahui
apa saja yang tidak mungkin dialaminya secara langsung.Dengan banyak membaca
karya sastera, seorang bakal penulis dapat menambah pengetahuan dan
meningkatkan kemahiran di dalam penggunaan
bahasa dan gaya pengucapan karyanya.
3)
Idea
dapat dimatangkan melalui pengalaman. Idea yang masih samar-samar dapat
diperjelas dengan cara mendalami secara langsung kehidupan yang akan
digambarkan. Misalnya seorang penulis yang ingin menceritakan tentang kehidupan
seorang nelayan harus menjalani
kehidupan dan bercampur gaul dengan nelayan untuk memperoleh gambaran yang
lebih dekat.
4)
Idea
dapat dimatangkan dengan perenungan. Dalam merenung seorang penulis akan
mengungkap kembali seluruh pengetahuan dan pengalamannya yang relevan dengan
idea yang sedang digarapnya. Dalam perenungan seorang penulis berusaha
melakukan proses berpikir untuk mencari kemungkinan hubungan antara idea yang
muncul dengan sesuatu yang lain yang tidak memiliki hubungan secara langsung.
5)
Idea
dapat dimatangkan melalui diskusi. Dengan berdiskusi seorang penulis dapat
saling bertukar pengetahuan dan pengalaman sehingga suatu idea dapat menjadi
jelas karena ditinjau dari pelbagai sudut pandang.
Tahap Tiga: Menulis
1)
Setelah
idea menjadi matang seorang penulis bolehlah memulakan penulisannya .. Menulis
melibatkan penggunaan bahasa. Seseorang yang tidak mahir berbahasa akan gagal
untuk melahirkan karya yang baik. Oleh itu seorang penulis perlu banyak membaca
untuk memperkaya kosa kata dan menguasai
kaedah bahasa, laras bahasa, sistem makna, dan sistem bunyi bahasa.
2)
Kadang-kadang
seseorang mengalami masalah psikologis seperti perasaan takut, malu, tertekan,
tension (ketegangan) dan kurang yakin. Seorang penulis harus membebaskan
dirinya daripada perasaan-perasaan tersebut agar penulisan berjalan dengan baik
dan idea dapat mengalir. Penulis harus merasa tenang, santai, selesa dan
seronok untuk berkarya.
3) Ramai penulis, terutama
penulis penulis baru yang mengalami kesukaran dan tersekat-sekat ketika
mengungkap idea dan mula merasa dirinya tidak mahir, tidak berbakat Ada yang
berputus asa. Ingatlah kemahiran hanya boleh diperolehi melalui ketekunan dan
kerajinan. Semakin sering dan tekun berlatih menulis, akan semakin lancar
seorang penulis dalam melahirkan karya-karyanya
Tahap Keempat: Memurnikan Penulisan
1)
Penulisan
yang dilahirkan biasanya tidak terus baik dan sempurna. Untuk itu, seorang
penulis perlu membaca kembali karya yang ditulisnya dan bila dianggap perlu ia
akan mengubah, menambah, atau menguranginya. Ini dilakukan berulang-ulang
sampai penulis merasa yang dia telah berjaya mengungkap apa yang hendak
disampaikan.
2)
Idea
yang dilahirkan sering mengalami perubahan dan pengembangan. Peristiwa yang
ingin digambarkan secara singkat dan padat akhirnya digambarkan dengan panjang
lebar. Seorang penulis yang pada asalnya
ingin menggambarkan kehidupan watak-watak yang terdiri dari orang-orang
kampung menukar fikiran dan menjadikan tokoh-tokohnya orang bandar. Hal seperti
ini memang sering berlaku
3)
Karya
disempurnakan dengan membaca kembali yang tertulis. Ada yang terus membaca
selepas ditulis , ada yang menunggu beberapa hari. Hal ini bergantung pada
kecenderungan peribadi masing-masing . Dengan membaca kembali seorang penulis
mengubah dan menyempurnakan apa yang masih kurang dalam tulisannya.
4)
Ada
penulis yang tidak mahu atau merasa malu
menunjukkan tulisan yang belum disiarkan itu kepada orang lain. Oleh sebab itu
dia akan membaca tulisannya sendiri dan melakukan pembaikan. Tetapi ada penulis
yang tidak mahu membaca sendiri, mungkin merasa bosan untuk berbuat demikian,
lalu meminta orang lain untuk membaca dan membetulkan ejaan dan memberi
pandangan.
MENJADI
PENULIS YANG BAIK.
Untuk
menjadi penulis yang baik seseorang perlu mempunyai:
Bakat
Bakat merujuk kepada kebolehan semula jadi, tetapi
bakat saja tidak mencukupi. Bakat adalah umpama sebiji benih. Kalau benih tidak
disemai, disiram, dijaga maka ia tidak akan tumbuh.
Kesungguhan
dan kerajinan
Setiap
orang yang mahu menjadi penulis mesti bekerja keras seperti juga di dalam
bidang apa pun. Orang yang rajin mempunyai harapan untuk berjaya lebih daripada
orang yang malas. Kerajinan merupakan air dan baja yang menumbuhkan benih
bakat. Kekangan yang paling hebat di dalam kerjaya menulis ialah sifat malas.
Persekitaran
yang memberangsangkan
Seorang
yang mahu terus menulis perlu meletakkan dirinya di dalam persekitaran yang
dapat menyuburkan minatnya. Seorang yang mendapat galakan dari keluarga,
kawan-kawan misalnya akan terangsang untuk terus menulis. Ini juga bermakna
seorang penulis perlu pandai mengatur gaya dan cara penghidupannyasupaya sesuai dengan minatnya. Pepatah ada
mengatakan ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Bagaimanakah caranya
menyesuaikan diri dengan keadaan dan tuntutan kehidupan? Itu terpulanglah
kepada kebijaksanaan masing-masing.
Belajar
dari Penulis-penulis yang berpengalaman
Bakal-bakal
penulis bolehlah menimba ilmu dari
mereka yang sudah berpengalaman. Bacalah tentang kehidupan penulis-penulis
veteran atau penulis-penulis yang diminati untuk dijadikan contoh teladan.
Tanyakan bagaimana mereka menggunakan masa atau menyesuaikan masa untuk terus
menulis. Ada di antara penulis-penulis veteran seperti Arenawati, A.Samad Said
yang telah menulis memoir menceritakan pengalaman mereka menghasilkan karya
kreatif. Buku-buku ini menjadi sumber penting untuk menimba ilmu dan
mendorong kita untuk berkarya.
Menghadiri
ceramah, diskusi, bengkel
Salah
satu cara untuk terus menyuburkan minat dan mengasah bakat ialah dengan
menghadiri majlis-majlis ceramah atau kegiatan-kegiatan sastera. Selain
mendapat petua dan petunjuk dari penceramah, akan berpeluang bertemu, berbual
dan bertukar-tukar fikiran sesama kawan-kawan penulis. Suasana begini boleh
membenihkan idea dan menyuburkan minat dan bakat.
Memperluas
Ilmu Pengetahuan
Seorang penulis mesti rajin mendalami
ilmu, rajin membaca dan mempertajamkan kebolehannya.Ia mesti berminat dengan
karya orang lain lebih-lebih lagi karya-karya besar.Membacalah untuk memperkaya perbendaharaan kata dan
kepandaian menyusun kata-kata dan mempertingkat daya penggunaan bahasa.
Untuk menjadi seorang penulis
seseorang tidak perlu menguasai teori sastera yang rumit.Tetapi dia perlu
berminat dengan bidang yang diceburinya. Dia wajar mengambil tahu tentang
perkembangan sastera dan sejarah kesusasteraan setidak-tidak pun di negaranya
sendiri. Di samping itu untuk memajukan diri seorang penulis wajar mempunyai pengetahuan secukupnya di dalam
bidang kritik sastera dan apresiasi sastera untuk mengetahui bagaimana menilai mutu atau kekuatan sebuah
karya sastera dan bagaimanakah yang dikatakan
sebuah karya yang segar dan baru.
Berminat
kepada perkembangan di sekeliling
Rasanya
seorang yang tidak berminat dan tidak mahu mengambil tahu apa yang terjadi di
dalam masyarakatnya, apa yang sedang melanda bangsanya atau apa yang mengubah
penghidupan di dalam negara dan di luar negara tidak akan boleh menjadi penulis
kerana setiap karya sastera lahir dari kepekaan dan sensitiviti penulis akan
perkara-perkara yang berlaku di sekelilingnya.
Disiplin
Pada
masa sekarang sudah ramai penulis yang boleh hidup dengan hasil tulisan. Kita
melihat mereka seperti bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu memohon cuti
dan kebenaran keluar pejabat. Tetapi kebebasan dan keselesaan seperti ini
membahayakan jika seseorang tidak memiliki Disiplin. Bila anda tidak bekerja di
pejabat anda boleh diganggu oleh tetamu yang tidak mengira masa.
Oleh
itu buatlah jadual kerja dan ikutilah jadual anda. Sesuaikan masa menulis
dengan keadaan hidup anda sama ada anda seorang suri rumah, pekerja di pejabat
dan sebagainya. Setiap orang ada caranya tersendiri. SN Muhammad Haji Salleh
pernah menceritakan yang beliau lebih selesa menulis puisi di dalam keadaan
bersantai di rumah, dengan kain pelikat. SN Abdullah Hussein suka berpakaian
kemas seolah-olah bekerja di pejabat kerana katanya kalau pakai terlalu kasual,
dia terasa mahu berehat dan tidur sahaja.
Gaya
Hidup Sihat
Ada
orang pernah mengatakan bahawa bila penyair mendapat idea, dia akan lupa makan
minum. Satu ketika dahulu, para penulis, terutama penyair sering digambarkan
sebagai golongan yang agak menyimpang dari kehidupan biasa. Sebenarnya setiap
manusia perlukan gaya hidup yang sihat dan perlu menjaga makan minum untuk
berjaya di dalam lapangan apa pun. Bukankah otak yang cerdas, fikiran yang
bernas lahir dari badan yang sihat dan cergas.
Menulis
adalah satu proses yang boleh membuat anda cepat mengantuk. Amalkan
senaman-senaman yang sesuai.
dimana saya boleh menghantar hasil nukilan saya untuk di terbitkan?
ReplyDeleteBH
DeleteHafizahrilHamid (hafizahrilmm@gmail.com)
MingguanMalaysia
NazmiYaakob( bhsastera@bh.com.my)
Tunas Cipta
KhairulAnumMohdAli
( khairul@dbp.gov.my)
kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
Deletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka ((( 2371 ))) alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,DI NO Cll (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti Saya menang togel 579
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: Cll (((082-313-336-747)))
KLIK DISINI >*>*>* BOCORAN TOGEL SINGAPURA HARI INI *<*<*<
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos
Saya mahu menjadi seorang penulis tetapi saya tidak tahu di mana mahu memulakannya. Di mana perlu saya mendapatkan ilmu mengenai penulisan kreatif ini..?
ReplyDeleteMaaf sebelumnya nama saya Valeria Armita Rahayu TKI dari Hong-Kong jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini kisah nyata saya...
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (HongKong) karna ada hutang orang tua yang harus saya lunasi...Singkat cerita namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama MBAH WIRANG di Nomer telfon ( 082_346_667_564 ) di jamin bantuan beliau 100% …Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,,,Singkat cerita kini semua hutang orang tua saya sama rentenir semua sudah terlunasi dan punya modal besar untuk buka usaha di indon dan rencana bulan depan saya balek ke indon...
Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomer ( 082_346_667_564 ) Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau mungkin sudah waktunya giliran Anda...salam saudara-saudari TKI semua...