DISAMPAIKAN DI SEMINAR INTERNASIONAL SASTRA LISAN DAN KONSERT SYAIR ALAM MELAYU NUSANTARA, MEDAN SUMATERA, 15 SEPTEMBER 2017.
1Setiap 16 the last . Dondang Siti Fatimah dicatat oleh Harun Mat Piah hasil penyelidikannya di hampir seluruh Semenanjung Malaysia, terutama di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Johor. (Harun Mat Piah,1997).
1Setiap 16 the last . Dondang Siti Fatimah dicatat oleh Harun Mat Piah hasil penyelidikannya di hampir seluruh Semenanjung Malaysia, terutama di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Johor. (Harun Mat Piah,1997).
2.
Endoi, petikan dari Journal of Straits Branch of Royal Asiatic Society No. 76
(1917) hlm 128-129). Penyiaran dalam JMBRAS 1917 menunjukkan bahawa teks ini telah lama diamalkan oleh
masyarakat Melayu. (Mohd Taib Osman, 1976)
3.
Syair Nyanyian Anak, hasil penyelidikan Drs. Sahril
di kalangan masyarakat Melayu di Kabupaten Batubara, Sumatera Utara tahun 2005 (Roslan Madun (Penyusun) 2016)..
Ketiga-tiga
Syair di atas adalah variasi dari syair yang sama. tetapi mempunyai perbezaan
dari aspek senikata dan irama, mengikut tempat. Setakat ini tidak diketahui siapakah pengarang asalnya.
.Syair-syair ini boleh dikategorikan sebagai lagu2 Dodoi atau Lullabies. Lagu Lullalabies adalah sebahagian
daripada sastera lisan yang diwarisi oleh masyarakat di seluruh dunia,
termasuklah masyarakat Melayu/Nusantara. Ia adalah lagu yang dinyanyikan untuk
menghiburkan dan menidurkan bayi. Selain syair terdapat
lagu-lagu yang lebih pendek misalnya yang bersenikata pantun.
Buah
kacang katok
Bilang
satu Satu Satu
Tidur
anak tidur
Takut
burung hantu
Nureeyan Saleh, 1999: 22, memetik Dorothy Berliner Commins (1967)
bahawa “Lullabies are love songs. Sometimes they are gay
and sometimes they are sad; but whatever the mood, they are always tender. They
are the expression of one of the deepest emotions of the human spirit. A
lullaby is born in a mother’s heart to live on in the child’s memory, for a
lifetime and even longer; for lullabies are passed on from generation to
generation.” Bermaksud lagu-lagu dodoi lahir dari hati ibu dan
kekal di pemikiran anak seumur hidupnya malah lebih lama kerana ia akan
diwarisi oleh generasi seterusnya.
Lagu Dodoi merupakan sebahagian dari nyanyian rakyat (folk songs) Nureeyan Saleh,1999:11 memetik Jeua Stawethin, 1974 “Lagu dodoi adalah folk songs
yang pertama dan tertua iaitu amat panjang umurnya dan tidak dapat diketahui
siapakah yang mengarang atau memulai lagu-lagu itu. Nyanyian ini lahir di
kalangan rakyat biasa dalam keadaan yang bersahaja. Setiap nyanyian rakyat
bertemakan kehidupan harian masyarakat zaman dahulu, dan ini termasuklah
pemikiran, kepercayaan serta keinginan-keinginan mereka”. Ia mencerminkan atau menggambarkan keadaan hidup
masyarakat yang menuturkannya. Misalnya kehidupan petani yang terpaksa bekerja
keras terlihat dalam lagu:
Endoi-endoi tiak
Tiak makan padi
Adik jangan teriak
Mak cari padi.
Lagu Dodoi dikenali sebagai
satu cara untuk melahirkan kasih sayang. Manusia,
tidak kira keturunan, bangsa atau agama memiliki cara-cara tersendiri untuk meluahkan rasa kasih sayang
kepada anak-anak mereka. Salah satu cara mereka meluahkan perasaan yang begitu
seni sekali ialah dengan menyanyikan lagu-lagu mengulit anak. Oleh itu mereka akan berusaha
untuk memilih dan menyusun kata-kata supaya menjadi puisi yang indah dan
menarik yang mengandungi nilai-nilai moral atau seni kata yang sesuai untuk
bayi. Puisi tersebut akan dinyanyikan dengan gaya, nada dan ritma yang merdu. Akhirnya
puisi yang pendek dan padat itu akan menjadikan nyanyian dodoi itu indah,
merdu, dan sedap didengar bukan sahaja dari segi iramanya tetapi dari segi
puitisnya.
Lagu2 ini adalah penting dalam kehidupan seseorang
kerana suara ibu yang mendodoikan itu
merupakan komunikasi pertama seorang bayi dengan dunia di sekelilingnya.
Ia merupakan ekspressi kasih sayang dari hati ibu yang paling mendalam dan kekal dalam ingatan seorang individu. Dari
pantun-pantun dan syair yang didengar dia mengenal sastera dan mengenal
khazanah warisan bangsanya, Lagu dodoi adalah sastera yang
mempunyai ciri-ciri universal. Ia adalah
fikiran dan daya khayalan bersama kepunyaan manusia. Genre dodoi sudah
wujud berzaman lamanya sejak ibu melahirkan bayi dan mendodoikan bayinya di
dalam buaian. Lagu dodoi adalah satu perkenalan tradisi bagi semua golongan
masyarakat yang menjadi amalan tradisi dalam kitaran hidup seseorang pewaris
tradisi. Lagu dodoi adalah bahan hiburan paling awal yang diperolehi oleh
kanak-kanak. Walaupun penggunaan bahasa dalam nyanyian itu berbeza mengikut
masyarakat dan bangsa masing-masing tetapi tujuannya sama iaitu bertujuan untuk
menidurkan bayi, membelai
anak dengan kasih mesra, serta menyampaikan pengajaran.
Lagu dodoi Melayu tidaklah jauh
bezanya daripada lagu dodoi bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia didapati
mengandungi empat aspek utama iaitu:
·
aspek pembelajaran bahasa dan makna kata-kata
·
aspek fizikal yang berkaitan dengan permainan
kanak-kanak,
·
aspek budaya yang melibatkan mesej-mesej tentang
nilai dan norma kehidupan,
·
aspek keagamaan yang melibatkan ajaran-ajaran
keagamaan sebagai panduan hidup sebagai umat Islam.
Oleh itu, lagu dodoi, selain
menjadi lagu hiburan bagi kanak-kanak
untuk menidurkan mereka, ia juga
penting dalam kehidupan, khasnya perkembangan dan perwatakan individu kerana mempunyai
fungsi sosial dan kognitif.
Dalam budaya Melayu terdapat tradisi yang dinamakan
Berendoi. Endoi merujuk kepada buaian di mana bayi ditidurkan dan diayun. Buaian adalah budaya kebendaan yang lahir bersama-sama
dengan tradisi nyanyian dodoi. Rekaan buaian menunjukkan perasaan kasih sayang
ibu bapa terhadap anaknya kerana sesebuah keluarga yang melahirkan bayi akan
menyediakan buaian untuk dijadikan tempat tidur bayi tersebut. Buaian
menjadi penting dalam pembesaran dan Pendidikan seorang individu sehingga
muncul ungkapan yang terkenal “Tuntutlah
ilmu dari buaian hingga ke liang lahat”. (Walaupun ada yang mengatakan hadis,
namun tidak terbukti kesahihannya).
Acara Berendoi. menjadi sebahagian dari acara yang
lebih besar, seperti akikah, khatam
Quran. Ia biasanya diadakan ketika bayi dan ibu baru lepas tempoh berpantang
iaitu selepas enam minggu kelahiran.
Acara ini lazimnya dimulai dengan mencukur rambut, turun tangga atau memijak
tanah. Lagu dinyanyikan ketika bayi dibuai di dalam buaian yang berhias, oleh
bidan dan seorang anggota keluarga.
Di
Malaysia, syair yang terkenal untuk acara ini ialah Dondang Siti Fatimah atau
Dendang Siti Fatimah. Ia mempunyai persamaan dengan Syair Nyanyian Anak kutipan
Drs Sahril di Kabupaten Batubara, Sumatra. Sahril memberi tajuk Syair Nyanyian
Anak , tetapi di dalam rangkap yang terakhir ada menyebut Syair Fatimah.
Habislah nasihat tamatlah kalam
Syair
Fatimah yang punya salam
Salah
perkataan tersebut kalam
Jangan
disimpan di hati dalam
(Roslan Madun, 2016:33)
Meneliti syair-syair ini, walaupun ada ubahsuai dan variasi mengikut
daerah, mempunyai persamaan yang nyata. Dari segi bahasa amat jelas terdapat
pengaruh Bahasa Arab manakala dari segi isi keseluruhan syair adalah merupakan
penyampaian dakwah. Untuk mendidik anak supaya menjadi seorang Islam yang baik.
Pengaruh Arab dalam tata bahasa adalah sesuatu yang lumrah dalam
mana-mana Syair pun. Dari segi pengistilahan dan teknis perkataan syair dipinjam daripada
istilah Arab, syi,ir namun kata sepakat di kalangan sarjana telah tercapai
bahawa istilah yang dipinjam ini telah dicorak dengan ragam tempatan dengan
mengubah suku awal syi kepada sya , lalu menjadi syair. Syair telah menarik
perhatian Sarjana dan pengkaji seperti A. Teeuw (1966), Winstedt (1967:186), Hooykaas
(1965: 72) Syed Muhammad Naguib al-Attas (1969:178) yang telah mengulas dengan
panjang lebar struktur dan asal usul syair Melayu.
(Zurinah Hassan,2012:20)
Istilah atau kalimat yang bermaksud Syair, Penyair ditemui di dalam AL
QURAN, malah terdapat sebuah surah yang dinamakan Assyuaara membawa erti para
penyair. Keindahan Al Quran yang mempunyai unsur-unsur Syair diterima oleh orang-orang Arab.
Walaupun enggan beriman, mereka tidak berupaya menafikan keindahan dan nilai
bahasa dalam Al-Quran. Ramai (orang
kafir) yang kemudiannya tunduk memeluk Islam setelah mendengar ayat-ayat suci
dibacakan. Contoh termasyhur ialah kisah Saidina Umar Al-Khatab. Sebelumnya
beliau adalah penentang yang keras dan amat ditakuti. Namun hatinya menjadi
lembut bila terdengar adik perempuannya membaca ayat-ayat suci. Reaksi orang
Arab terhadap Al-Quran telah diceritakan dalam Al-Quran melalui ayat: “Mereka
menuduh dengan berkata, ‘Al-Quran itu perkara karut yang dimimpikan oleh
Muhammad, bahkan perkara yang diada-adakan olehnya, bahkan Muhammad sendiri
seorang penyair” (Al-Anbiyaa’, ayat 5).Allah SWT telah menyangkal tuduhan
tersebut. Apatah lagi Nabi Muhammad saw sendiri adalah seorang yang tidak tahu
menulis dan membaca . Ayat yang secara terang menafikan Nabi sebagai penyair
ialah: “Muhammad bukanlah penyair dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya,
dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya” (Surah Yaa Siin, ayat
69).
Dondang Siti Fatimah, Endoi dan Syair Nyanyian Anak
memperlihatkan peranan berdakwah yang jelas. Dakwah disampaikan melalui
Struktut Isi yang mengandungi:
a.
Pendahuluan yang berupa Salasilah keturunan dan riwayat kelahiran Rasulullah S.A.W.
b.
Mengajar tentang proses kehamilan dan kelahiran.
c.
Mengingatkan anak tentang kesusahan ibu bapa memeliharanya.
d. Menasihat supaya taat kepada ibu bapa dan
suami
e.
Menyeru untuk menuntut ilmu.
f.
Mengingatkan kewajiban mengerjakan ibadat
g.
penutup.
Dalam
penutup seperti biasa dalam majlis majlis akan dibacakan Doa:
Ya Allah
Malikul Manan
Doa kami
minta perkenan
Siang dan
malam sepanjang zaman
Bala dan
fitnan minta jauhkan.
(Harun
Mat Piah, 1989: 270, Roslan Madun, 2016:32)
Lagu Dodoi menjadi media awal seorang insan dalam
mengenali dunia dan kehidupan di sekelilingnya sambil menghubungkan perasaan
kasih sayang antara anak dan ibu. Sebagai media sosiolisasi terawal ia sangat
berperanan dalam membentuk peribadi kanak-kanak sebelum mereka memahami bahasa
atau boleh bertutur. Senikata lagu dodoi mencerminkan kehidupan harian masyarakat setempat Isi utama lagu-lagu dodoi ialah menyampaikan nasihat,
moral atau akhlak, Ajaran agama
merupakan bahagian yang penting dalam lagu dodoi, dengan dimasukkan ayat-aya suci Al-Quran,
selawat nabi, serta cerita cerita tentang keluarga dan perjuangan Nabi Muhammad
saw. Lagu-lagu dodoi memperlihatkan prinsip-prinsip umum teks sastera dan
amalan-amalan yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu di mana pembentukannya
adalah bertunjangkan realiti kehidupan dan keagamaan penghasil sastera. Penciptaan
teks mempunyai sebab, tujuan, dan fungsi
yang tersendiri. Hasil karya yang dicipta, iaitu syair yang dinyanyikan dalam
berendoi mempunyai kegunaan atau manfaat terhadap masyarakat. Hal ini
selaras dengan hadis Nabi Muhammad SAW “Sesungguhnya dari Bayan itu
ada kehalusan dan sesungguhnya dari syair itu ada hikmah dan falsafah” (Hadis
riwayat Ahmad dan Abu Daud).
Alam dan agama Islam, mempengaruhi pemikiran dan
mencorakkan kreativiti orang Melayu. (Hashim Awang 1989, Zurinah Hassan 2010). Banyak karya yang
lahir atau diinspirasikan oleh Al Quran. Al-Faruqi mengulas “Jika pernah
pendapat atau perasaan orang Islam dipengaruhi oleh sesuatu, sudah tentu ia dipengaruhi
oleh Al-Quran” (Al-Faruqi, 1982:251-258). Pendapat yang sama juga dikemukakan
oleh Syed Naguib Al-Attas dengan tulisannya: “Pengaruh Al-Quran terhadap
masyarakat Melayu Indonesia itu tiada tolok bandingnya di sini” (1972:29).
Perbincangan
di sini ditumpukan kepada bahagian syair Dondang Siti Fatimah, Endoi, Syair
Nyanyian Anak yang menyentuh proses penciptaan janin di dalam Rahim ibu.
Setelah
turun rahim bapakmu
Ke dalam
batin rahim ibumu
Empat
puluh hari nattefah namamu
Di situ
dimulai pantang ibumu
Setelah
sampai delapan puluh hari
Alkah
namamu pula diberi
Sehingga
sampai seratus dua puluh hari
Alkolah
pula konon dinamai
Empat bulan sampailah tuan
Sudah menjadi kaki dan tangan
Cukuplah dengan sifat sekalian
Nyawanya lagi belum didatangkan
Setelah sampai saat dan waktu
Datanglah nyawa lalu bersatu
Di dalam tubuh tempat nyawa itu
Hawa dan nafsu sudah berlaku
Dikandungkan
ibumu sembilan bulan
Nasi dan
air tiada tertelan
Memperanakkan
engkau berapa kesakitan
Kadang
bercerai nyawa di badan
(Sahril: Syair Nyanyian Anak)
Rangkap rangkap ini menjelaskan
tentang pembentukan janin. Ia menampakkan kedudukan syair sebagai penyebar ilmu
pengetahuan, iaitu, pengetahuan tentang ilmu kejadian manusia sejak di dalam
rahim ibunya. Penciptaan ini adalah bertunjangkan ajaran dan keterangan dalam
Alquran surah al-Mu’minun ayat 12-14 “Dan sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian, Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang
kukuh (Rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal. Lalu segumpal darah itu
kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang
belulang. Lalu, tulang belulang itu Kami bungkus daging. Kemudian, Kami jadikan
dia makhluk yang (berbentuk) lain”.
Ayat ini diikuti pula oleh hadis Rasulullah SAW
yang bermaksud “Seseorang dari kamu ditempatkan
penciptaannya di dalam perut ibunya selama empat puluh hari, kemudian menjadi
alaqah selama itu pula (40hari) kemudian menjadi mudhghah selama itu pula (40
hari) kemudian Allah mengutus seorang malaikat lalu diperintahkan empat kalimat
(hal) dan dikatakan kepadanya. Tulislah amal, rezeki dan ajalnya, serta celaka
atau bahagia (nya) kemudian ditiupkan ruh padanya. (Hadis Riwayat Imam Al
Bukhari).
Dari
ayat tersebut dapat disimpulkan adanya enam fasa terbentuknya janin dalam rahim. Tahap
pertama penciptaan janin disebut Sulalah dimulai dari saripati mani. Allah
menjelaskan bahwa manusia diciptakan “ dari saripati air yang hina (air mani)”.
Perkataan
saripati bermaksud yang terbaik dan terpilih (sari dan pati). Ini
adalah sejajar dengan penelitian oleh para ahli sains sekarang, bahwa manusia
itu tercipta dari satu sperma saja, iaitu yang terkuat dan terpilih
dari jutaan sperma yang keluar dari laki-laki. Sulalah adalah kata yang menggambarkan proses terbentuknya janin ini,
karena satu dari jutaan sperma ini bergerak menuju ke rahim untuk membuahi ovum
wanita.
Penurunan ayat 12-24 surah al-Mu’minun yang
memperkatakan tentang pembentukan janin ini, merupakan satu daripada mukjizat
Al Quran. Adalah satu keajaiban bila kenyataan ini disampaikan
oleh Nabi Muhammad SAW pada abad ke 7 jauh sebelum sains modern menemukan
pengetahuan tentang pembentukan embrio
di dalam tubuh manusia, Seperti yang
diketahui oleh sekelian manusia, Nabi Muhammad adalah seorang yang tidak tahu
membaca apa lagi menulis. Dunia tertanya-tanya bagaimana seorang yang tidak pun
belajar ilmu sains dan ilmu kejadian, boleh menyampaikan kenyataan tentang
kejadian fetus atau janin di dalam tubuh seorang wanita lengkap dengan bilangan
harinya pula.
Prof Keith L.Moore Department of Anatomi dan
Biology Universiti Toronto berkata “Saya tidak tahu apa-apa tentang agama namun
saya meyakini kebenaran fakta yang terkandung dalam Al-Quran. Al-quran secara
tepat menjelaskan perkembangan embrio manusia. Sains modern baru mengetahui
proses penciptaan di alam Rahim setelah ditemukan alat-alat modern” Hal ini
membuktikan keRasulan Muhammad SAW kerana tidak mungkin seorang yang tidak
belajar seperti Muhammad dapat mengetahui semua ini, ketika peralatan dan
pengetahuan sains masih belum ditemui.
Syair Berendoi Sastera yang
dicipta untuk menjalankan fungsi Dakwah ialah kegiatan yang dituntut oleh Islam
seperti yang terlihat pada ayat yang bermaksud:
1.
“Dan tetap tekunlah engkau
memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah
kepada orang-orang yang beriman” (Surah
adz-Dzaariyat, ayat 55).
2.
”Dan hendaklah ada di antara
kamu segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf
dan mencegah daripada yang mungkar. Dan merekalah umat yang beruntung” (Surah
Ali-Imran ayat 104).
3.
”Siapakah lagi yang lebih baik
perkataannya daripada orang-orang yang menyeru ke jalan Allah dan mengerjakan
amal soleh dan mengatakan: Sesungguhnya aku adalah seorang yang menyerah diri”
(Surah Fussilat ayat 33).
Di dalam syair yang diperkatakan ini terdapat ajaran
yang selaras dengan seruan Al Quran agar manusia berfikir tentang kejadian alam
termasuk kejadian diri sendiri. Al-Quran mengandungi
ayat-ayat yang menggesa manusia supaya mengkaji dan meneliti tentang
fenomena alam agar mereka mencapai ilmu pengetahuan dan berupaya membina
tamadun di dunia ini. Di dalam Kitab suci Al-Quran terdapat banyak ayat yang
diakhiri dengan Afalatabsirun bermaksud apakah kamu tidak memerhati, Afalatakkhilun bermaksud apakah kamu tidak
menggunakan akal? dan Afalatatafakhkarun bermaksud apakah kamu tidak
berfikir? Seruan ini diperkuat oleh Nabi
Muhammad saw melalui sabda baginda: “Tiada agama bagi orang yang tiada
mempunyai akal dan tiadalah akan sempurna agama manusia selama-lamanya sebelum
sempurna akalnya” (Hadis riwayat Jabir kepada al-Baihaqi).
KEGIATAN BERENDOI PADA MASA
KINI.
Pada masa ini kegiatan berendoi boleh dikatakan
aktif. Ia lebih merupakan kegiatan dalam kegiatan yang lebih besar, biasanya
acara akikah baik di kampung atau di bandar bandar besar seperti Shah Alam. Di
Shah Alam hampir setiap seksyen ada kumpulan kumpulan yang menjalankan
kegiatan. Seperti biasa acara-acara budaya orang Melayu akan cepat dimanipulasi
untuk tujuan komersial atau mencari keuntungan.
Maka tumbuhlah syarikat syarikat sewaan buaian yang ada kalanya boleh
mencecah seribu rm sekali sewaan.
Golongan pengamal rata-rata tidak mengenakan apa-apa bayaran (Mengikut
Puan Hapisah biasanya diberi saguhati 50rm Di kampung pasokan ini mendapat 200
rm untuk dikongsi. .
1.
Harun Mat Piah, Puisi Melayu Tradisional Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi, .Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997
2.
Roslan Madun (Penyusun) , Syair Alam Melayu Nusantara, Kuala
Lumpur, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. 2016..
4.
Mohd Taib Osman, Warisan Puisi Melayu, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976.
5. Nureeyan
Saleh, Lagu Dodoi Melayu
Patani, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.1999)
3.
Zurinah Hassan, Unsur Alam dalam Puisi Melayu Moden, Bangi, Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia,2010.
4.
Zurinah Hassan, Puisi Melayu Tradisional, Pantun, Syair, Gurindam, Nazam, Seloka, Kuala Lumpur, Pekan Ilmu, 2012..
5.
Hashim Awang,Kajian Sastera, Satu Pendekatan
Melayu,Dewan Sastera, 60-63.
No comments:
Post a Comment