ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Wednesday, October 16, 2019

BIODATA ZURINAH HASSAN.


ZURINAH HASSAN MENULIS SEJAK TAHUN ENAMPULUHAN
Penulis  wanita Malaysia
pertama menerima  ANUGERAH SASTERA NEGARA,
(Anugerah tertinggi negara dalam bidang kesusasteraan)
membawa gelaran Sasterawan Negara. 
menerima
 Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award ),2004
 Hadiah Puisi Sunthorn Phu (Hadiah Puisi Negara ASEAN). 2013.

ZURINAH HASSAN ialah Sasterawan Negara Malaysia yang ke 13 dan sasterawan wanita pertama yang dianugerahi gelaran tersebut.  Selain itu beliau menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award ) pada 2004 dan Hadiah Puisi Sunthorn Phu (Hadiah Puisi Negara ASEAN) pada 2013. Selain menulis, Zurinah giat dalam aktiviti membaca syair dan pernah mempersembahkan syair di India, Jepun, Thailand, Indonesia dan Brunei.


Zurinah menulis dalam pelbagai genre dan hingga kini menghasilkan kumpulan puisi, kumpulan cerpen, novel, kajian sastera dan memoir. Walaupun lebih dikenali sebagai Penyair, Zurinah juga pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Buku Perpustakaan Negara untuk cerpen dan memoir.  Karyanya telah diterjemahkan ke beberapa bahasa, misalnya bukunya Menghadap ke Pelabuhan telah terbit dengan terjemahan Bahasa Inggeris, Bahasa Spanish, Bahasa Russia, Jepun dan Peranchis. 


Zurinah Hassan dilahirkan pada 13 Jun 1949 di Alor Setar, Kedah, mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Tikam Batu, Sekolah Convent Sungai Petani dan Sekolah Sultanah Asma Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kanan Penerangan, menjadi tenaga Pengajar di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia selain Karyawan Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zurinah memperolehi ijazah Sarjana dari UPM dan Ph.D dari Universiti Malaya. Beliau dianugerahi Bintang Kebesaran Darjah Setia Diraja Kedah pada 2013 membawa gelaran Dato’.




No comments:

Post a Comment