Kitab suci Al-Quran juga diturunkan dengan keindahan bahasa serta mengandungi perumpamaan dan misal perbandingan terutama yang dikaitkan dengan unsur-unsur alam. Al-Quran menggunakan perlambangan atau Amsal yang diertikan sebagai “menyerupakan sesuatu dengan sesuatu yang lain dan mendekatkan sesuatu yang abstrak dengan sesuatu yang inderawi (konkrit)” (Ahsin W. Al-Hafidz, 2005:24). Bahkan, Allah SWT berfirman dengan jelas tentang penggunaan unsur alam sebagai metafora ini. Hal ini dapat dilihat melalui ayat yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan (metafora) apa sahaja (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih kecil daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya) iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka.” (Surah Al-Baqarah ayat: 26)
Terdapat
ayat-ayat yang menjelaskan penggunaan perlambangan dan perbandingan di dalam
Al-Quran. Antaranya:
1.
“Wahai manusia, telah dibuat perumpamaan maka dengarlah olehmu perumpamaan itu
(Surah Al-Hajj, ayat 73-74).2. “Demikianlah Allah menerangkan misal-misal
perbandingan” (Surah ar-Ra’ad, ayat 17).
3.
“Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat
manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya” (Surah
al-Ankabut ayat 43 ).
4. “Demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran” (Surah az-Zumar, ayat 27
Ayat-ayat di atas menyebut tentang penggunaan metafora dan perumpamaan dalam Al Quran. Metafora dan perumpamaan merujuk kepada misal perbandingan . bahasa kiasan, , atau menyatakan sesuatu dengan menyebut sesuatu yang lain yang mempunyai aspek aspek persamaan. Kebanyakan missal perbandingan ialah dengan unsur alam.
Di dalam ayat di atas
§
pelbagai jenis haiwan.
§
pertukaran malam dan siang
(waktu)
§
kapal-kapal yang belayar di
laut
§
tumbuh-tumbuhan
Dengan berpandukan ayat di atas, tulisan ini seterusnya akan ditumpukan kepada empat unsur alam tersebut, iaitu pertukaran malam dan siang (waktu), laut dan perjalanan laut, tumbuh-tumbuhan, dan pelbagai jenis haiwan .
Dua unsur yang akan disebut di sini ialah Laut dan Lautan dan Pertukaran malam dan siang (Peredaran hari).
Laut
digunakan dalam dua cara terbesar:
2.
Laut dan perjalanan laut
mengandungi makna perjalanan manusia di dalam kehidupan dan juga perjalanan
menuju ke akhirat.
·
Kehidupan adalah ibarat sebuah
pelayaran dan hanya Allah dapat menyelamatkan manusia daripada bencana karam di
tengah lautan seperti yang diperingatkan oleh Al-Quran, “Dan jika Kami kehendaki, Kami boleh tenggelamkan mereka,
kira-kiranya Kami lakukan demikian) maka tidak ada yang dapat memberi
pertolongan kepada mereka dan mereka juga tidak dapat diselamatkan ( Surah Yaa
Siin, ayat 43).
·
Kewujudan laut dapat
diterjemahkan sebagai rahmat Tuhan khasnya kepada manusia. Laut sebagaimana
ciptaan Allah yang lain adalah amat besar manfaatnya. Allah berFirman, “Dan
Dialah yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang
lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda
perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat kapal-kapal belayar padanya, dan lagi supaya
kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur”
(Surah An-Nahl, ayat 14).
·
Laut menyediakan laluan untuk
manusia mengembara dan membina tamadun. Pada laras yang lebih tinggi laluan ini
mengandungi makna tersirat, iaitu kehidupan dunia adalah laluan ke akhirat.
Aspek ini ditegaskan oleh ayat yang bermaksud, kegunaan laut amat jelas
daripada ayat, “Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu supaya
kapal-kapal belayar padanya dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari rezeki
dan juga supaya kamu bersyukur (Surah Al-Jaathiyah, ayat 12).
·
Laut di
dalam Al-Quran telah mengemukakan
kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dan iktibar seperti yang diseru oleh
ajaran Islam. Di dalam kisah Nabi Nuh, Allah telah mewahyukan kepada Nuh untuk
membina bahtera sebelum terjadinya banjir yang besar dan seluruh daratan telah
menjadi laut. Bahtera yang menjadi penyelamat itu adalah simbol pertolongan
Allah terhadap hambaNya yang beriman, sepertimana maksud ayat, “Dan
sesungguhnya Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi
pengajaran maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf” (Surah Al-Qamar,
ayat 15).
Pertukaran
malam dan siang adalah ketentuan Allah yang membuktikan kebijaksanaanNya.
“Bahawa sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam
dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal (Surah Ali-Imran, ayat 190).
Peredaran
waktu adalah bukti kesempurnaan ciptaan
Allah SWT dan rahmat yang dikurniakanNya. Hal ini diterangkan melalui ayat yang
bermaksud, “Dan sebahagian daripada rahmat Allah itu ialah dijadikanNya bagimu
malam dan siang, agar kamu dapat beriistirahat dan bekerja mencari rezeki
kurniaNya, dan akhirnya agar kamu sekelian suka bersyukur” (Surah al-Qasas,
ayat 73).
Perjalanan
hari sepatutnya mengingatkan manusia kepada perjalanan usianya. Hal ini
dinyatakan di dalam ayat; “Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang silih
berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya) atau mahu
bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu) (Surah Al-furqan, ayat 62).
Peredaran
waktu dan kaitannya dengan alam terjelas di dalam ayat yang bermaksud; ”Dia melindungi
malam dengan siang yang mengiringinya dengan silih berganti. Dan Ia pula yang
mencipta matahari dan bulan serta bintang-bintang semuanya tunduk kepada
perintahNya” (Surah Al-A’raf, ayat 54).
Antara
lain, kejadian peredaran itu ialah supaya manusia dapat mengira masa (hari,
bulan dan tahun) seperti yang dijelaskan oleh ayat: “Dialah yang menjadikan
matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang
menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat
peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan
kiraan masa. Allah tidak menjadikan
semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah
menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang
mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya)” (Surah Yunus, ayat 5).
Manusia
diminta memerhati dan memikirkan kejadian peredaran malam dan siang yang
melibatkan peredaran bumi, matahari dan seluruh cakerawala kerana perkara ini
membuktikan kekuasaan Allah dalam mengatur,mentadbir dan memelihara alam di
dalam undang-undang yang tersusun rapi.Hal ini diterangkan oleh ayat yang
bermaksud, ”Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan
pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda
(yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu
bertaqwa” ( Surah Yunus, ayat 6 ).
Merenungi kejadian yang dicipta oleh Allah adalah dengan menggunakan matahati dan akal fikiran kerana segala kejadian yang dicipta oleh Allah mempunyai makna dan memberi iktibar bagi orang yang mahu berfikir, seperti yang terkandung di dalam ayat yang bermaksud; “Allah menukarkan malam dan siang silih berganti, sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik matahatinya iaitu berfikir (Surah An-Nur, ayat 44).
No comments:
Post a Comment