menyedihkan
Rimbun pauh di permatang
Di situ tempat kita bertemu
Dekat dan jauh sudahlah datang
Semoga dapat menimba ilmu
Terima kasih kepada pihak penganjur
pertemuan bicara ilmu hari ini kerana memberi penghargaan kepada saya untuk
merasmikan pertemuan ini. Sebagai seorang yang menulis di dalam Bahasa Melayu
dan dikurniakan Anugerah dan gelaran Sasterawan Negara saya amat berbangga dan
menyokong sebarang usaha untuk membantu masyarakat khasnya pelajar-pelajar
dalam penggunaan Bahasa Melayu untuk penggunaan bahasa setiap hari apatah lagi
dalam memenuhi kehendak peperiksaan seperti SPM.
Sejujurnya saya katakan yang saya
telah agak ketinggalan dalam silibus pembelajaran dan perperiksaan hari ini.
Ianya tentu jauh berbeza dari apa yang kami hadapi sekitar 50 tahun yang lalu.
Namun begitu sebagai rakyat Malaysia tidak pernah meninggalkan perjuangan meninggikan
martabat bahasa Melayu dan oleh kerana itu menyokong dan dengan apa cara yang
termampu akan menyokong usaha-usaha seperti ini demi perjuangan meninggikan
martabat bahasa.
Perjuangan ini telah digerakkan serentak dengan perjuangan
membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan; dan tercapai dengan
termaktubnya, Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang
menyebut “Bahasa Kebangsaan Negara ini
ialah Bahasa Melayu
Sebagai bahasa kebangsaan sebuah negara yang
berdaulat, bahasa Melayu berperanan / berfungsi sebagai bahasa rasmi negara,
bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu, bahasa urusan perniagaan dan
bahasa komunikasi.
Pemahaman terhadap fungsi bahasa
Melayu akan mendorong kita untuk mempelajari, menghayati, menguasai, dan
menggunakannya dengan berkesan. Selain itu, sebagai rakyat Malaysia akan berasa
bangga terhadap bahasa kebanggaan negara kerana bahasa ini merupakan lambang
jati diri dan kedaulatan negara. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang dapat
memperlihatkan identiti nasional seperti negara-negara lain di dunia ini Setiap
negara yang merdeka perlu memiliki bahasa kebangsaan yang dapat melambangkan
identiti bangsa dan negara tersebut.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa
Perpaduan digunakan sebagai bahasa lingua franca dari zaman
Sriwijaya hingga hari ini, bahasa Melayu telah berperanan sebagai alat
perpaduan. Pada masa Sriwijaya berkuasa, kemudian diikuti pula oleh Kesultanan
Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau, bahasa Melayu telah menjadi alat
perpaduan yang menyatupadukan suku-suku bangsa di Nusantara.
Penerimaan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan oleh semua kaum adalah suatu tanda bahawa
mereka menerima konsep bahasa Melayu sebagai bahasa yang dapat menyatupadukan
masyarakat Malaysia. Mereka menerima bahawa bahasa Melayu patut dipelajari oleh
semua kaum agar mereka dapat berkomunikasi dengan baik antara satu sama lain.
Oleh itu, mata pelajaran bahasa Melayu diwajibkan kepada semua pelajar pada
semua peringkat sekolah, sebaik sahaja bahasa Melayu dijadikan bahasa
kebangsaan Malaysia. Oleh itu, bahasa Melayu bertindak sebagai alat yang
menghubungkan penutur-penutur daripada berbagai-bagai bangsa dan berupaya untuk
menyatupadukan bangsa yang dikenal sebagai bangsa Malaysia.Komunikasi ini boleh
berbentuk lisan atau tulisan
Mengenal karya sastera
daripada
tingkatan 1 hingga tingkatan 5 bahawa, “Melalui
komponen KOMSAS, diharapkan minat membaca, keseronokan membaca, dan penghayatan
terhadap bahan sastera dapat dipupuk”.
Kaum penulis dan
sasterawan seperti saya sudah tentu bersyukur kerana bahan sastera dijadikan
komponen penting dalam Bahasa Melayu yang dikenali sebagai KOMSAS Berdasarkan matlamat yang diutarakan
oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), KOMSAS juga merupakan satu platform
kepada pelajar untuk mereka melakukan apresiasi sastera.
Tahniah kepada
penganjur yang menganjurkan suatu pertemuan seperti ini untuk memandu
pelajar-pelajar menghayati dan cara-cara yang betul untuk memahami dan membedah
karya. Penghayatan dan pemahaman karya sastera dalam bentuknya Puisi atau Prosa
adalah relevan untuk masa kini dan masa hadapan. Ia adalah bidang yang dapat dapat melembutkan
jiwa, menyentuh perasaan dan membuka pemikiran. Apa2 sahaja yang melembutkan jiwa adalah sangat
diperlukan demi menyelamatkan manusia atau insan pada masa kini dan masa hadapan.
Segala kejadian yang berlaku hari ini memperlihatkan bahawa sifat keinsanan dan
ihsan sudah terhakis sehingga sanggup
membuang sisa beracun merata-rata hingga membunuh orang-orang yang tidak
berdosa. Bayangkan bayi-bayi dan orang tua yang menyedut udara beracun itu.
Kita tertanya apakah mereka tidak punya keluarga, ibu bapa, tak ada anak yang
menyedut udara yang sama. Peristiwa menembak orang-orang yang sedang solat
Jumaat di New Zealand menghiris hati kita dan semua umat Islam di dunia.
Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendaklah cari
Mana yang dapat jangan dilupa
Pergi ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Agar tidak menyesal
kemudian
No comments:
Post a Comment