Friday, December 18, 2020
Tuesday, November 17, 2020
Friday, August 28, 2020
Perjalanan
Penyair melangkaui beberapa dimensi alam. Ini termasuk alam
nyata atau alam fizikal dengan latar dan nama tempat-tempat yang semasa, atau tempat-tempat yang terpahat dalam memori bersama di
lipatan legenda, hikayat dan sejarah bangsa. Begitu juga alam cakarewala
yang memberi impak kepada kehidupan manusia, serta perjalanan hari dan
peredaran waktu yang membawa perubahan usia. Segalanya memberi kesan dari segi fizikal,
mental dan kejiwaan.
WARISAN
.Beberapa buah sajak adalah perjalanan merentas masa, kembali ke masa lalu khasnya untuk mencari kekuatan diri dan kekuatan bangsa. Kekuatan itu dapat dikutip dari legenda dan puisi-puisi warisan yang menjadi wadah pengajaran. Mutiara silam diperlukan dalam situasi semasa yang membimbangkan. Demikian beberapa puisi bertolak dari kegusaran akan ancaman-ancaman terhadap Melayu dan keMelayuan . Sajak-sajak ini termasuklah “Seloka Warisan Pusaka”, “Akar Tunjang”, “Kutuli Telingamu Anak Cucuku”.
Pengajaran alam ini sepatutnya menjadi iktibar kepada manusia
khasnya umat Melayu dalam mempertahankan jatidiri.
agar
bumi subur menghijau
dan
seisi pelosok alam jagat
menikmati
flora keindahan
mensyukuri
kewujudan azali
Kekuatan silam
tersimpul teguh dalam kata Pusaka dan Warisan. Kata Pusaka adalah penegasan hak
milik yang diwarisi dan menjadi hak
milik mutlak yang tidak dapat dicabar. Justeru pemilik yang sah
sepatutnya memelihara dan mengutamakan hak mutlak yang diwarisinya.
Dalam “Melayuku Hilang, Melayu” terkandung ingatan untuk menjulang nama dan menjunjung adat. Watak Tuah dan Jebat muncul bila membicarakan pengorbanan, kesetiaan dan penentangan. Jebat disifatkan sebagai menerima akibat. kerana membela keadilan
longlai
jiwanya tersungkur lesu
bergelumang
hama dengki nafsu
batinnya tersesak debu jelaga
berakar tunjang daki sengketa
Namun
kekuatan tetap dicari. Sajak Tak Melayumu, Melayuku Hilang Arah” menyebut Rantau Kampar Kiri , Koto Gunung Ibul dan
tragedi Lancang Kuning, Gunung Sahilan yang
terakam dalam jejak-jejak bangsa. Ada
kerinduan kepada kekuatan jampi serapah, kekuatan keris dalam mempertahankan
diri dan “mendaulat akar budi bicara”
Inilah yang membina kekuatan nenek moyang yang tetap berdiri teguh dan
tidak mengalah walau berkali ditimpa bencana dari lahar yang meruah. Kekuatan
inilah sepatutnya dijadikan rangsangan bagi membina kekuatan dalam mendirikan kembali maruah Melayu. “Demi
amanah citra bangsa dan maruah”. Supaya tak Melayumu, Melayuku hilang arah
“jiwaku
yang gelisah” mencari kesaktian yang dikaitkan dengan Tasik Cini dan rahsia ratu semut di Mahameru.
Dia menyeru “bawalah aku selam ke dasar
alammu/ basahi mandian dingin kolah rahsiamu” membangkit semula rahsia ratu
semut dari lembah bumi Mahameru” Dari semua ini Penyair berharap agar diajari “
erti keringat tabah/biar semangat kerdilku tidak beralah”
Hidup
adalah perjalanan yang memberi seribu makna. Namun begitu ia tidak memisahkan
jiwa dan kasih sayang kepada rumah asal dan keluarga. Penyair tidak hanya bersepatu dan bermimpi di
luar namun tetap melagukan kasih sayang menghargai rumah dan keluarga. Dalam “Balada Seruling Kasih” (buat insan yang
bernama ibu) Penyair memohon sejuta embun rahmat dan mengharap manik zikir
mendinginkan persemadian ibu di pusara. Agar “berbantal wangi haruman kasturi/
menyelimuti ibu di rumah abadi” . Doanya buat ibu semoga ibu mendapat balasan
atas sebagai jasa ibu yang memikul amanah Ilahi dengan penuh kesabaran “teduh
nurani kesabaran /bakti amanahmu pilihan tuhan”.
Sebagai
Penyair Melayu Samsudin juga akrab dengan unsur alam dan memperlihatkan suasana
kekampungan . Sajak “Cinta Dalam Sebiji Rambutan” mengungkap bagaimana sebiji
buah rambutan membawa seribu makna dan cerita yang tersendiri. Ia menceritakan
banyak perkara tentang kepayahan petani dalam meneroka dan membongkar tanah
merekah hingga kita dapat menelan ‘isi putih manis jernih”. Terdapat metafora
yang segar raga jerih petani bagi menceritakan kepayahan yang dilalui dalam
membongkar sekangkang tanah. Segalanya
menjadi lambang kasih sayang cinta yang terpahat dan semangat yang membara.
Demikian kenangan yang datang bersama sebiji rambutan.
Rambutan mungkin mengingatkan kepada bonda yang pernah menanam rambutan,
menyuap rambutan atau bersusah payah membeli rambutan, sambil mengajar anak-anak
bersyukur dengan rezeki Allah.Dan penyair menemui “seberkas hakikat jasa petani”
Pada pemaknaan
yang lebih luas jerit payah membongkar tanah itu adalah selari dengan jerit payah bangsa yang
membangun tanahair hingga anak cucu dapat mengecapi nikmat kemerdekaan.
Perjalanan masa
dan perjalanan hidup memberi makna yang beranjak. Masa mendewasakan maka
pandangan tentang hidup juga berubah.Hal ini dikesani oleh Penyair lalu
disampaikan melalui sajak “Coretan Diari Seorang Guru”. Interaksi Guru dan
murid berkait rapat dengan pencarian ilmu. Ada pelbagai cabang ilmu
termasuk ilmu kemanusiaan, ilmu agama
dan ilmu akal . Manusia mencari ilmu dan memperoleh ilmu. Namun hakikat hidup dan kejadian diri tidak semata-mata diperolehi melalui ilmu logik
dan matematik. Ilmu tidak hanya diperolehi dari buku tetapi pandanglah keluar
melihat ciptaan Yang Maha Esa. Lalu “ditanggalnya kacamata tebal dilemparnya
pandangan keluar jendela”.
Hidup ini penuh dilema . Hal ini disentuh melalui sajak
“Seekor Lipas, sebatang berus gigi”.Seekor
lipas yang merayap di atas berus gigi di dalam kamar mandi memang kotor dan
meloyakan. Lipas itu dipijak dan dibunuh. Semuanya berlaku secara spontan
kerana terkejut.
Perasaan lain timbul bila diitegur anak nya “kenapa ayah
bunuh?ustazah kata; lipas tu macam kita juga. ada nyawa, ada keluarga”. Penyair mencari kata-kata untuk menjelaskan
kepada anak lipas itu kotor bawa penyakit. Lebih mudarat nanti kita semua
sakit. Islam mengajar bahawa jika berada di dalam situasi dilema, berhadapan
dengan dua mudarat, terpaksalah memilih mudarat yang lebih kecil. Dalam hal ini
llipas terpaksa dibunuh bagi mengelak mudarat yang lebih besar dari penyakit
yang dibawa oleh serangga tersebut. .
Selain itu sajak ini
menggambarkan keadaan Hidup dipenuhi kebaikan yang dicemari dengan keburukan. Kita
mesti menjaga kebersihan bukan sahaja dari aspek fizikal seperti memberus gigi,
malah menjaga budi bahasa dan menjauhkan diri dari perkara yang dicela.
beruslah gigi kita
sebelum masuk tidur
supaya mulut tidak
kotor
supaya tidak bau
busuk
supaya tidak
terfitnah
dusta dan salah sangka
Demikian
catatan perjalanan hidup dalam puisi-puisi Samsudin Said. Sepertimana yang
terungkap dalam sajak “Pelayaran”, hidup
adalah pelayaran yang sarat memenuhi bahtera memori.
Saturday, August 01, 2020
Monday, July 27, 2020
Kitab suci Al-Quran juga diturunkan dengan keindahan bahasa serta mengandungi perumpamaan dan misal perbandingan terutama yang dikaitkan dengan unsur-unsur alam. Al-Quran menggunakan perlambangan atau Amsal yang diertikan sebagai “menyerupakan sesuatu dengan sesuatu yang lain dan mendekatkan sesuatu yang abstrak dengan sesuatu yang inderawi (konkrit)” (Ahsin W. Al-Hafidz, 2005:24). Bahkan, Allah SWT berfirman dengan jelas tentang penggunaan unsur alam sebagai metafora ini. Hal ini dapat dilihat melalui ayat yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan (metafora) apa sahaja (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih kecil daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya) iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka.” (Surah Al-Baqarah ayat: 26)
Terdapat
ayat-ayat yang menjelaskan penggunaan perlambangan dan perbandingan di dalam
Al-Quran. Antaranya:
1.
“Wahai manusia, telah dibuat perumpamaan maka dengarlah olehmu perumpamaan itu
(Surah Al-Hajj, ayat 73-74).2. “Demikianlah Allah menerangkan misal-misal
perbandingan” (Surah ar-Ra’ad, ayat 17).
3.
“Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat
manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya” (Surah
al-Ankabut ayat 43 ).
4. “Demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran” (Surah az-Zumar, ayat 27
Ayat-ayat di atas menyebut tentang penggunaan metafora dan perumpamaan dalam Al Quran. Metafora dan perumpamaan merujuk kepada misal perbandingan . bahasa kiasan, , atau menyatakan sesuatu dengan menyebut sesuatu yang lain yang mempunyai aspek aspek persamaan. Kebanyakan missal perbandingan ialah dengan unsur alam.
Di dalam ayat di atas
§
pelbagai jenis haiwan.
§
pertukaran malam dan siang
(waktu)
§
kapal-kapal yang belayar di
laut
§
tumbuh-tumbuhan
Dengan berpandukan ayat di atas, tulisan ini seterusnya akan ditumpukan kepada empat unsur alam tersebut, iaitu pertukaran malam dan siang (waktu), laut dan perjalanan laut, tumbuh-tumbuhan, dan pelbagai jenis haiwan .
Dua unsur yang akan disebut di sini ialah Laut dan Lautan dan Pertukaran malam dan siang (Peredaran hari).
Laut
digunakan dalam dua cara terbesar:
2.
Laut dan perjalanan laut
mengandungi makna perjalanan manusia di dalam kehidupan dan juga perjalanan
menuju ke akhirat.
·
Kehidupan adalah ibarat sebuah
pelayaran dan hanya Allah dapat menyelamatkan manusia daripada bencana karam di
tengah lautan seperti yang diperingatkan oleh Al-Quran, “Dan jika Kami kehendaki, Kami boleh tenggelamkan mereka,
kira-kiranya Kami lakukan demikian) maka tidak ada yang dapat memberi
pertolongan kepada mereka dan mereka juga tidak dapat diselamatkan ( Surah Yaa
Siin, ayat 43).
·
Kewujudan laut dapat
diterjemahkan sebagai rahmat Tuhan khasnya kepada manusia. Laut sebagaimana
ciptaan Allah yang lain adalah amat besar manfaatnya. Allah berFirman, “Dan
Dialah yang memudahkan laut supaya kamu dapat makan daripadanya daging yang
lembut hidup-hidup dan dapat pula mengeluarkan daripadanya benda-benda
perhiasan untuk kamu memakainya dan (selain itu) engkau melihat kapal-kapal belayar padanya, dan lagi supaya
kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan supaya kamu bersyukur”
(Surah An-Nahl, ayat 14).
·
Laut menyediakan laluan untuk
manusia mengembara dan membina tamadun. Pada laras yang lebih tinggi laluan ini
mengandungi makna tersirat, iaitu kehidupan dunia adalah laluan ke akhirat.
Aspek ini ditegaskan oleh ayat yang bermaksud, kegunaan laut amat jelas
daripada ayat, “Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu supaya
kapal-kapal belayar padanya dengan perintah-Nya, dan supaya kamu mencari rezeki
dan juga supaya kamu bersyukur (Surah Al-Jaathiyah, ayat 12).
·
Laut di
dalam Al-Quran telah mengemukakan
kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dan iktibar seperti yang diseru oleh
ajaran Islam. Di dalam kisah Nabi Nuh, Allah telah mewahyukan kepada Nuh untuk
membina bahtera sebelum terjadinya banjir yang besar dan seluruh daratan telah
menjadi laut. Bahtera yang menjadi penyelamat itu adalah simbol pertolongan
Allah terhadap hambaNya yang beriman, sepertimana maksud ayat, “Dan
sesungguhnya Kami telah jadikan bahtera itu sebagai satu tanda yang menjadi
pengajaran maka adakah orang yang mahu beringat dan insaf” (Surah Al-Qamar,
ayat 15).
Pertukaran
malam dan siang adalah ketentuan Allah yang membuktikan kebijaksanaanNya.
“Bahawa sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam
dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal (Surah Ali-Imran, ayat 190).
Peredaran
waktu adalah bukti kesempurnaan ciptaan
Allah SWT dan rahmat yang dikurniakanNya. Hal ini diterangkan melalui ayat yang
bermaksud, “Dan sebahagian daripada rahmat Allah itu ialah dijadikanNya bagimu
malam dan siang, agar kamu dapat beriistirahat dan bekerja mencari rezeki
kurniaNya, dan akhirnya agar kamu sekelian suka bersyukur” (Surah al-Qasas,
ayat 73).
Perjalanan
hari sepatutnya mengingatkan manusia kepada perjalanan usianya. Hal ini
dinyatakan di dalam ayat; “Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang silih
berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya) atau mahu
bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu) (Surah Al-furqan, ayat 62).
Peredaran
waktu dan kaitannya dengan alam terjelas di dalam ayat yang bermaksud; ”Dia melindungi
malam dengan siang yang mengiringinya dengan silih berganti. Dan Ia pula yang
mencipta matahari dan bulan serta bintang-bintang semuanya tunduk kepada
perintahNya” (Surah Al-A’raf, ayat 54).
Antara
lain, kejadian peredaran itu ialah supaya manusia dapat mengira masa (hari,
bulan dan tahun) seperti yang dijelaskan oleh ayat: “Dialah yang menjadikan
matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dialah yang
menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-pindah) pada tempat-tempat
peredarannya (masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan
kiraan masa. Allah tidak menjadikan
semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah
menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang
mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya)” (Surah Yunus, ayat 5).
Manusia
diminta memerhati dan memikirkan kejadian peredaran malam dan siang yang
melibatkan peredaran bumi, matahari dan seluruh cakerawala kerana perkara ini
membuktikan kekuasaan Allah dalam mengatur,mentadbir dan memelihara alam di
dalam undang-undang yang tersusun rapi.Hal ini diterangkan oleh ayat yang
bermaksud, ”Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti, dan
pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda
(yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu
bertaqwa” ( Surah Yunus, ayat 6 ).
Merenungi kejadian yang dicipta oleh Allah adalah dengan menggunakan matahati dan akal fikiran kerana segala kejadian yang dicipta oleh Allah mempunyai makna dan memberi iktibar bagi orang yang mahu berfikir, seperti yang terkandung di dalam ayat yang bermaksud; “Allah menukarkan malam dan siang silih berganti, sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik matahatinya iaitu berfikir (Surah An-Nur, ayat 44).