ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Saturday, February 09, 2013


MUHAMMAD HAJI SALLEH

kertaskerja ini disampaikan di Seminar Budaya “Seminar Kefahaman Budaya ke VIII: Zurinah Hassan, Sirih Pulang ke Gagang”, yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang pada 18 Disember 2004 anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dan Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia. 


Monday, February 04, 2013


utusan on line.

ARKIB : 15/04/2003

Permainan kata-kata simbolik Zurinah

Buku
Judul: Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi
Pengarang: Zurinah Hassan
Harga: RM30.00
Penerbit: Penerbit UKM
Pengulas: Noraini Abdul Razak
Wanita sememangnya berjiwa halus dan sering tersentuh perasaannya apabila berhadapan dengan peristiwa yang mungkin bagi kaum lelaki tidak mempunyai sebarang nilai.
Bagaimanapun tidak semua wanita dianugerahkan kelebihan menggunakan kehalusan jiwa untuk menghasilkan bait-bait puisi yang indah.


Citra Manusia Dalam Kumpulan Puisi Salasilah Oleh Zurinah Hassan: Aplikasi Teori Pengkaedahan Melayu



1. PENGENALAN


Teori Pengkaedahan Melayu adalah sebuah teori yang mempunyai keutuhan yang tersendiri. Teori ini mula diketengahkan oleh Profesor Dato Dr. Hashim Awang dari Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dalam Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu 1 di Universiti Kebangsaan Malaysia pada 29 Oktober hingga 1 November 1989. Teori ini berdasarkan realiti kehidupan dan persekitaran bangsa penglahir karya. Hampir keseluruhan aspek keberadaan dan kehidupan zahir dan batin bangsa Melayu dilihat dan diambil untuk dijadikan dasar pembentukkannya. Selain daripada itu, keseluruhan aspek karya iaitu aspek dalaman dan luaran dapat dijadikan subjek atau persoalan untuk dikaji, dikritik dan dinilai.

Saturday, February 02, 2013

cerpen ini pernah tersiar di Dewan Sastera (2010)

Wan Tempawan (bukan nama sebenar) adalah seorang wanita bangsawan Kedah. Dia adalah di antara ramai lagi orang-orang bangsawan (dan bukan bangsawan) yang kehilangan tanah kepada bangsa lain. Cerpen ini ditulis kerana saya sangat terganggu dengan kejadian tanah-tanah orang-orang Melayu yang jatuh ke tangan orang lain.


Saturday, January 12, 2013



HARI INI saya gembira kerana Tuan Yusuf Muhammadd dari Kucing menulis tentang sajak saya "Pak Kaduk di Gelanggang Raja" . Untuk beliau dan untuk kawan-kawan yang sudi membaca saya perturunkan cerpen KADUK, AYAM DAN RAJA. Ini adalah hasil fikiran dan imaginasi tentang tanah pak kaduk yang dirampas raja. Sekarang tak ada lagi raja yang merampas tanah secara menyabung ayam tapi ada pelbagai cara menipu dan merampas tanah dan segala milik rakyat.SELAMANYA KAH KITA MENJADI KADUK YG MEMBELA AYAM DAN MEREKA MENJADI RAJA YG MENDAPAT TANAH.

KADUK, AYAM DAN RAJA
Oleh: Zurinah Hassan

Tuesday, December 11, 2012

Acara ini berlangsung dari 28 November hingga 2 Disember di Brunei Darussalam. Ini adalah acara MASTERA (majlis sastera Asia Tenggara) yang memartabatkan pelbagai genre karya sastera termasuk sastera tradisional iaitu Pantun. 

Acara dimulakan dengan Seminar Pantun di Bandar Seri Begawan. 6 buah kertaskerja dibentang oleh wakil-wakil dari negara2 anggota Mastera iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Saya mewakili Malaysia membicarakan makalah bertajuk 'ALAM, EMOSI DAN PEMIKIRAN DALAM PANTUN" (makalah itu ada di blog ini). Esoknya kami ke Tasik Serubing, sebuah taman rekreasi untuk bengkel pantun. Saya menjadi pembimbing memberi bimbingan kaedah mengarang pantun. 

Sesudah tiga hari berbengkel, diadakan pula Festival Pantun dengan persembahan nyanyian dll dari pantun. Hampir setiap malam kami menyaksikan MUKUN. Rupa-rupanya ia lebih hebat dari dondang sayang kerana pemukun berbalas pantun dengan kadar segera seperti tidak ada masa lagi untuk berfikir.

bergambar di Tasik Serubing
Segalanya sangat mengkagumkan tetapi yang paling disyukuri di sini adalah suasana damai  dan limpah kemewahan yang terlihat. Di sini Islam sangat dimuliakan. Syukur, dengan amalan membaca surah Al-Fatihah dan berdoa dalam setiap majlis.

Acara penutup diadakan di Tutong.

Selamat tinggal Brunei, ada umur berjumpa lagi.

pasukan MUKUN Jambu Merah
Di rumah Pengarah dbp Brunei, Dayang Hajah Aminah Momin yg budiman

Bersama Hjh Shamsiah Manaf yang sudi menjalin tali persaudaraan, banyak budi yang  dibawa pulang

Tuesday, December 04, 2012

Bermukun adalah acara berbalas pantun di Brunei Darussalam yang masih segar.  Pemukun  (penyanyi pantun) berbalas-balas pantun sambil memukul gendang. Sungguh kagum saya melihatnya kerana pantun mesti dijawab dengan cepat mengikut irama rancak.


BERMUKUN DI BRUNEI. gambar2 ini diambil semasa Festival/bengkel/seminar pantun Nusantara yang bertemakan "pemerkasaan pantun Nusantara". 28 hingga 2 Disember 2012.

Monday, November 26, 2012


ALAM, PEMIKIRAN DAN EMOSI DALAM PANTUN MELAYU
Zurinah Hassan
(makalah ini disampaikan di Seminar/Festival Pantun Nusantara anjuran MASTERA di Brunei DArussalam, 27- 2 November 2012


Pantun adalah warisan bangsa yang dikagumi di seluruh dunia dan diiktiraf sebagai karya sastera yang unik dan bermutu. Sebagai sastera rakyat, ribuan pantun yang diwarisi adalah khazanah bernilai yang  tidak diketahui penciptanya.


Sunday, July 22, 2012

Tuesday, June 12, 2012




UNSUR ALAM DALAM PUISI MELAYU MODEN menghuraikan penggunaan objek2 alam spt laut, tumbuh-tumbuhan, pelbagai jenis haiwan, peredaran waktu (pertukaran malam dan siang) sebagai metafora dan perlambangan di dalam sajak. Buku terbitan Penerbit UKM 2010 diubahsuai dari tesis phd saya di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Boleh dibeli online. Anda yang berminat sila sms saya 0162598049 atau berurusan melalui inbox FB saya. Harga tanpa pos RM 35. Saya belum dapatkan kos pos yang sebenar. Nanti saya masukkan semula.