ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Saturday, March 21, 2020

Roslan Madun

Roslan Madon bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah di seluruh Nusantara. Dia ditabalkan sebagai Raja Syair. Dia ada gelaran Maestro Syair dan entah apa lagi. Walaupun beliau boleh menyanyi, berlakon, mengarah, menulis skrip tetapi saya lebih mengingatinya sebagai pendendang syair yang tiada duanya. Mulai sekitar tahun 2000, Roslan Madon semakin aktif dan bersinar-sinar dalam lapangan ini.  Persembahannya sangat dengan  iringan muzik dan sebagainya.. Saya hanya tahu satu atau dua lagu sahaja, sedangkan beliau boleh mengalunkan entah berapa versi lagu syair
Saya merasa bertuah  dapat turut serta ke Brunei pada tahun 2013. Kami ke sana atas nama Kembara Menyusur Syair.  Saya amat menghargai dan tetap mengenang hari-hari di Brunei. Rombongan kami tinggal di sebuah homestay di Kampung Ayer dan dibawa menyusur sungai yang penuh lagenda. Kami membuat persembahan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kami mengadakan perbincangan dengan Muzium Brunei terutama mengenai Syair Rakis. Kami bertemu dan menjalin hubungan yang semakin erat dengan penggiat seni dan teater Brunei termasuk Pehin Orangkaya Ibnu Abdir Rahim penulis dan penerus tradisi syair Brunei.
Tetapi yang paling membahagiakan kedatangan di atas nama Majlis Teater Pahang itu mendapat perhatian daripada istana Brunei yang mengutus salam dan cenderahati untuk rombongan.







Di Malaysia Roslan Madon tiada duanya.. Dia cukup unik. Biasanya kerja-kerja penyelidikan dilakukan oleh orang-orang akademik berbekalkan dana atau grunt penyelidikan yang lumayan.. Bukan tidak ada ahli-ahli akademik yang mengutip data syair tetapi masih disimpan dalam fail rahsia. Berbeza dengan Roslan Madon . Dia  merentas daratan, meredah lautan kadang-kadang dengan perbelanjaan sendiri  Dialah yang mencari dan kemudian dengan bakat kesenimanannya mengalunkan   irama di pentas puisi tradisi. Dia merakam dan mengabadikan di you tube untuk dikenali seluruh dunia. Dia sendiri membimbing generasi muda mewarisi bakat bersyair.




No comments:

Post a Comment