Saja nak petik bahagian
terakhir sajakku “Bendahara, Tuah dan Jebat, Aku Selalu Bertanya” (Pujangga
Tidak Bernama) tentang peluang dan mensia-siakan peluang. Umpamanya peluang
menukar pemerintah dan pemerintahan..Peluang pertama adalah bila Jebat
menderhaka. Dan ini telah dipersiakan. Bilakah peluang seterusnya? Adakah akan
sia-sia juga?
Jebat, kau
sepatutnya bertahan dengan taming sari
kerana dengan
keris itu kau tidak terkalahkan
mungkin kau telah
menang
dan berpeluang
memenangkan kebenaran.
Apa boleh buat segalanya telah terjadi
Tuah menyanjung raja lebih dari kawan
Jebat menyanjung kawan lebih dari
kebenaran.
Aku selalu
bertanya
kalau Jebat tidak
menderhaka
apakah yang akan
terjadi kepada Tuah
jika Bendahara
tidak membuka rahsia
apakah yang akan
terjadi kepada raja
jika Hang Tuah
tidak mahu pulang ke Melaka
atau si Jebat
terus betahan dengan taming sari
apakah yang akan
terjadi kepada kita hari ini?
Namun Bendahara, Tuah, dan Jebat
mereka bertiga telah melepaskan peluang
yang datang hanya sekali sahaja
dalam sejarah bangsa.
Strange "water hack" burns 2 lbs overnight
ReplyDeleteAt least 160 000 men and women are trying a simple and secret "water hack" to lose 1-2 lbs every night in their sleep.
It is very easy and it works on anybody.
Here are the easy steps for this hack:
1) Go grab a glass and fill it up half full
2) And then learn this weight loss HACK
and be 1-2 lbs skinnier the next day!