METAFORA DAN PEMBINAAN
METAFORA
Kamus
Dewan memberi erti metafora
sebagai “Pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang
lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan.”
Mengikut Owen Thomas (1969) metafora ialah “ A means of expressing one thing in
term of another” atau yang diterjemahkan oleh Rahman Shaari sebagai “pernyataan
sesuatu dengan menyebut yang lain (Rahman Shaari: 1993:1).
Perkataan Metafora
(Inggerisnya metaphore) adalah cantuman dua perkataan meta dan phore . Meta
bererti perrtukaran atau peralihan (sense of change of position or condition)
dan Phore bermaksud pembawa atau bearer Di sini maksudnya perubahan dan
peralihan yang telah berlaku kepada makna perkataan disebabkan penggunaan
sesuatu perkataan yang menjadi Pembawa peralihan tersebut.
Metafora juga didefinisikan sebagai perbandingan dua
perkara yang berlainan atau berbeza, tetapi mempunyai persamaan hanya di dalam
konteks yang dibandingkan. Sebagai contoh, pulau dan impian adalah dua perkara
yang berbeza, tetapi mempunyai persamaan di dalam konteks kedua-duanya adalah
jauh dan memerlukan usaha penyair untuk sampai ke sana. Dari kaitan ini
terciptalah metafora ‘pulau impian’
Metafora telah digunakan sejak awal sejarah kehidupan manusia. Manusia menggunakan metafora untuk memberi keterangan tentang sesuatu yang abstrak atau sesuatu konsep yang baru dan sukar untuk diterangkan. Cara yang terbaik ialah mengaitkannya dengan sesuatu perkara yang konkrit , atau fenomena yang dikenali dan mudah difahami oleh masyarakat.
Metafora telah digunakan sejak awal sejarah kehidupan manusia. Manusia menggunakan metafora untuk memberi keterangan tentang sesuatu yang abstrak atau sesuatu konsep yang baru dan sukar untuk diterangkan. Cara yang terbaik ialah mengaitkannya dengan sesuatu perkara yang konkrit , atau fenomena yang dikenali dan mudah difahami oleh masyarakat.
Metafora juga terbentuk
dengan adanya tindakan untuk membandingkan sesuatu konsep atau abstraksi dengan
sesuatu yang konkrit dan lebih dekat atau lebih dikenali oleh masyarakat. Objek
alam merupakan sumber metafora yang terpenting (Zurinah Hassan, 2001). Penyair
amat akrab dengan alam seperti laut, sungai, gunung, awan , hujan dan pelbagai
jenis tumbuh-tumbuhan. Sehubungan dengan itu, H.B. Jassin pernah menulis,
“Seniman yang halus perasaannya sangat rapat hubungannya dengan alam sekitar.
Dalam angan-angannya alam itu hidup juga dan tumbuh-tumbuhan, batu-batu dan
bunga-bungaan baginya ialah makhluk yang bernyawa (H.B.Jassin. 1968:114)
Penciptaan puisi dengan
penggunaan alam sebagai metafora ini adalah merupakan penciptaan yang
berlandaskan Al-Quran, kerana kitab suci Al-Quran juga diturunkan dengan
mengandungi perumpamaan dan misal perbandingan terutama yang dikaitkan dengan
unsur-unsur alam. Al-Quran menggunakan perlambangan atau Amsal yang diertikan
sebagai “menyerupakan sesuatu dengan sesuatu yang lain dan mendekatkan sesuatu
yang abstrak dengan sesuatu yang inderawi (konkrit)” (Ahsin W. Al-Hafidz,
2005:24). Kitab suci Al-Quran juga diturunkan dengan keindahan ayat-ayat yang
mengandungi metafora dan misal perbandingan daripada objek-objek alam. Bahkan,
Allah SWT berfirman dengan jelas tentang penggunaan unsur alam sebagai metafora
ini. Hal ini dapat dilihat melalui ayat yang bermaksud: Sesungguhnya Allah
tidak malu membuat perbandingan (metafora) apa sahaja (seperti) nyamuk hingga
ke suatu yang lebih kecil daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya)
iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa
perbandingan itu benar dari Tuhan mereka.” (Surah Al-Baqarah ayat: 26) Selain
objek alam metafora juga dibentuk dari unsur-unsur lain seperti watak cerita
rakyat dan lagenda. Terdapat banyak puisi yang membandingkan sifat setia dengan
Hang Tuah, angan-angan tinggi dengan Mat Jenin, dan pemberontakan dengan Jebat.
Di dalam sajak Dialog, karya Kassim Ahmad terdapat baris “aku akan pergi dengan
seribu Jebat si anak tani” yang membawa maksud dia akan bertindak untuk
menuntut keadilan.
Terdapat ayat-ayat yang
menjelaskan penggunaan perlambangan dan perbandingan di dalam Al-Quran.
Antaranya:
1. “Wahai manusia, telah
dibuat perumpamaan maka dengarlah olehmu perumpamaan itu (Surah Al-Hajj, ayat
73-74).2. “Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan” (Surah
ar-Ra’ad, ayat 17).
3. “Dan misal-misal
perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya
orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya” (Surah al-Ankabut ayat 43 ).
4. “Demi sesungguhnya!
Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam
Al-Quran supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran” (Surah az-Zumar,
ayat 27). Mengikut Osman Khalid, Al-Quran menggunakan pendekatan ini, iaitu
penggunaan metafora dengan tujuan mendekatkan perkara-perkara yang abstrak
(maknawi) ke alam pancaindera yang dapat dirasakan oleh orang-orang yang
menerimanya (orang-orang kafir Arab) dengan itu menjadikan mereka lebih
bersedia untuk menerima ajaran-ajaran yang terkandung dalam Al-Quran”
(1980:20)..
Muhammad Haji Salleh
(2002:135) menjelaskan bahawa perlambangan dan metafora adalah elemen penting
di dalam puisi Melayu dan menentukan nilai estetikanya:
”Kita dapat menyimpulkan
bahawa metafora, atau kias ibarat, adalah antara alatan terpenting sastera
Melayu sejak awal lagi, melalui zaman tulisan, hinggalah ke zaman mutakhir.
Oleh sebab orang Melayu lebih suka menyampaikan makna secara tidak langsung,
maka ini menjadi amat penting, malah menjadi satu ciri dasar dalam
estetikanya.”
Sumber metafora yang utama ialah alam atau objek alam
semula jadi. Alam amat penting di dalam proses kreatif seorang penyair. Penyair
sering merenung alam. Daripada renungan itu penyair menemui makna kehidupan
yang dilalui oleh manusia. Misalnya gunung yang tinggi akan mengingatkan kepada
harapan dan cita-cita yang juga tinggi. Pulau yang jauh, mengingatkan kepada
impian yang tidak mudah dicapai. Rama-rama yang terbang, mengingatkan kepada
masa remaja yang indah dan penuh keriangan. Bagi penyair Islam, setiap objek alam yang dilihat adalah tanda kebesaran
Allah. Penyair Islam menemui makna kewujudannya sebagai makhluk Allah.
Pengertian itulah yang menjadi intipati kepada puisi-puisi yang dihasilkan. Ini
bermakna sebahagian besar puisi adalah reaksi kreatif seorang penyair
setelah berinteraksi dengan alam dan menginterpretasi objek-objek alam.
Penyair sering menggunakan unsur
alam di dalam karya mereka. Unsur alam yang digunakan di dalam puisi amat
banyak dan pelbagai. Sebagai contoh ialah laut, gunung, pohon-pohon, sungai,
bintang, matahari, embun, hujan, ribut, pelbagai jenis haiwan, dan lain-lain.
Semua ini merupakan objek alam fizikal yang dapat dilihat, didengar, disentuh,
dan dirasai melalui pancaindera manusia. Alam fizikal ini merupakan satu
lapisan daripada seluruh alam yang dicipta Tuhan. Lapisan yang lain ialah alam metafizikal atau alam ghaib
yang merupakan bahagian alam yang sepenuhnya berada di dalam kelebihan ilmu
Allah.
Proses kreatif telah berlaku
melalui pertemuan penyair dengan alam, iaitu melalui proses interaksi, interpretasi, dan integrasi dengan
alam.
Interaksi bermaksud penyair berkomunikasi, bercakap,
dan bertindak balas dengan alam. Melalui proses interpretasi, penyair mentafsir
setiap objek alam sebagai membawa makna yang lebih besar, manakala berintegrasi
membawa maksud penyair menganggap alam adalah sama dan menyatu dengan dirinya.
Dari sini terbina
metafora. Hal ini dilakukan dengan mengaitkan objek-objek tersebut dengan
kehidupan mansuaia. Hal ini dilakukan dengan cara:
Memberikan anggota tubuh
badan manusia seperti mulut, lidah,tangan, rambut dan sebagainya kepada objek
alam. Contohnya :kaki gunung:’ ditangan takdir, di dada rimba, meta pena, lidah
pengarang, kaki meja,tangan takdir
Ia merangkak
Dengan lidah terjulur
Dengan dada penuh nanah
Dan menyanyi
(sajak Sungai Kelang,
Latiff Mohidin)
Memberikan sifat-sifat
yang lazimnya ada pada manusia atau animated object seperti penyayang, sabar,
pengasih,cemburu, setia kpd objek alam
Pantaiku Shamsuddin
Jaafar
Senja ini kita bertemu
Panmtaiku yang setia
Selamanya aku mengenangmu
dalam mimpi
Betapa kesetianmu tak
berubah
Dharmawijaya (peny>)
Lafu Kehidupan 1983:230)
Unsur alam melakukan
perbuatan manusia, misalnya sekelopak bunga menanti fajar pagi di dalam sajak
“Pengemis” oleh T.Alias Taib.
Dari peluhnya
Terpercik harapan
Bagai sekelopak bunga
Menanti fajar pagi.