Puisi Melayu
tradisional adalah pusaka bangsa yang sangat berharga. Di dalamnya
terkandung mutiara kata dan susunan madah yang membuktikan kebijaksanaan atau
kearifan nenek moyang kita. Puisi Melayu tradisional adalah Institusi
PENDIDIKAN dalam masyarakat Melayu
Khazanah kesusasteraan
tradisional mengandungi Pantun, Syair,
Gurindam, Seloka, Nazam, (sekadar
menyebut jenis-jenis yang lebih terkena). Setiap satu mempunyai
bentuk/struktur, isi dan fungsi masing-masing dan mempunyai pemikiran yang
tinggi dan falsafah yang berupa nasihat
dan pedoman untuk masyarakat .
PANTUN
Di antara sekian
banyak puisi warisan, boleh dikatakan Pantun adalah bentuk yang paling
popular dan hidup subur pada masa
ini. Pantun tersebar luas melalui
pelbagai media seperti lirik lagu, majlis perkahwinan, majlis rasmi dan
pelbagai acara kemasyarakatan. Sering juga diadakan pertandingan berbalas
pantun baik di peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Pantun bukan sahaja disiarkan dalam
majalah ilmiah dan budaya seperti Dewan Budaya, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa malah dalam majalah-majalah
jenaka dan komik seperti Ujang dan
Din Lawak.
Dalam puisi tradisi penggunaan unsur
alam sangat penting. Orang Melayu tidak mengkritik secara terus terang tetapi Menyamakan
sesuatu dengan alam. Kata ‘pantun’ bererti menyamakan, mengumpamakan “kami
sepantun telur itik, kasihan ayam maka menjadi’.
Misalnya
Laut.
Secara keseluruhannya laut
digunakan di dalam pantun untuk menggambarkan perjalanan hidup manusia.
Menempun hidup disamakan dengan mendayung perahu atau melayari bahtera di
lautan. Manusia akan menempuh pelbagai peristiwa, suka dan dukia, bahaga dan
sengsara umpama pelbagai perkara yang ditemui di dalam pelayaran. Cabaran dan
dugaan yang dilalui digambarkan sebagai ombak, gelombang, badai dan batu karang
yang mengganggu perjalanan. Setiap orang perlu berhati-hati di dalam hidupnya
sepertimana seorang pelaut mesti berhati-hati di tengah lautan. Kehidupan yang
hancur disamakan dengan kapal yang karam.
Laut adalah cabaran yang
mesti ditempuh oleh seorang yang telah dewasa seperti mana yang dinyatakan di
dalam pantun ini:
Rumah kecil tiang seribu
Rumah besar tiang sbatang
Kecil2 ditimang ibu
sudah besar ditimang gelombang
Pantun ini sering diselitkan
di dalam lagu2 rakyat atau nyanyian kanak-kanak. Melalui pantun ini orang2 tua
menydiakan minda anak2 untuk menempuh alam kedewasaan . ia menyedarkan bahawa
dalam hidup ini tidak boleh selamanya berharap atau bergantung kepada ibubapa
dan orang lain. Juga adalah tanggungjawab ibu menimang atau member kasih sayang
dan tunjuk ajar sesukupnya kepada si anak ketika ia masih kecil. Bila meningkat
dewasa anak mesti dilepaskan untuk pergi mencari penghidupannya sendiri. Tibalah
waktunya untuk brdikari. Keluar membina kehidupan biasanya melibatkan
perjalanan menyeberang lautan . segala susah payah akan dialami baaikan
menempuh gelombang di tengah lautan.
Angin barat
gelombang barat
Barat ditiup siangin timur
Tidak dirintang muatan sarat
Akibat laut tempat berkubur
PRIHAL
MEMBUAT PILIHAN DAN MENENTUKAN PRIORITI.Orang tua menasihati agar kita
berpada-pada di dalam segala segi. Kalau mahu selamat mestilah menjaga batas dan sempadan. Hidup adalah
umpama pelayaran maka belayarlah dengan bekalan yang mencukupi dan bawalah hanya yang diperlukan.
Orang
yang berjaya dan selamat adalah mereka yang bijak membuat pilihan.Sudah
dikatakan bahawa hidup adalah pelayaran, maka pilihlah yang terbaik dan yang
diperlukan sahaja untuk dibawa. Terlalu
banyak muatan yang tidak diperlukan akan menyebabkan perahu karam di lautan.
Orang Melayu menasihati dengan pantun:
Tuai padi antara
masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara
nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
TUMBUHAN
Bunga kembang tak jadi dan pohon tidak berbuah
Berburu
ke padang datar
Dapat
rusa berbelang kaki
Berguru
kepalang ajar
Bagi
bunga kembang tak jadi
Cahaya redup
menyegar padi
Ayam
berkokok mengirai tuah
Jika
hidup tidak berbudi
Umpama
pokok tidak berbuah.
Ilmu yang
tidak diamalkan/bagi pohon tidak berbuah.Orang Melayu menghargai ilmu.dan Budi
GURINDAM
Berisi nasihat dan pedoman hidup.
GURINDAM DUA BELAS ( CIPTAAN RAJA ALI HAJI).
Raja muafakat dengan menteri
Seperti kebun berpagar duri
Betul
hati kepada raja
Tanda
jadi sebarang kerja
Hukum
adil atas rakyat
Tanda
raja beroleh inayat
Kasihkan
orang yang berilmu
Tanda
rahmat atas dirimu
Hormat
akan orang pandai
Tanda
mengenal kasa dan cindai
- pemikiran dan falsafah
Terdapat pemikiran dan falsafah pengarang tentang kepimpinan dan
kenegaraan yang dipadatkan di dalam dua baris ini. Pada pemikiran pengarang,
keteguhan dan kedaulatan sebuah negeri bergantung pada pemimpin yang adil dan
juga rakyat yang setia.
- Keindahan bahasa
(penggunaan simile, metafora,perlambangan)
Bahasa diperindah dengan penggunaan simile “bagaikan kebun dipagar duri”. Kebun melambangkan kesuburan dan
kemakmuran, sumber makanan dan rezeki rakyat. Kebun yang berpagar duri berada
di dalam keadaan terpelihara dan tidak mudah diganggu oleh musuh. Pagar berduri
merujuk kepada ketahanan dan keselamatan negara tersebut akibat dari raja yang
bermuafakat dengan menteri. Dalam ungkapan ‘mengenal kasa dan cindai” terdapat
penggunaan metafora atau perlambangan. Kasa dan cindai tidak sama dari
mutunya.Kasa adalah kain yang kasar sedangkan cindai adalah halus dan indah
buatannya.Keduanya digunakan sebagai lambang atau ukuran kepada taraf dan nilai
di dalam kehidupan.
- Pemikiran yang tinggi
Terdapat pemikiran tinggi tentang nilai ilmu. Ungkapan “Mengenal
kasa dan cindai” merujuk kepada kebijaksanaan atau daya intelek. Syarat
untuk menjadi bijak itu mestilah dahulu hormat akan orang yang pandai.
Pemimpin dan rakyat mesti menuntut ilmu dan menghargai orang-orang yang
berilmu. Ini juga bermaksud raja mesti meminta nasihat daripada orang yang
pandai di dalam menjalankan urusan negeri dan di dalam menyelesaikan segala
masalah yang timbul.
SELOKA
Seperti kebanyakan
puisi tradisional yang lain, ciri-ciri seloka boleh dikenali melalui isinya dan
tujuan ia dikarang. Seperti yang diketahui umum, gurindam digubah untuk
menyampaikan nasihat dan panduan, Nazam digunakan untuk menyampaikan kisah dan
puji-pujian terhadap Allah dan Nabi Muhammad s.a.w., teromba merupakan puisi
yang menyampaikan perbilangan adat dan peraturan bermasyarakat, manakala
mantera adalah jampi serapah yang bertujuan mengubat pesakit. Seloka pula
dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan
yang berlaku di dalam masyarakat. Kritikan dan sindiran ini amat tajam dan
disampaikan secara berlapik dan berkias dalam nada bergurau.
Melalui seloka akan
terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara
berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan di dalam seloka
adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Seperti kebanyakan
karya di dalam khazanah Melayu tradisi, kita tidak mengetahui siapakah
pengarang sebenar sesebuah seloka. Namun dari seloka yang kita warisi, terbukti
bahawa pengarang seloka adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya terhadap
alam dan masyarakat di sekeliling. Mereka peka terhadap segala yang berlaku dan
menjalankan tanggungjawab bagi menyampaikan teguran dan kritikan. Pengarang
seloka menggunakan perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora,
simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam. Imej-imej alam ini perlu
ditafsir untuk mengetahui maksud sebenar seloka.
Warisan Melayu telah
meninggalkan sejumlah seloka untuk dihayati. Untuk mengenal seloka dengan lebih
dekat kita akan menganalisis tiga buah seloka yang paling terkenal di dalam
masyarakat Melayu iaitu:
1. Seloka Pak Kaduk,
2. Seloka Pandai Pak Pandir
3. Seloka Mak Si Randang
Ketiga-tiga seloka
di atas adalah berdasarkan cerita rakyat atau cerita jenaka yang terkenal di
dalam sastera Melayu. Pak Kaduk dan Pak Pandir merupakan watak-watak yang
ditimpa malang. Nasib malang itu adalah akibat daripada kebodohan mereka
sendiri. Mereka telah melakukan perbuatan-perbuatan yang merugikan diri
sendiri. Seloka Mak Si Randang adalah berdasarkan cerita rakyat masyarakat
Minangkabau yang mengisahkan seorang ibu yang terlalu pemurah dan sanggup
memberikan segala yang ada kepada orang lain.
Seloka Pak Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Seloka ini boleh
dikatakan rumusan kepada cerita jenaka Pak Kaduk.. Daripada seloka ini
tergambar kehidupan masyarakat Melayu tradisional yang bergantung sepenuhnya
kepada alam. Di sini kita menemui watak Pak Kaduk yang sentiasa dirundung
malang. Mengikut seloka ini, nasib yang tidak beruntung ini ialah kerana dia
tidak pandai mengatur hidupnya mengikut peraturan alam. Pada pandangan orang
Melayu keberuntungan dan kebahagian adalah apabila seseorang dapat hidup secara
harmoni dengan alam. Melakukan sesuatu yang bercanggah atau berlawanan dengan
alam akan mengundang pelbagai masalah.
Pada masa dahulu,
sungai adalah jalan perhubungan. Manusia menggunakan sungai sebagai laluan
untuk ke sana ke mari. Seloka ini menggambarkan perjalanan pak kaduk ketika
hendak ke hulu dan ke hilir. Pak Kaduk telah mudik atau mendayung perahu ke
arah hulu ketika air surut. Perbuatan ini adalah tindakan yang tidak bijak dan
bercanggah dengan kejadian alam. Sepatutnya Pak Kaduk mudik ketika air pasang kerana
air yang sedang pasang akan membantu menolak perahunya dan mempercepatkan
perjalanannya. Sebaliknya ketika hendak ke hilir Pak Kaduk telah memilih ketika
air pasang sedangkan perjalanan dari hulu ke hilir lebih mudah dilakukan ketika
air surut kerana air sungai yang mengalir ke muara akan membantu menarik perahu
ke arah hilir. Maka pengarang seloka ini mengejek kelakuan Pak Kaduk yang Mudik menongkah surut /Hilir menongkah
pasang .
Seloka ini juga
mengecam Pak Kaduk yang telah membunuh isterinya sedangkan isterinya telah
memberi sokongan kepadanya selama ini. Di dalam hidupnya manusia memerlukan
hubungan dengan alam dan hubungan dengan manusia lain. Alam persekitaran dan
kampung halaman. Hubungan dengan manusia lain diperlihatkan dengn hubungan
isteri. Citra keluarga memberi penekanan kepada faktor sentiman keluarga, kasih
sayang dan hubungan kekeluargaan sebagai contoh citra keMelayuan. Kerana dosa
dan kesalahannya Pak Kaduk menerima balasan. Dia nyaris mati oleh tak makan. Kita juga mendapat gambaran tentang apa
yang berlaku pada Pak Kaduk. Angin
telah mati ketika dia hendak belayar, (Masa
belayar kematian angin.Sauh dilabuh bayu berpuput). Hal ini memperlihatkan
alam juga seolah-olah tidak mahu bekerjasama dengan Pak Kaduk setelah dia
melakukan dosa membunuh isterinya itu.
Selain Pak Kaduk,
watak Pak Pandir juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu. Kebodohan Pak
Pandir diungkapkan melalui seloka ”Pandai Pak Pandir”
Pandai Pak Pandir
Anak dipijak,dagang dijinjing
Kucing dibunuh, tikus dibela
Harta habis, badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh di langit
Air tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung
Apa didengar gelagat dagang
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga
Orang berbuah dia haram
Kilat memancar hujang tak lalu
Awak juga berkecundangan
Seloka di atas adalah perihal
kelakuan Pak Pandir yang salah pertimbangan dan sering membuat kerja-kerja yang
tidak sepatutnya dilakukan. Pak Pandir berbuat baik tidak pada tempatnya. Dia
berbuat baik dengan menjinjing dagang tetapi
berlaku kejam dengan perlakuannya “memijak” anak sendiri. Dia telah membunuh kucing iaitu
sejenis binatang yang dikaitkan dengan kemanjaan tetapi telah membela tikus
iaitu sejenis haiwan yang boleh merosakakan kesihatan dan harta benda. Kerana
kebodohan dan kebaikannya yang melampau itu, Pak Pandir mudah ditipu. Dia mudah
percaya kepada orang asing (Mendengar
gelagak dagang,Tak sedar bertelanjang) Akibatnya, harta habis,badan
tergadai. Pak Pandir juga sering mengambil risiko tanpa berfikir
panjang. Hal ini digambarkan melalui peribahasa Mendengar guruh di langit,Air tempayan dicurahkan. Ternyata dagang yang dijinjingnya adalah penipu
yang licik yang berpura-pura baik Hal ini dijelaskan melalui ungkapan mulut kena suap pisang,Buntut kena cangkuk
onak,dan gunting makan di hujung Pak
Pandir juga yang menanggung Apa didengar gelagat dagang Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berunga Orang berbuah dia haram Kilat memancar hujang tak
lalu
Awak juga
berkecundangan
Sebahagian besar
dari maksud Seloka Pandai Pak Pandir disampaikan melalui peribahasa. Oleh itu
ia menunjukkan dengan jelas hubungan yang rapat antara seloka dan peribahasa.
Di sini terdapat sekurang-kurangnya empat ungkapan yang merupakan peribahasa
yang terkenal.
- Mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan,
- Mulut kena suap pisang,buntut kena cangkuk onak,
- Gunting makan di hujung
- Gelagak rambutan jantan, orang berbunga dia bebunga. orang
berbuah dia haram
Mak Si Randang
Baik budi emak si Randang
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuh
Anak pulang kelaparan
Anak dipangku diletakkan
Kera di hutan disusui
Dagang pergi awak terhutang
Beras habis padi tak jadi
Awak juga kecundangan
Menceritakan
tentang emak si Randang yang berbudi kepada orang lain hingga sanggup berbuat
apa sahaja walaupun perbuatan itu merugikan dan merosakkan diri dan keluarga
sendiri. Emak si Randang terlau ekstrim di dalam menjamin kesejahteraan orang
dagang. Perbuatan melampau ini adalah bertentangan dengan pepatah Melayu yang
berbunyi ”Buat baik berpada-pada”. Agama Islam juga menyarankan kita
bersederhana di dalam segala perkara. Emak si Randang telah menanak nasi untuk
menjamu si dagang . Kebodohannya dilihat apabila dia sanggup meruntuhkan rumah untuk mendapatkan
kayu bagi menyalakan api. Nasibnya sangat malang kerana dagang yang dijamu itu
ternyata bersikap pelahap yang menghabiskan semua makanan tanpa meninggalkan sedikitpun
baki. Ini dibuktikan apabila anak atau si Randang pulang tidak ada apa yang
boleh dimakan, Nasi yang dimasak habis dimakan oleh si dagang. Perbuatan mak si
randang itu umpama menyusukan anak kera dan membiarkan anak sendiri kehausan/
Hal ini digambarkan di dalam ungkapan, Anak
dipangku diletakkan Kera di hutan disusui . Mak si Randang juga menanggung
hutang kerana membeli makanan. Nasib
semakin malang kerana padi tidak menjadi pada musim itu sedangkan beras telah
habis ditanak untuk menjamu dagang yang lalu. Setelah kenyang, si dagang telah
pergi tanpa meninggalkan apa-apa hadiah sebagai saguhati. Hal ini menunjukkan
perangai si dagang yang tidak mengenang budi. Hal ini juga menyalahi ajaran Islam yang
mengatakan dengan jelas bahawa seorang ibu dan bapa adalah wajib memberi makan
atau nafkah kepada anak dan tanggungannya . Islam juga mengajar bahawa sedekah
kepada ahli keluarga adalah lebih tinggi pahalanya dari sedekah yang diberikan
kepada orang yang bukan dari kalangan kaum kerabat.
PTiga buah seloka di
atas telah digunakan untuk mengkritik golongan yang tidak membuat atau
menjalankan urusan dengan betul. Apa yang amat menarik ialah ungkapan-ungkapan
yang berupa sindiran dan kiasan itu tidak hanya tepat untuk mengkritik
masyarakat zaman dahulu. Lebih penting ianya terus relevan dengan situasi
semasa. Pada masa ini masih ada golongan atasan yang terlalu menjaga
kepentingan ’orang dagang’ hingga melupai atau mengabaikan kebajikan rakyat
asal. Pada masa ini terdapat ramai orang yang menanggung kerugian kerana
mengharapkan keuntungan yang belum tentu. Isi seloka ini perlu difahami dan
dijadikan pengajaran dan iktibar kepada setiap golongan masyarakat