Zurinah Hassan merupakan salah seorang penyair Malaysia. Zurinah Hassan pada mulanya mengarang puisi secara sembilan, sebelum memutuskan bagi meletak jawatan untuk memenuhi keinginan berkarya sepenuh masa yang selama ini terganggu akibat beban kerja.
Zurinah Hassan berkarya dan menghayati keindahan alam dalam bentuk tulisan sejak berusia 12 tahun lagi. Zurinah turut cuba mengetengahkan persoalan sejagat dalam tulisannya termasuk puisi mengenai gejala melepak di kalangan remaja pada tahun 1990-an. Selain dari puisi-puisinya yang sangat diingati dalam kumpulanDi sini Tiada Perhentian dan Sesayup Jalan, puisi-puisi lain ialah Keputusan, Sesekali Aku Menjauhkan Diri Dari Puisi, Tanjung Dawai, Sungai Tiang, Dari Gunung Jerai ke Pekan Rabu, Kuala Lumpur, Pantai Remis dan Bas Stand Kelang. Sementara buku bukan puisi yang dihasilkan ialah Sastrawan Negara Usman Awang ( 2006 ),Memoir Zurinah Hassan ( 2003 ) Selain Di Sini Tiada Perhentian dan Sesayup Jalan, kumpulan puisinya yang lain ialah Keberangkatan ( 1985 ) Meneruskan Perjalanan ( 1987 ) Oh Bulan, Oh Bintang ( 1992 ) Pujangga Tak Bernama ( 1994 ) Menjelang Pemilihan ( 2004 ) dan Salasilah ( 2005 ) Karaya beliau telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa antaranya,
- Hidup dari jendela kereta api; Perkahwinan – Kata seorang perembuan. Diterjemahkan oleh Marina Eliseeva, Victor Pogadaev, Maria Boldireva. - dlm: Sumur di Ladang. Puisi Melayu Tradisional dan Moden. Penyunting B.B. Parnickel. Moscow: Persatuan Nusantara, 1996, hlm. 102-103.
- Kota Melaka; Mencari Ruang; Kuala Lumpur; Menghadap ke pelabuhan. Diterjemahkan oleh Andrei Orlov. – dlm. Majalah Sastera Pereplet Rusia, 30 Mac 2004.
- Catatan untuk Suami; Apabila kata-kata menjadi sebuah dosa. - dlm: Bertahta Di Atasnya. Puisi Penyair Malaysia dan Indonesia Dalam Terjemahan Victor Pogadaev. Moscow: Klyuch-C, 2009, hlm. 82-83.
- Catatan untuk Suami; Apabila kata-kata menjadi sebuah dosa. Diterjamahkan oleh Victor Pogadaev. – dlm: Puisi Perempuan. Laman web Natalia Laidinen.
Membaca puisi Masihkah Kau Bermain Seruling, dapat kita lihat bagaimana penyair melontarkan emosinya.
Masihkah kau bermain seruling
walau waktu telah terlewat untuk kita bercinta
aku semakin terasa bersalah
melayani godaan irama
lagu yang tersimpan pada lorong halus buluh
dikeluarkan oleh nafas seniman
diukir oleh bibir
diatur oleh jari
dilayangkan oleh alun angin
menolak ke dasar rasa.
Masihkah kau bermain seruling
ketika kampung semakin sunyi
sawah telah uzur
waktu jadi terlalu mahal
untuk memerhatikan hujan turun
merenung jalur senja
mengutip manik embun
menghidu harum bunga.
Masihkah kau bermain seruling
ketika aku terasa mata bersalah
untuk melayani rasa rindu padamu
di kota yang semakin kusut dan tenat
adik-adikku menganggur dan sakit jiwa
bangsaku dipecahkan oleh politik
saudara diserang bom-bom ganas
dunia sudah terlalu tua dan parah.
Di sinilah berakhirnya percintaan kita
kerana zaman sedang menuntut para seniman
hidup di luar dirinya.
****
Puisi-puisi Zurinah lebih tampak berjiwa sekiranya ia lahir dari jiwanya. Berbanding dengan puisi-puisi yang lahir dari fikirannya. Pada peringkat awal dalam dua kumpulan Di Sini Tiada Perhentian dan Sesayup Jalan, Zurinah melahirkan puisi dari detak jiwanya. Kemudian, apabila usianya semakin dewasa, Zurinah beralih kepada persekitaran terutamanya sejarah dan filsafat. Namun bagi saya, ia bukanlah suara Zurinah yang sebenar.
Dalam Masihkah Kau Meniup Seruling, dapat dibaca bahawa suara si isteri yang masih melanglang buana terhadap masih berkasihnya dulu. Namun sebagai seniman, Zurinah bukan setakat melayan perasaannya sendiri tetapi juga persekitarannya. Bait ini menjelaskan; masihkah kau bermain seruling/ ketika aku merasa mata bersalah/ untuk melayani rasa rindu padamu/ di kota yang semakin kusut dan tenat/ adik-adikku menganggur dan sakit jiwa/ bangsaku dipecahkan oleh politik/ saudaraku diserang bom-bom ganas/ dunia sudah terlalu tua dan parah... di sinilah berakhirnya percintaan kita/ kerana zaman sedang menuntut seniman/ hidup di luar dirinya.
Zurinah lebih berjaya memasukkan fisafatnya dalam pengucapan romantis dalam dirinya. Memang pada dasarnya Zurinah telah tumbuh sebagai seorang pemprotes.
No comments:
Post a Comment