Sunday, May 20, 2018
Thursday, May 10, 2018
PENGGUNAAN BAHASA/ GAYA BAHASA
DALAM PANTUN.
Metafora
Pantun menggunakan Metafora,
Simile, Personifikasi dan Hiperbola,
Metafora berlaku apabila perkataan-perkataan yang digunakan mempunyai makna
yang menyimpang dari maknanya yang asal atau makna yang literal. Bererti telah terdapat pemindahan atau penyimpangan makna
di dalam kata-kata. Ia tidak lagi dapat dirujuk secara literal .
Contoh:
Buah langsat kuning mencelah,
Keduduk tidak berbunga lagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
CONTOH SIMILE
Berburu ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagi bunga kembang tak jadi
Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jika hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.
hiperbola Pantun juga menggunakan hiperbola bagi
menyatakan perasaan secara berlebih-lebihan.
Contoh Hiperbola
Buah jering di atas para
Diambil budak sambil berlari
Keringlah
laut Selat Melaka
Barulah dinda mungkirkan janji
“Keringlah laut Selat Melaka” adalah
hiperbola kerana tidak mungkin laut akan kering airnya.
PERSONIFIKASI
bacang
masak mempelam manis
makanan anak bidadari
bintang
teresak, bulan menangis
hendak bertemu si matahari.
Di dalam
pantun di atas bintang dan bulan diberikan perlakuan manusia iaitu teresak dan
menangis
Pengulangan /Anafora untuk Penegasan dan Keindahan
PANTUN MELAYU banyak menggunakan unsur pengulangan untuk tujuan keindahan
dan penegasan. Pengulangan di awal baris dikenali sebagai anafora . Contoh:yang kurik kundi
yang merah saga
yang baik budi
yang indah bahasa.
Kalau tinggi tinggi selasih
kalau tinggi berdaun jangan
kalau pergi pergilah kasih
kalau pergi bertahun jangan
kalau subang sama subang
kalau sanggul sama sanggul
kalau hilang sama hilang
kalau timbul sama timbul
Wednesday, April 25, 2018
PRU DI NEGARA PAK PANDIR.
Pak Pandir tersenyum lebar kerana dirinya
sudah sah diumumkan sebagai calon PR. Semakin dekat PRU Mak Andih semakin risau melihat keadaan Pak Pandir yang tidak
tidur siang malam asyik berkempen.
Mak Andik cuba memberi nasihat “Berpada-padalah
bekempen. Jangan sampai tidak berehat, takut jatuh sakit”.
Pak Pandir melenting “Bukankah saya sudah
dimumkan sebagai calon. Mestilah bekerja kuat. Awak pun mesti membantu. Kalau
menang, beruntung kita”
“Untung?
Untung apa? Kalau semua calon parti awak
menang pun tak kan boleh membentuk kerajaan, bilangan tak cukup. Dah berpecah
belah pula, ada yang keluar menubuh parti baru”
“ Ahh itu jangan risau. Kami memang tak
berharap untuk menubuh kerajaan, tapi kita lawan. Menang beberapa kerusi pun
tak apa. Nanti kami menjadi sangat berharga.
“Berharga macam mana?”
Maka dijawab Pak Pandir “Awak tak pandai
politik. Sekarang ada dua parti terbesar
yang berharap untuk memerintah negara. A dan B Dijangka pertandingan sengit. Keduanya akan dapat
banyak undi, kalau kalah pun tak berapa banyak. Haa masa tu lah kita tunggu, tentu ada yang
akan datang, memujuk dan sanggup membeli kita untuk menyertai mereka. Mereka akan sanggup memberi puluhan juta kepada kami yang sekarang ini mereka caci dan maki".
Mak Andih geleng kepala. Sebenarnya hal
beli membeli YB ni Mak Andih sudah lama dengar.
Saturday, April 21, 2018
BAGAIMANA SAYA BOLEH MENJADI AHLI GAPENA.
Soalan ini pernah
ditanya kepada saya oleh beberapa orang khasnya mereka yang baru
berjinak-jinak dalam bidang penulisan.
Pada masa yang sama masih ramai yang keliru bila menyebut PENA dan GAPENA. Bila ada jemputan ke rumah Gapena atau Rumah
Pena, ramai juga yang kurang pasti yang mana satukah . Adakah rumah di Jalan Bellfield atau Jalan
Lapangan Terbang Lama.
Saya beri sedikit keterangan di sini.
1
Anda tidak boleh menjadi ahli Gapena. Tetapi
anda mesti menjadi ahli persatuan penulis yang bergabung dengan gapena. Kalau
anda ahli Pena secara automatic anda adalah ahli Gapena.
PENA (singkatan kepada Persatuan Penulis Nasional Malaysia)
ditubuhkan pada 12 Januari 1961 di Universiti Malaya. Pada masa ini PENA telah mendapat rumah untuk menjalankan
aktiviti dan pentadbirannya. Antara kegiatan PENA yang terkenal ialah Malam Baca Puisi yang biasanya diadakan pada Hari
Jumaat setiap awal bulan. Acara ini sangat digemari. Ramai yang datang untuk
bertemu mesra sambil membuat persembahan di pentas.
Selain PENA, banyak lagi Persatuan Penulis yang ditubuhkan
di seluruh negara khasnya sejak 1950 Persatuan persatuan ini pada
keseluruhannya bertujuan memperjuangkan maruah bangsa, sastera dan budaya
bangsa. Namun begitu, persatuan2 ini bergerk sendiri tanpa penyelarasan. Oleh
yang demikian PENA telah mengatur satu pertemuan di Dewan Bahasa dan Pustaka
pada 20 September yang dihardiri oleh 13 buah badan penulis dari seluruh
Malaysia. Hasilnya tertubuhlah GABUNGAN PENULIS NASIONAL MALAYSIA (singkatnya
GAPENA). GAPENA yang lahir secara rasmi
pada 23 Oktober 1970, pada asalnya dianggotai oleh 13 buah badan penulis dari
seluruh negara,
Tujuan utama penubuhan GAPENA ialah menyatupadukan penulis-penulis tanahair yang
menulis dalam Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, memperjuangkan hak-hak dan
kepentingan penulis, memberi sumbangan material
dan moral secara positif serta menyatukan rakyat Malaysia di bawah satu bahasa.
Jadi, anda boleh menjadi ahli GAPENA dengan mendaftar sebagai ahli persatuan-persatuan Penulis seperti di bawah
1.
Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)
2.
Badan bahasa sabah (BAHASA)
3.
Dewan Persuratan Melayu Pahang ( DPMP)
4.
Ikatan Persuratan Melayu, Melaka
5.
Lembaga Bahasa Melayu, Melaka
6.
Lembaga Pembangunan Sastera Perak (LEPAS)
7.
Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar
8.
Persatuan Kebajikan Penulis Selangor- KEMUDI
9.
Persatuan Penulis Johor ( PPJ)
1. Persatuan
Penulis Kelantan (PPK)
1.
Persatuan Penulis Kuala Lumpur- Kalam
1
Persatuan Penulis Melaka (PENAMA)
1.
Persatuan Penulis Nasional ( PENA)
1.
Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2pnp)
1.
Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
1.
Persatan Penulis Dan PeminaT Sastera Perak (PENTAS)
1.
Persatuan Penulis Perlis
1.
Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA)
1.
Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
2.
Persatuan Ddterawan Terengganu (PELITA)
2.
Persatuan Seniman Dan Penulis Kelantan ( PUSPA)
2.
Persatuan Karyawan Sarawak (PEKASA).
Thursday, April 19, 2018
Pada waktu meleset ini elok juga membuat bahan kecantikan sendiri. Siapa suka boleh ikut cara saya. Rendam beras bersama air kunyit dan sedikit serbuk kayu manis (jgn bnyk takut pedih kalau kulit tak tahan). RENDAM 2 hari dlm peti sejuk. Blender dgn daun pegaga dan daun pandan. Buat bulat2 dan jemur. Kalau rajin buat sama bulat. Saya tak rajin kikiki. Nak pakai campur air. kULIT MUKA ANDA AKAN JADI LEBIH PUTIH, BERSIH, LICIN. Anda dapati lebih mudah untuk menyapu bedak. Bedah akan mudah melekat dan tahan lebih lama di muka anda. Bagus untuk yang suka berselfie Selamat mencuba.




