ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Wednesday, April 25, 2018

CERITA PILIHAN RAYA


 PRU DI NEGARA PAK PANDIR.


Pak Pandir tersenyum lebar kerana dirinya sudah sah diumumkan sebagai calon PR. Semakin dekat PRU  Mak Andih  semakin risau melihat keadaan Pak Pandir yang tidak tidur siang malam asyik berkempen.  
Mak Andik cuba memberi nasihat “Berpada-padalah bekempen.  Jangan sampai tidak berehat,  takut jatuh sakit”.
Pak Pandir melenting “Bukankah saya sudah dimumkan sebagai calon. Mestilah bekerja kuat. Awak pun mesti membantu. Kalau menang, beruntung kita”
 “Untung? Untung apa? Kalau  semua calon parti awak menang pun tak kan boleh membentuk kerajaan, bilangan tak cukup. Dah berpecah belah pula, ada yang keluar menubuh parti baru”
“ Ahh itu jangan risau. Kami memang tak berharap untuk menubuh kerajaan, tapi kita lawan. Menang beberapa kerusi pun tak apa. Nanti kami menjadi sangat berharga.
“Berharga macam mana?”
Maka dijawab Pak Pandir “Awak tak pandai politik. Sekarang ada  dua parti terbesar yang berharap untuk memerintah negara. A dan B  Dijangka pertandingan sengit. Keduanya akan dapat banyak undi, kalau kalah pun tak berapa banyak.  Haa masa tu lah kita tunggu, tentu ada yang akan datang, memujuk dan sanggup membeli kita untuk menyertai mereka. Mereka akan sanggup memberi puluhan juta kepada kami yang sekarang ini mereka caci dan maki".

Mak Andih geleng kepala. Sebenarnya hal beli membeli YB ni Mak Andih sudah lama dengar.
  

No comments:

Post a Comment