Pada 17 Mac 2022 saya telah dijemput menjadi panel
Forum yang bertajuk DASAR KEBUDAYAAN
NEGARA (DAKEN) DARI PERPEKSTIF SASTERAWAN NEGARA bersama Dr. Tan Awang Besar
Setiausaha Bahagian Kebudayaan MOTAC dan Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar
Ridhwan.
Berikut ialah beberapa soalan yang
diajukan dan jawapan yang telah diberikan.
APAKAH YANG SEPATUTNYA YANG
MENJADI HARAPAN KEPADA RAKYAT PELBAGAI KAUM TERHADAP DAKEN? YANG DIPERKENALKAN
OLEH KERAJAAN
DAKEN 2021 dari satu segi menyambung DASAR
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN yang berlangsung pada 1971. Keduanya adalah manifestasi suatu usaha yang
berterusan untuk membina bangsa Malaysia.
Negara Malaysia telah terbentuk dalam tahun
1969. Waktu itu telah terbina NEGARA MALAYSIA tetapi bagaimana dengan BANGSA MALAYSIA?
Kongres Kebudayaan 1971, diadakan untuk mencari ciri-ciri yang boleh diterima dalam
usaha pembentukan bangsa Malaysia.Kongres
Kebudayaan diadakan untuk membentuk DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK).
Dalam Kongres tersebut pelbagai aspek telah
dibahaskan Semua itu nampaknya belum selesai lalu dilanjutkan dalam
perbincangan hingga ke hari ini,
Tajuk hari ini DAKEN Daripada Perperspektif Sasterawan
Negara.Tidak Dapat Lari dari memberi perhatian
kepada Dasar Kesusasteraan Kebangsaan. Seperti
yang telah dipersetujui ialah sastera yang menggunakan Bahasa Melayu dan
mencerminkan kehidupan tempatan.
DKK turut membincang Pendidikan seni untuk para
aktivis dan seniman kita. Antara yang terhasil oleh Kongres Kebudayaan
Kebangsaan ialah ASWARA dan Panggung Negara yang kemudiannya dirasmikan sebagai
Istana Budaya. DKK berlandaskan prinsip2
-
Prinsip2 DKK yang kebanyakan kita dah hafal.
-
berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal
rantau ini
-
Unsur kebudayaan lain yang sesuai boleh diberi
pertimbangan selagi tidak bercanggah dengan rukun negara dan perlembagaan
negara.
-
Islam menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan.
DKK dan DAKEN dikemukakan dengan harapan rakyat
melihatnya sebagai ikatan mengharmonikan masyarakat majmuk di Malaysia Prinsip2nya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan
dan Rukun Negara. menyeragamkan
kefahaman semua rakyat pelbagai kaum di negara ini bagi memelihara kemakmuran,
keamanan dan kesejahteraan dengan jiwa patriotik.
Malah kita berharap ia dapat menjadi ideologi negara.
Jadi, matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan
(DKK) yang dilancarkan pada tahun 1971. besar dalam sejarah bangsa Malaysia.
Kita harap rakyat semua kaum melihat kpd DKK
sebagai usaha penyatuan. Kerana tanpa perpaduan negara di dalam bahaya.
Kita harap rakyat menerima Cabaran. Dua perkara
dua faktor penolakan ialah salahfaham tentang ISLAM,, BAHASA MELAYU. Berlakunya salah
tanggapan konsep di kalangan orang awam
terutama golongan yang menolak prinsip2 Dasar Kebudayaan Kebangsaan.
Cabaraan yang masih berterusan di peringkat
perlaksanaannya ialah kerana adanya salah tanggapan tentang konsep. . Pertama
penggunaan istilah Islam dilihat sebagai yang dianggap membawa makna menolak
agama2 lain.Ia lebih kepada usaha bagi menghilangkan tanggapa ini. Budaya etnik
lain boleh digunakan selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan Rukun
negara.
BAGAIMANA YANG DIKATAKAN BANGSA MALAYSIA?. 20 tahun selepas
Dasar Kebudayaan 1971. Hal ini masih dibahaskan , Tun Mahathir membentang
gagasan Malaysia melangkah ke hadapan yang dikenali sebagai WAWASAN 2020. . 28
februari 1991
Jauh perjalanan kita mencari identity
Sejauh mana harapan kita menjadi realiti, atau
harapa tinggal harapan.
APAKAH YANG SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH SEMUA PIHAK (KERAJAAN
/ORANG AWAM//ORANG POLITIK DALAM USAHA MEMASTIKAN DKK INI DAPAT DIHAYATI DAN
DIPATUHI.
Di dalam usaha menjayakan
apa-apa dasar pun yang bertujuan membina negara dan demi kepentingan rakyat, yang
paling utama ialah KESUNGGUHAN DAN KEJUJURAN. jangan pula melaksanakan sesuatu
semata-mata untuk retorik politik.
Sebagai asas, Dasar Kebudayaan
tidak akan ke mana tanpa usaha2 yang menyeluruh untuk memperbaiki hidup rakyat.
Rakyat tidak dapat berfikir tentang pembinaan bangsa Malaysia, apalah gunanya
jika setiap petang, senja dan malam
harus mengharung sesak lalulintas untuk sampai ke rumah. Malah kadang2 kereta
dihanyut oleh banjir dan banyak lagi aspek ekonomi yang mesti diperbaiki kerana
itu akan mempengaruhi pemikiran rakyat.
APAKAH PERANAN RAKYAT DALAM
DAKEN?:
Rakyat harus dididik pemikiran
mereka untuk mencintai negara. Harus sedar inilah negara mereka yang akan
diwariskan kepada anak cucu. Nasib keturunan akan datang bergantung kepada kita
hari ini. Jangan sampai mewariskan negara yang telah hancur lebur.
BAGAIMANA PERANAN PIHAK
PENGGUBAL DASAR?,
Diharap pihak penggubal dasar
tidak membuat sesuatu dasar hanya kerana mencari populariti dan pengukuhan diri
sendiri . Para pegawai dan implementor diminta turun ke padang menerangkan
dasar kerajaan. Ini kerja saya dulu semasa menjadi Pegawai Penerangan Malaysia.
Sedangkan arahan dari atas banyak simpang siur dan putar belit. Maksud saya arahan sering berubah ikut sesuka
hati siapa yang memegang kuasa.
Yang penting mesti konsisten
dengan arahan dan matlamat . Jangan pula selepas tokoh yang mengemukakan dasar
kebudayaan kebangsaan atau apa2 dasar penting telah berlalu maka dasarnya dilupakan
lalu digantikan dengan dasar baru,
berlainan malah mungkin bercanggah, Hal spt ini memang lazim di negara kita. Seorang
nakhoda menentukan arah. Datang nakhoda lain, berubah pula haluannya. Lalu banyaklah
Dasar seperti DKK, Wawasan 2020. Islam
Hadiri, One Malaysia,
APAKAH PERANAN KEGIATAN SENI (SEPERTI
FILEM )?
Seni harus diberi perhatian kerana
melalui seni banyak peluang dalam mencapai pertemuan budaya serta penyatuan
jiwa termasuk seni berpakaian,
Seni , seperti Filem dan Muzik
memainkan peranan yang sangat penting dalam integrasi nasional. Kita menyaksikan
kumpulan-kumpulan seperti Alleycat menyanyi lagu-lagu Melayu dan disambut baik
oleh semua ras dan golongan masyarakat. . Penyanyi seperti Andre Goh bukan setakat menyanyi
lagu Melayu malah Lagu MELAYU ASLI. Begitu
juga DJ Dave dan beberapa nama lagi.
Saya menarik perhatian kepada novel Ah Fook yang ditulis oleh Juan Chian Lai
dari Sarawak. Juan Chian Lai juga contoh penulis bukan keturunan Melayu.
Novel ini adalah pemenang
hadiah pertama Sayembara Penulisan ITBM, PENA, BERITA HARIAN. Ia mengisahkan
seorang yang datang dari negeri China untuk membina kehidupan di Sarawak. Dia
melarang anak-anaknya daripada meniru budaya tempatan. Dia
mengagung-agungkan bangsanya dan tidak mahu keluarganya terlalu baik dengan
masyarakat lain. Namun begitu dengan cara yang menarik pengarang menceritakan
bagaimana hatinya mula berubah dan mula lembut bila mendengar lagu-lagu P. Ramlee.
DI ANTARA BUDAYA RAKYAT RANTAU
INI KHUSUSNYA BUDAYA ORANG MELAYU DAN BUDAYA ASAL SESUATU KAUM. DI MANAKAH
TITIK TEMU BERIKAN CONTOH. YANG BOLEH DISESUAIKAN UNTUK MENJADI ASAS
PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MALAYSIA YANG SIFATNYA BOLEH DITERIMA OLEH
SEMUA PIHAK..
Pertembungan budaya bukan
perkara baharu. Dalam buku Sejarah di sekolah kita belajar bahawa tanah leluhur
Nusantara ini adalah tempat pertemuan pelbagai budaya. Terutama semasa Selat
Melaka menjadi laluan utama pedagang-pedagang yang berulang alik dari India dan
China. Ketika itu tanah pinggiran Selat Melaka terutamanya, menjadi tempat menjadi persinggahan dan perteduhan untuk menunggu
masa untuk penyambung pelayaran. Ada yang singgah dan berkahwin dengan rakyat
tempatan, mereka bukan hanya membawa barang-barang dagangan tetapi membawa
hasil seni dan sastera.
Orang Melayu telah
menghasilkan pantun-pantun yang tinggi mutu dan pemikiran. Hasil daripada
pertembungan ini kita menerima syair, nazam dari Timur Tengah, Seloka, gurindam
dari India . Pujangga-pujangga kita mula mengadaptasi bentuk2 yang datang dari
luar sehingga melahirkan tokoh syair Hamzah Fansuri dan tokoh gurindam Raja Ali
Haji.
Hal yang sama hingga zaman
digital. Puisi tradisi boleh diperkembangkan dan digabung secara harmonis
dengan unsur2 budaya dari luar. Peranan seni telah disentuh sebelum ini.
Sepanjang kita lihat orang Melayu sebagai penduduk asal adalah amat kreatif dan akomodatif.
No comments:
Post a Comment