ZURINAH HASSAN IALAH SASTERAWAN NEGARA MALAYSIA

Sunday, April 04, 2021

SIAPAKAH PENCIPTA IRAMA SYAIR DAN IRAMA GURINDAM

 

SIAPA PENCIPTA IRAMA IRAMA SYAIR DAN GURINDAM?

Semalam dalam Bengkel Mengarang dan Mendendang syair anjuran
Asyiqeen Amin
seorang peserta bertanya siapakah pencipta irama-irama syair yang begitu banyak kita kenali pada hari ini. Dia memberi pandangan bahawa pencipta-pencipta ini perlulah diketengahkan dan diberi pengiktirafan.
Jawapan saya: Setuju. Kita sudah ada banyak variasi irama syair sekarang dengan pelbagai nama dan bilangan itu nampaknya semakin bertambah. Pada keseluruhannya ia adalah hasil penyelidikan dan dedikasi Tuan
Roslan Madun
yang mengumpul irama-irama ini dari seluruh Nusantara. Beliau tentu dapat memberi jawapan yang lebih baik.

Namun begitu pada pandangan saya, sebagai irama tradisional pengarangnya sukar ditentukan. Ini perkara biasa yang berlaku pada pantun dan karya sastera tradisi yang lain , ciri utama ialah tiadanya hakcipta dan menjadi milik bersama.
Walau bagaimanapun apabila diketahui nama pencipta, maka wajar, malah wajib diperakukan. Boleh letak nama pengarang misalnya bila dirakam di you tube. Bagi saya sendiri, saya tidak tahu tentang irama-irama yang lain. Saya hanya boleh bercakap tentang tiga atau empat irama sahaja.

IRAMA TOK KENALI. Pencipta asal irama ini ialah Meriam Awang Lah (dari Kelantan) . Beliau memberitahu saya tentang ini, dan saya sendiri pergi ke studio bersama Meriam untuk merakamnya. Irama ini pertama kali digunakan dalam pementasan drama Tok Kenali. Irama ini sekarang dipersembahkan dengan meluas. Ada yang merakamnya di youtube (tanpa catatan nama penciptanya).

GURINDAM: Mengikut Seniman Negara Rahman B, irama yang kita gunakan untuk melagukan gurindam sekarang, adalah ciptaan kumpulan bangsawan Bintang Timor. Mereka menamakannya gurindam bangsawan untuk menggantikan irama syair selendang delima yang digunakan oleh pesaiang mereka iaitu Tijah Deen Bangsawan,

IRAMA SELENDANG DELIMA; Dari kumpulan Tijah Deen Bangsawan seperti yang didengar melalui Bangsawan di Udara.
IRAMA SARAWAK ATAU NARASI. Ini andaian saya sahaja. Irama ini dihasilkan oleh kumpulan bangsawan juga. Mengikut kajian Rahmah Bujang, setelah bangsawan malap di Singapura dan Tanah Melayu, bangsawan hidup di Sarawak. Dan setiap pertunjukan bangsawan memerlukan satu irama untuk melagukan jalan cerita,
Sekian, semoga ada yang meneruskan perbincangan..


cATATAN AHMAD RAMLI:  

saya ikuti perbincangan ini. Ada yg kita setuju, ada jugalah yg kurang setuju. Walau syair didendang dengan berbagai irama tetapi semua terikat dengan dgn seni dendangan lagu asli. Pendek kata, seseorang yg mahir dlm menendang lagu asli, pasti dapat menendang syair dengan baik kerana skill(kemahiran) mengolah cengkok atau ornament dlm penyampaian hampir sama. Yg jelas semua syair dihasilkan dlm kerangka memahami serta mematuhi seni lagu di mana aspek muzikal terutama sekali tempo, harakat lagu, skala/pulsege yg sesuai digunapakai. Ketika mendendangkannya pasti dapat dijangka temponya. Ramai berpendapat syair tiada tempo; pandangan ini kurang tepat kerana setiap lagu harus bertempo cuma ia disampaikan dalam "free tempo" yg membenarkan panjang dan pendek dibawa mengikut teks atau maksud teks.
Saya mengesyorkan agar seni syair ini diperhalusi penciptaan serta penyampaian bersandarkan seni taranum yg berbagai. Dengan ini, pemahaman tentang seni irama syair ini akan lebih mudah difahami sama ada dlm penyampaian atau penciptaan.

No comments:

Post a Comment